STOK yang kena pastikan sentiasa ada di celah barangan masakan di dapur rumah Sk ni haaa.. spaghetti. Selalu jadi penyelamat di saat kepala ni dah tak ada idea apa yang nak dimasak. Kalau ditanya dengan Iman antara nasi, maggi dan spaghetti goreng, pasti dia akan menyebut spaghetti. Goreng pedas macam Mee Goreng Mamak.. kosong pun tak apa.. ada telur alat-alat jer pun tak apa... memang dia suka!!
Bagi Sk, masak macam ni tak perlu nak serabutkan kepala sangat terutama lokasi rumah Sk yang jauh dari kedai (sebenarnya malas nak ke kedai, hihihi) Pastikan dalam rumah dah ada bahan mentah asas dan sos-sos yang asas seperti sos tomato, sos tiram dan sos cili. Simpan juga sebotol daun parsley kering cincang bagi menggantikan daun bawang atau daun sup. Tak payah pening-pening, hihi. Okey.. ini hanya untuk orang yang tekaknya tak cerewet, kalau rakyat dalam rumah anda cerewet, tak dapek den nak menolong, hoih!
Resepi ni Sk main campak-campak jer ya. Sos-sos tu Sk tak sukat pun. Tuang dari botol terus ke kuali. Anggarkan dalam dua sudu besar setiap sos. Untuk campuran cili dan bawang kisar tu boleh rujuk resepi lada giling yang pernah Sk kongsi sebelum ni. Orang yang sentiasa sibuk macam Sk ni.. (sibuk kat jalan sangkut jem rumah jauhhh dengan pejabat) memang kena sentiasa pastikan ada stok cili giling ni di dalam peti sejuk supaya masak tak sangkut-sangkut.. hihi.
Spaghetti Goreng Mamak Mudah
Setengah bungkus spaghetti (rebus mengikut arahan pada kertas pembungkusan, bilas dan toskan)
2 sb minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih dicincang
2 sb cili yang telah dikisar bersama bawang (tengok sini)
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
garam secukup rasa (jika perlu) atau boleh ganti dengan sebarang stok ayam atau lembu)
1 biji telur
5 - 6 ekor udang (jika ada.. boleh ganti dengan ayam, daging, sotong.. tak letak pun boleh)
daun parsley kering cincang
bawang goreng
Caranya :
1. Pijarkan minyak dalam kuali dengan api perlahan dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang. Tumis hingga sebati.
3. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan telur. Biar sekejap. Kemudian masukkan udang. (Udang masukkan kemudian kerana ia akan keras jika dimasak terlalu lama)
5. Terbalikkan udang. Bila seluruh badan udang sudah merah, bolehlah masukkan spaghetti.
6. Besarkan api. Goreng cepat-cepat selama 5 minit. Rasa sedikit spaghetti kalau kurang masin boleh tambah garam atau serbuk perisa, secukup rasa maggi atau sebagainya.
7. Goreng lagi dua minit sambil mengacau supaya tidak melekat di kuali.
8. Tutup api. Taburkan daun parsley kering cincang dan bawang goreng.
wow...siap resepi...good...tq for sharing...
ReplyDeleteudang besar tu yg best
ReplyDeleteHa, samalah dengan si Adam tu. Tapi kak, saya lagi besar botol vitamin M. Terus siapkan sos prego...hahahahaa. Kalau nak masak, tinggal tambah hirisan sosej dengan tumis bawang2 tu jer....
ReplyDeletetergugat tak restoren mamak macam ni...hahaha
ReplyDeletetapi kami anak beranak pun mmg suka makan pasta kat rumah...spaghetti..fettucini..etc
Yg pasti memang tak pernah cuba style ini
ReplyDeleteOk juga kan style mamak
udang melengkor yg tak menahan SK:)
Aduh mak ai... terlior la pulak...!!
ReplyDeletesenang bnyk kerja bonda Iman kalau tak cerewet. meh masak utk aziz... sayur tak boleh, bwg dilarang.... hehe
ReplyDeletekakpb wajib ada taugeh😁
Sedapnya lahaii .. Lapaq & terlioq dibuatnya
ReplyDeletesiap share lg resepi .. Thorbaikk =)
Terima kasih kerana dah buatkan spaghetti ni,
ReplyDeletecoba tengok juga web saye, sila berkunjung. Spaghetti Bolognaise Resep mungkin dah ade yang dah tau spaghetti ni.
Mudah dan simple sahaja kan.
ReplyDeleteSaya selalu buat yang warna gelap hitam sikiit.
Hihi.