K-WAVE DOMINO'S PIZZA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
Assalamualaikum...

Annyeong Haseyo!!


ALHAMDULILLAH!

Minggu lepas, Sk dan beberapa orang personaliti socmed yang terfemes di Johor Bahru (kah kah kah matilanakkk).. telah mendapat jemputan dari Domino's Pizza Bandar Baru Uda untuk merasai sendiri kemanisan, keseronokan pedas dan menikmati sajian terbaru penuh sensasi dari Domino's Pizza Malaysia.


Tadaaaaaaaaaa!! Inilah dia The Samyeangs, kumpulan muzik Domino's yang terdiri daripada tiga ahlinya yang memperagakan sos pedas Korea yang diciptakan. Sos Samyeang yang unik telah menjadi satu bahan tumpuan dalam sajian pizza terbaru Domino's. Kombinasi rasa pedas dan manis yang menyempurnakan pizza terbaru ini akan membuat anda menginginkannya lagi. 

Diilhamkan dari makanan Korea kegemaran rakyat Malaysia, sajian pizza Samyeang terbaru Domino's ini menawarkan tiga pilihan iaitu Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang.

Setiap hidangan ini telah dicipta khas dengan kombinasi rasa pedas dan manis yang unik. Domino's juga telah memperkenalkan Kepak Ayam Haseyo, kepak ayam yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos pedas Samyeang untuk anda nikmati kesempurnaan rasa sensasi dari setiap hidangan.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghasilkan sajian terbaru ini berinspirasikan rasa cinta rakyat Malaysia pada makanan dan budaya masyarakat Korea di Malaysia yang telah menjadi terkenal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menjadikan Domino's teruja untuk melancarkan pizza dan sos unik ini. Bagi menerapkan segala aspek Korea dalam hidangannya dan menggabungkan kepelbagaian aspek gaya hidup Korea, The Samyeangs mewakili rasa dan ciri-ciri pizza Domino's.


Tak tahulah kenapa, emak melayu, bapak melayu tapi tiga-tiga orang ni lidah Korea.
Bukan main suka bila dapat merasai sendiri keenakan Pizza Daging Samyeang atau Beef Samyeang ni. Beef Samyeang ini menggunakan hirisan daging yang sebenar tau, bukan pepperoni daging seperti yang biasa di dapati pada hidangan pizza daging. Ia dilapisi dua kali dengan sos samyeang yang terkenal dengan kepedasannya.


Ini pula Pizza Ayam Samyeang atau Chicken Samyeang. Juga menggunakan hirisan isi ayam yang sebenar bukannya pepperoni. Chicken Samyeang ni dilapisi oleh selapisan sahaja sos Samyeang menyebabkan ia agak kurang kepedasannya jika dibandingkan dengan pizza daging dan juga dilapisi sos bawang yang manis.


Anda tak makan ayam dan daging? Apa kata anda cuba Pizza Tuna Samyeang ini.
Juga dilapisi dengan sos bawang, Sk amat sukakan tomato ceri yang ditabur di atas pizza ini.
Rasa nak petik satu-satu, hihihi. Topping sos atas pizza tu dia juga guna Onion Sweet Sauce, haaaa tak ingat sebenarnya nama sos dia.. hihi.

Komen Iman, kalau anda jenis yang suka makan pedas boleh la cuba Beef Samyeang sebab Beef Samyeang ni dia letak dua lapisan sos samyeang. Iman memang suka makan pedas jadi tahap kepedasan Beef Samyeang ni masih boleh Iman tahan. Tapi kalau anda teringin nak rasa pizza Samyeang tapi jenis yang tak tahan pedas boleh la makan Chicken Samyeang atau Tuna Samyeang sebab sos samyeang dia letak satu lapisan je. 


Dan jangan lupa rasai juga keenakan Kepak Ayam Haseyo. 
Yang ni Iman paling suka, lain kali rasanya kena order tiga kotak untuk dia seorang, hahaha.


Bagi penggemar keju, anda tidak sepatutnya melupakan Cheesy Four atau Fabulous Four ini.
Ia merupakan hidangan appetizer yang menggabungkan empat jenis appetizer dalam satu kotak.
Jika anda penggila cheese, anda pasti sukakannya.. Sk la tu... huwa3.


Orang kata, makanan yang enak harus dinikmati bersama keluarga.
Barulah kita rasa bahagia.. tak gitu?


The Best Things In Life are Meant To Be Shared.


Kepedasan nampak.. hahahaha.


Sajian Samyeang ini boleh didapati di semua rangkaian Domino's Pizza dari 26 Februari dan ia merupakan edisi istimewa. Maknanya bukan sampai selama-lamanya. Siapa nak, baik pergi sekarang, hehehehe.


Untuk mendapat nilai yang lebih baik, anda boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati pizza Samyeang dengan lebihan keju. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk dua pizza bersaiz regular, RM55 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM77 untuk pizza saiz extra besar. 

Manakala pizza bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday setiap hari Selasa sahaja bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter.

Kalau anda keliru nak pilih crust yang mana, Sk cadangkan New York Crust.
Memang sesuai sangat dengan topping Samyeang tu tau.


Jangan lupa kongsikan gambar dan video Pizza Samyeang anda di media sosial dan tag @dominosMY dan #samyeang


Bagi anda yang tinggal di Johor Bahru atau berkunjung ke Tanah Jauhar, bolehlah singgah ke restoran Domino's yang terletak di Jalan Padi Emas 1/7, Bandar Baru Uda.


Amboiiii.. kakkkk!


Bersama personaliti socmed terfemes JB.
Sk tumpang gelama jer.


Akak Herne Nazir kita kirim salam.

Sehingga jumpa lagi di sesi makan yang lain.

Wassalam.
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!