BUBUR ASYURA VERSI TANAH JAUHAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...


TERLEWAT hendak post tentang Bubur Asyura Versi Tanah Jauhar yang disediakan ibu sK ni. Dah menjadi satu kewajiban setiap kali tibanya 10 Muharam setiap tahun ibu sK akan menyediakan bubur Asyura. Duluuuu... masa baru kahwin, sk pelik kenapalah ER tak mahu makan bubur Asyura ni. Oh, dah lamaaaaaa.. dah selalu terjun ke dunia maya baru tahu yang bubur asyura ni ada pelbagai versi. Lain negeri lain cara penyediaannya dan lain pula rasanya. Bubur Asyura Versi Johor disediakan seperti bubur lambuk yang selalu dimasak ketika bulan Ramadhan tetapi kalau ibu sK akan tambah kerisek. Sk rasa ramai juga yang memasak bubur asyura macam ibu Sk tapi kata orang yang paling enak tentulah masakan ibu sendiri, ya tak? Selain daging, ibu turut meletakkan udang basah dalam bubur, semakin syoklah makan. Resepi tak sempat tanya sebab bubur ni pun Sk ambil depan pasaraya Maslee, hehehe. Bertuah punya anak, kan!

Mengapa agaknya bubur asyura ini disediakan setiap kali menjelang 10 Muharam? 10 Muharam dipanggil Hari Asyura kerana Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Di Malaysia selain berpuasa, ramai yang akan bergotong-royong memasak bubur Asyura. Kaitan antara makanan ini dengan Asyura adalah ketika peristiwa Nabi Nuh dahulu yang suruh mengumpul bahan untuk dimasak. Arahan itu diperoleh setelah umat manusia di landa banjir besar pada ketika itu, itu adalah makanan pertama setelah kejadian tersebut. Dan dijadikan amalan sunat oleh kita. dan ibu Sk sendiri tidak pernah culas untuk memasak bubur Asyura ni setiap tahun dan dibahagi-bahagikan sesama saudara dan jiran. Sekali masak tu memang seperiuk besar. Anak dia ni sahaja yang selalu mengelat.. huhuhu.

Resepi???
Nanti Sk update ya...




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakak lebih suka bubur assyura berbanding bubur lambuk SK

    ps: Boleh google lebih lanjut lagi tentang bubur assyura ni yg selalu dikaitkan dgn kapal Nabi Nuh itu SK.
    Kalau ikut dari tazkirah di Masjid tempat kakaklah.. kena berhati-hati juga dalam hal ini.


    ReplyDelete
  2. sedapnya...tahun nie tak berpeluang nak merasa pun lagi...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sari. Akak suka bubur yg ni sbb kita ni kan org selatan. Org johor, melaka buat bubur asyura yg mcm bubur lambok. Dulu arwah mak akak ada buat gak tp tk lah tiap tahun.
    Sebab tu cik asben awak tk mkn bubur ni sbb org utara bubur nye selalu yg manis dn ada byk kacang. Laki kita kan dr negeti yg sama ha3...masa muka2 kawen dulu ada sekali tu balik utara. Depa buat bubur ni. Excited bila depa kata ada bubur asyura. Bila tgk akak tdiam jap sbb masa tu tk penah tgk. Akak mkn sikit sbb tk bole pi...he3...
    Jgn lupa post resepi bubur ni ye...

    ReplyDelete
  4. Saya orang selatan, haruslah bubur asyura kita jenis yang savory kan kak.... Oh, tak sabar tunggu resipi.

    ReplyDelete
  5. kita org JDT kan kak....bubur asyura johor mmg sedapppppppp..:)
    saya pernah makan bubur asyura versi mana ntah...manisssssss

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!