MEE REBUS BELITUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

Apa khabarrrr? Maaflah,  lama blog ini menyepi sebab tuannya sibuk berlibur,  muahhaha.  Bagi yang mengikuti Sk di ig dan fb tentu tahu yang Sk berpergian ke luar kota.  Kali ini Sk mengikuti trip bersama Media/Blogger/Influencer ke Pulau Belitung yang terletak di Indonesia.

Disebabkan Sk masih berada di luar kawasan,  jadi cerita lanjut tentang Pulau Belitung ini akan Sk ceritakan kemudian.  Sebagai intronya,  Sk cerita pasal makan dululah..  Hehehe.


 Mee Rebus Belitung yang menjadi santapan kami sebelum pulang petang semalam. 
Istimewanya mee rebus ini kerana ia dihidang beralaskan daun simpor yang terkenal di Belitung sebagai pembungkus makanan. 
Mee Rebus Belitung mirip Mee Jawa tetapi kuahnya mempunyai rasa udang yang agak kuat.  Ia dihidang seperti rojak mee di Malaysia,  ada hirisan timun,  tauhu dan kentang rebus.  Jika suka pedas anda boleh nikmatinya bersama sambal yang ditumbuk istimewa. 

Jika mee rebus di Johor ditaburkan dengan cucur rangup disini mereka meletakkan keropok belinjau menjadikan rasanya lebih enak untuk dinikmati. 


Terima kasih MTN Getaways Pte. Ltd. yang telah membawa kami semua ke Pulau Belitung selama 4hari 3malam.

Pakej percutian yang sangat enjoy, berbaloi dan puashati!!

Yang nak bertanya mengenai pakej ini, boleh whatsapp/hubungi :

Faizun +65 8531 3381 atau
Email admin@mtngetaways.com
Follow IG @mtngetaways atau
Website:
https://www.mtngetaways.com



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menarik betul Mee Rebus Belitung ni. LeYa belum pernah cuba dan sampai ke pulau ni. Hmmm...ok masuk tabung travel. Ke mana destinasi yang ingin dituju.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Alaaaa...jeles tau..kenapa la kita tak dapat trip macam ni...hehehe..eh..mee rebus belitung tu nampak sedap giler la..dah rupa rojak dah ha..SA bab mee apa je memang suka...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum seri...seronoknya bercuti kn...mee pun nampak sedap jer ni..

    ReplyDelete
  4. ain yang tak makan belinjau punn..tiber terus boleh makan .hahahha..

    ReplyDelete
  5. Mi rebus dia lain sgt dr Mi Rebus kat Johor ni. Rasa dia sangat sedap bila makan dengan keropok tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!