PULUT MANGGA THAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...


SEMASA Sk singgah ke rumah mak menghantar Caramel Pudding hari tu, adik Sk menghulur tiga biji mangga yang besar dan ranum. Entah mengapa tetiba hati Sk ni teringin nak makan pulut mangga. Pulut mangga yang sedap Sk pernah makan biasanya Sk beli dari Pesta Thai. Masa pergi ke Padang Besar dulu Sk ingat boleh jumpalah pulut mangga yang sedap memandangkan ia bersempadan dengan Siam rupanya indah khabar dari rupa. Macam pulut yang dicurah dengan santan kosong sahaja. Lepas tu cari pulak pulut mangga yang sedap di pasaraya Giant, pun dah tutup, sedey... sedey.. tu yang merajinkan diri buat pulut mangga ni malam tadi, hihihi.

Dalam bahasa Thai, ia dikenali sebagai Khao Neow Ma-Muang. Sk percaya tiada jalan singkat untuk mendapatkan rasa pulut mangga yang asli seperti buatan orang Siam. Memang banyak resepi pulut mangga di laman maya dan kebanyakannya menggunakan cara mudah memasak menggunakan rice cooker. Tak mo... tak mo... biar susah sikit asalkan dapat yang menawan hati. Dan betullllll, Sk tak silap apabila memilih resepi dari Singgahsana Kitchen.. memang mantap sampai ER berulang makan gitu. Maknanya sedaplahh tuuuuuu!! Terima kasih ya pemiliknya Iza Akma atas resepi yang amat sedap ini :-)))) Izinkan Sk kongsikan di Alam Sari pula.


Khao Neow Ma-Muang
Sumber : Singgahsana Kitchen

500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, kacau rata)
6 sb gula pasir

3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut)

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7.  Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.

p/s resepi di atas Sk taipkan semula mengikut cara Sk memasak. Untuk resepi sebenar bolehlah singgah ke Singgahsana Kitchen.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sk.akk klu bab tanak pulut mmg lemah..he hee sllu mcm x mnjdi je.l

    ReplyDelete
  2. Sesuai sangat resepi ini sebab sekarang ni sana-sini mangga.
    Rumah akak pun tengah banyak mangga. Cuma tak rajin macam SK nak buat macam ini..

    ReplyDelete
  3. Dindaku Sari...menitik air liur dan ternganga saja saat membaca catatan ini...terasa bagai org Jay Bee itu sedap menyuap pulut mangga ke mulut ku....Sedap!

    ReplyDelete
  4. banyak juga step dia ye.. tun ingatkan mcm pulut durian tu je. masak pulut pastu cuah santan.

    ReplyDelete
  5. Wahh....rajinnya... Uhuhhhh...sudah nampak tulisan akak...hiihihihi. Memang independent orangnya yer...

    ReplyDelete
  6. Letak dalam Loyang kemudian letak air sama paras pulut..... Maksudnya air tu letak sama dalam Loyang pulut ke? Pulut tu terendam dgn air? Then gn air lain.... Steam? Cam tu ke?

    Atau pulut letak dalam kukusan.... Then steam cam biasa?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!