MAKAN DI MCDOTA , SUNGAI PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

BILA Sk post tentang kisah pertama kali Sk makan di McDota ni,  kemahen ramai yang terkejut.  Bukan terkejut pasal Sk pertama kali makan tapi terkejut kerana tak sangka bahawasanya Restoran Ayam Goreng McDota ni masih wujud lagi,  hihihi. Dikatakan McDota ini telah ditubuhkan pada tahun 1978 namun ianya mula dikomersialkan dan membina empayarnya pada tahun 1980 iaitu sebelum kedatangan McDonald ke Malaysia. Namun begitu kerana masalah kewangan dan saingan,  ia tidak lagi mampu bertahan dan mula menutup cawangannya satu persatu sehinggalah kini hanya terdapat dua sahaja cawangan McDota iaitu di Sungai Petani,  Kedah dan Segamat,  Johor. 

Bila ditanya pula pada Sk,  pernah ke nampak restoran McDota ni di Johor,  Sk memang tak ada langsung ingatan tentang McDota ini.  KFC pun Sk jumpa masa dah sekolah menengah dan Sk masih ingat,  aiskrim McD pertama yang Sk makan (beli sendiri)  ialah semasa mengikuti rombongan sekolah Tingkatan Satu ke Holiday Plaza,  JB.  Sk masih ingat lagi tahun 1988, harga sundae con tu rasanya dalam 49 sen kot dan Sk tak mahu ambil baki satu sen yang dihulurkan kakak cashier tu,  kahhhhh. 

Semasa Sk mula bekerja sambilan di sebuah kilang dan dah mula berbelanja dengan wang sendiri,  masa tu barulah reti nak makan di A&W, itupun dari beratur nak sampaikan ke kaunter dok menghafal laaaa apa nak cakap dengan cashier masa nak order nanti. 

Welcome to A&W,  dine in or take away? 

Errrr....  Bung..  Bung..  Bungkusss... 

Kekekekeke. 

Sekarang laaa baru reti sebut take away  sume..  itupun A&W dah jarang pergi sekarang.


Eh,  sambung cerita pasal McDota tadi tu,  selepas doploh tahun kahwin dan sering diwar-warkan betapa sedapnya ayam goreng McDota oleh Pak Inche setiap kali kami lalu di hadapan kedai ni di Sungai Petani, akhirnya kelmarin Sk menjejakkan kaki ke dalamnya. Tengok dari luar macam suram dan tak ada pelanggan tapi bila masuk ke dalam sungguh meriah dengan beberapa family yang sedang menjamu selera. Malah,  masa kami tengah makan tu datang sekumpulan pelanggan hendak meraikan sambutan hari jadi tau.


Biasalah,  dahlah tak pernah datang,  lepas tu tak tahu entah bila nak singgah lagi,  tamak sikit la membuat pesanan. Rasa mac nak makan ayam seketul tapi rasa macam tak cukup pulak,  tengok Chicken Chop macam sodap je..  hehehe..  Terus order satu lepas tu bila datang terkejut giler tengok bukan sahaja potionnya besar tapi siap ada potongan besar buah tembikai dan hirisan oren.


Nak juga ada starter,  Sk pesan satu set Mushroom Soup yang dihidang bersama dua keping garlic bread. Yang ni makan kongsi dengan Pak Inche.

Mengimbau nostalgia,  Pak Inche pesan set Lucky Plate yang mengandungi dua ketul ayam.  Ada juga set Snack (seketul)  dan Happiness (tiga ketul) ayam. Setiap set datang bersama kentang goreng dan roti bun. Tengok jer ayam goreng tu Sk tengok muka Pak Inche.  Sk ingatkan ayam goreng tepung macam kat kedai-kedai makanan segera lain rupanya macam ayam goreng kunyit jer tapi bila suap ke mulut,  oh,  sedaplah pulak,  tak ada pulak rasa ayam goreng kunyit,  hehehe. 


Disebabkan dalam set tadi tak ada kentang putar,  jadi kami ambil kentang putar ni secara ala carte.  Okey,  lepas tahu yang kentang putar ni dah ada tepung dia nak buat,  jadi takyah nak review sangat sedap ke sedap,  hahaha. 


Iman lak ambil Burget Set ni.  Yang ni datang bersama coleslaw dan buah tembikai serta oren juga.  Coleslaw dia kan,  terasa sangat kesegaran sayur tu,  rangup jer dan taklah lembik macam dah lama disediakan.  Ayam goreng di sini pun kalau ada pesanan baru digoreng jadi memang kita akan dapat ayam goreng panas-panas. 
Harga setiap set hidangan juga agak berpatutan iaitu antara RM5.50 hingga RM11.50 sahaja bagi set hidangan ayam. 


Yang ini pula,  Potato Cheese.  Imanlah yang pesan ni tapi dia makan setengah ketul jer kekenyangan makan burger,  hahahha.  Yang sebenarnya sebelum ke sini kami baru jer lepas makan Mee Sotong dan ABC di Butterworth.  Tu takpa,  sebelum ke Butterworth masing-masing dah belasah semangkuk laksa kat rumah Kuala Ketil,  phewwwww... pitammmm.  

Pinggang mana pinggang??? 




Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jangan kata makan, namanya pun tak pernah dengar hehehehe..sebab mungkin tak ada di Johor...kalau dulu-dulu, Marrybrown aje laa yang jadi pujaan masa sekolah heheheh

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan kat sini kak..tak sangka nama dia iras2 nama McDonald's..mesti dulu founder dia pernah ke luar negara dan makan McD, lepas tu terinspirasi nak bukak McDota..haha

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ni kak... Next time balik Kedah boleh singgah.

    Sy dulu pun kalau masuk KFC ke McD ke nervous giler...takut salah sebut menunya haha...

    ReplyDelete
  4. oh kami hat orang dok dekat area SP ni pun tak tau jugak pasai ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengar pun namanya.. Boleh try nanti kalau pi sana..

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  7. Halal ke Mc Dota ni..teringin nak pi..tapo dok cari2 jugak sijil halal dia..tak nampak pun..ada sesiapa boleh respon..kalau halal..nak bawa famili jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..check kat portal Jakim..takdak plak

      Delete
  8. Mc Dota Kluang 1986 Kenangan terindah kalaulah dapat aku ulangi memori semalam hermmmm.....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!