Assalamualaikum...
"BONDA.. lama kan kita tak pergi Legoland?"
Haaa.. memang lama. Seingat Sk, kali terakhir kami ke Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor ialah pada sambutan ulangtahun Legoland Malaysia Resort yang pertama. Lepas tu memang dah tak pergi lagi. Macam seronok aje bila orang cerita lebih banyak permainan mencabar dan menikmati keseronokan di Legoland. Aaaa.. nak pergi lagi.. hihi.
Boleh baca kisah Sk ke Legoland di sini...
ada lagi satu tapi tak jumpa di mana entrynya.. akan update jika jumpa.. hehehehe.
Jadi.. dengan tak disangka-sangka, Jumaat lepas, Sk telah berjaya menjejakkan kaki lagi sekali ke Legoland. Kali ini Sk pergi dengan Iman dan bawa anak-anak saudara tiga beradik iaitu Izzat, Ilham dan Indah, Pak Inche tak ikut sebab ada 'game' JDT2 malam tu.
Acara wajib bila sampai di Tanah Lego ni tentulah
bergambar di pintu gerbang Legoland Malaysia.. hehehehe.
Melompat kegirangan sebab terlalu seronok..
layannnnn.. empat I.. Iman, Indah, Izzat dan Ilham.
Sebenarnya Sk serta beberapa rakan media cetak dan elektronik telah diundang untuk acara hi-tea sempena Halloween Brick-or-Treat Party Nights yang dianjurkan Legoland Malaysia.
Wowwww!! Brick -or- Treat ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sepanjang bulan Oktober tau. Dan sebenarnya ia telah bermula pada 16 September lalu. Jadi, jangan risau.. kepada ibu bapa yang ingin membawa anak-anak ke sini, anda masih sempat lagi untuk berseronok bersama Lord Vampire... aaaaa... tatuttt!!
Halloween Brick -or-Treat Party Nights ini hanya akan bermula pada jam 4 petang setiap Jumaat dan Sabtu dan anda boleh mendapatkan tiket berharga RM85 di kaunter tiket secara 'walk-in' atau boleh beli secara online.
Namun, sekiranya anda sudah membeli Admission Day Tickets
( 1-Day Theme Park Ticket, 1-Day Combo Ticket atau 2-Day Combo Ticket)
anda boleh memasuki Brick -or-Treat Party Nights secara percuma..
tak perlu beli lagi tiket berharga RM85 tu.. best, kan.
Jika anda merupakan pemegang pas masuk tahunan, anda bukan sahaja boleh datang ke Brick -or- Treat Party Nights ini malah anda juga boleh membawa empat orang rakan dengan bayaran masuk hanya RM70 seorang.. wowww! Bukan itu sahaja, anda boleh menaiki semua permainan yang ada di Legoland Theme Park.. memang berbaloi-baloi!!
(Gambar : Sumber)
Nak lagi meriah, bolehlah pakai pakaian bertemakan halloween... hahahaha. Macam kakak ni! Hahahaha.
Tetap jelita.. ni pakaian ahli sihir kot.. hahaha.
Amboi... bini batman ke ni??? hehehehe
Memang ada gaya spiderman lah!
Kenapa mata pejam?
Tengah jampi ka??
Bini batman nombor dua kot.. hehe
Comel kan!
Bff ni.. hehehe
Anda nak sembunyikan wajah anda?
Pakai topeng je.. hehehe
Lepas tu dapat hadiah lego.. yeyyyy!!
Okey.. ini hantu paling serammmmm.
Tak sia-sia adik ni melompat sepanjang party berlangsung apabila
berjaya memenangi pakaian terbaik.
Memang sporting adik nilah.. hehehe.
Okey, sepanjang Aktiviti Brick-or-Treat ni kita kenalah melengkapkan aktiviti halloween di setiap pondok ('check-point') yang ada di Lego Kingdoms. Di setiap 'check-point' ni bolehlah kita jumpa dengan karaektor halloween dan bagi mereka yang berjaya melengkapkan tugasan nanti bolehlah dapatkan pengesahan dari karektor halloween yang jaga pondok-pondok tersebut. Jangan takut.. kalau diorang kacau, gigit aje sampai menjerit,. hahaha.
Terdapat sepuluh 'check-point' yang perlu adik-adik singgah. Nanti dah selesai semua bolehlah adik-adik tebus edisi terhad Halloween Commemorative Brick.. haaa.. barulah best dan berbaloi-baloi.. kan.
Selain tu, ada jugak persembahan halloween di Castle Stage, Lego Kingdom.
Meriahhhh!!
gambar sumber |
Selain itu,
Legoland Hotel juga turut tidak ketinggalan memberi promosi harga istimewa Halloween Day & Night dengan syarat tempahan hendaklah dibuat bermula dari 25 Ogos 2016 hingga 30 Oktober 2016 dan tempoh menginap adalah dari 18 September 2016 hingga 31 Oktober 2016.
Apa yang anda dapat dengan harga promosi ini memang berbaloi tau..
Sarapan pagi
Makan malam untuk dua dewasa dan tiga kanak-kanak
Halloween Brick-or-Treat Commerative Brick (setiap anak/selagi stok masih ada)
dan dapat ikuti aktiviti Halloween (day & night)
Dah.. dah.. jom.. apa tunggu lagi!
Jom kita ke
Brick-Or-Treat Halloween Party Nights
di Legoland Malaysia Resort.
untuk keterangan lanjut boleh klik
Ooohh.. ramai juga org Melayu yg meraikan kisahnya ye SK
ReplyDeleteKakak tak pernah masuk Legoland. Biasa hantar anak lepas tu tinggalkan
Bila dia call baru dtg ambil balik.
Wah seronok sakan nampak.
ReplyDeleteSelamat bercuti.
bestnya kak... tak pernah lagi berpeluang pegi...
ReplyDeleteassalamualaikum seri...lepas ni bolehlah pi lagi...seronok semuanya yer...:)
ReplyDeleteheheheeeeeeeeee
ReplyDeletepocong dan hantu cina paling best!!