LAKSA JOHOR 11 ZULHIJJAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MASA Hari Raya Aidiladha hari tu, plan Angah nak masak Laksa Johor. Tapi tak jadi sebab Cik Ani masak Nasi Beriani. Karang, masak banyak-banyak, siapa yang nak makan? Jadinya, Angah kata, raya haji kedua la baru beliau masak Laksa Johor, tapi petang-petang la dia kata. Sk tak kisahlah, Hari Raya Haji kedua tu, Sk ada Program Ibadah Korban di kolej. Ikut pengalaman yang lepas, selesai program tengahari, jadi bolehlah balik rumah dulu, petang baru datang Senai.



Tup.. tup, sebelum tengahari Angah whatsapp gambar Laksa Johor dah siap tersaji atas meja dan dipersilakan datang menjamu selera. Kita ni dah la bau lembu, hahahah. Tapi, bau lembu pun lembu laaa. Dari kolej, Sk terus ke Senai. Cik Ani dan Cikwa masa tu sedang makan. Dalam adik-beradik, Angah jer pandai buat kuah Laksa Johor. Kami yang lain-lain pandai makan jer. Tapi, rasanya Cik Ani tu, boleh jugak la kot buat kuah Laksa Johor. SK, jangan diharap, hahaha.




Laksa Johor

Kuah Laksa Johor, Angah gunakan ikan tenggiri, udang hidup dan tulang ikan kurau. Bagi Sk, kuah laksa Johor guna ikan tenggiri lebih menyerlah rasa ikan tu. Lain-lain aksesori LJ, spaghetti, timun yang dihiris secara membulat, taugeh, daun selasih, daun kesom,  cepo (lobak asin cincang), sambal belacan dan limau kasturi. 



Hurmmm.. tak tahulah kenapa ada beberapa rakyat di Malaysia ni sakit hati tengok Laksa Johor guna spaghetti, bukan mi laksa dari tepung beras. Yang peliknya, Laksa Sarawak guna mihun, tak ada pulak yang pertikaikan. SK pulak, tak kisah la laksa tu nak guna mi jenis apa pun, ikut asal usulnya, Sk makan aje asalkan ia makanan yang halal. Tapi tu la, setiap kali makan Laksa Johor, mesti teringat cerita Iman, kenapa Laksa Johor guna spaghetti. 


Ceritanya...


Dulu, masa dorang pergi oversea nak masak Laksa Johor, baru perasan mi laksa (laksa tepung beras) tertinggal. Tu la tu guna spaghetti, hihihi. Tak tahulah betul ke tak, tapi macam logik, heheheh.


Laksa Johor ni kuah pekat ya, tak perlu letak kuah banyak-banyak dalam mangkuk. Sebab pekat, kita gaullah dulu kuahnya rata-rata sehingga bersalut dengan spaghetti bersama aksesorinya, jus limau kasturi dan sambal belacan, barulah suap ke mulut. Biasanya Sk kalau makan kat rumah, guna tangan. Jika makan di kedai, guna sudu dan garfu. Dah makan di rumah Angah, bungkus pulak bawa balik. Tapi tu la, tak sangka PI pun dah pandai makan LJ guna tangan, dah macam bangsa Johor betul ni. Takde dakwa-dakwi lagi, hihihi.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!