Assalamualaikum...
27 hari lepas.. Ibu Sk menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 76.
Amboiii.. dah 27 hari baru nak story, kui kui.
Waktu mencemburui sungguh.. banyak perkara penting yang hendak diselesaikan.
Bila dah rasa lapang, data internet pulak macam siput.
Angin satu badan dibuatnya, huwa huwa huwa.
Alhamdulillah, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menyambutnya di rumah.
Kali ini tugas memasak diserahkan kepada Che Li dan Aini.
Angah bertindak sebagai tuan rumah yang mengambil tugas-tugas khas manakala
Sk macam biasa di bahagian kek, hehehe.
Pada mulanya Sk menempah kek dengan Kak Masam Manis kita
sebab dah rindu sangat dengan kek Kak Ita
Tapi Sk terpaksa membatalkannya kerana diarahkan untuk mengikuti satu kursus.
Disebabkan Sk takut nanti akan terkejar-kejar nak ambil kek,
jadi terpaksalah membatalkan tempahan.
jadi terpaksalah membatalkan tempahan.
Cara yang paling mudah, membeli kek di kedai kek yang paling hampir dengan rumah.
Iman pulak cakap, dah lama tak makan kek Secret Recipe.
Sampai SR, semua kek yang Sk tanya, mango.. durian.. tak ada.
Ada White Choc Macadamia, muak kata Iman.
Ada cheese cake, pendek sangat.
Akhirnya, beli kek indulgence ajelah senang.
Kalau nak tahu, keluarga Sk ni memang jenis yang suka makan kek.
Jadi, tak ada masalah untuk beli kek besar takut tak habis ke apa sebab gerenti habis.
Malam tadi aje, tak sampai suku yang tinggal.. huhu
Kuat makan betul, kan?
Ya Allah Ya Tuhanku
Panjangkanlah usia ibuku, berilah kepadanya kesihatan yang baik,
limpahkanlah rezeki dan berilah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat jua..
Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Ya Allah Ya Tuhanku
Panjangkanlah usia ibuku, berilah kepadanya kesihatan yang baik,
limpahkanlah rezeki dan berilah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat jua..
Aminnn Ya Robbal Alamiiinnn.
assalamualaikum seri...alhamdullilah selamat hari lahir buat mak seri yer..semoga dipanjangkn umur selau..
ReplyDelete** Mama Maszull
Sealamat Hari Lahir makcik...Semoga dipjgkn usia & diberikan kesihatan yg baik utk beribadah.Aamiin
ReplyDeleteselamat ulangtahun kelahiran ibu sis.. semoga diberikan kesihatan yg baik..amin
ReplyDeletepertama kali singgah sini..sy follow ya dan salam perkenalan :)
DeleteSelamat hari lahir buat ibu SK.
ReplyDeleteSemoga sihat2 selalu.
happy bday mak
ReplyDelete76 masih nampak sihat lagi, alhamdulillah
moga kita pun sempat kecap umur tu dgn sihat walafiat
beli on the spot je selalunya,,
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun untuk emak kak seri
JanjiKita
Happy Birthday buat emak kak seri... semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu
ReplyDelete