Assalamualaikum...
KUANTAN, kategori negeri pantai timur jugakkan? Hihi.. Sk bukan ke Terengganu tapi cuma ke Kuantan sahaja. Jadilah untuk melepaskan gian Pak Inche untuk Jalan-jalan Cari Makan. Dari awal Sk dah memberikan syarat, tak mahu bercuti ke utara atau Melaka, serik menempuh kesesakan di lebuhraya.
Seperti biasa, urusan tempahan hotel akan diuruskan Pak Inche. Bila diberitahu Swiss Hotel, Sk terus terbayang Swiss Residents di Balok. Sebelum ini, kami beberapa kali pernah menginap di Swiss Garden Hotel di Pantai Balok. Tapi, Pak Inche kata, di Tanjung Lumpur. Hurmm.. seingat Sk, tak ada pulak hotel di Tanjung Lumpur kecuali Medan Ikan Bakar.. ah.. apa-apalah. Malas nak ambil kisah sangat.
Swiss Bel-Hotel Kuantan merupakan hotel baru yang dibina di Tanjung Lumpur. Terletak berhampiran Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur dan Ana Ikan Bakar Petai hanya terletak lebih kurang 300 meter dari hotel dan jelas kelihatan dari bilik hotel kami.
Kali ini Pak Inche memilih penginapan jenis apartment dua bilik yang mempunyai ruang tamu dan ruang makan serta pantri.
Master Bedroom dengan katil bersaiz raja lengkap dengan televisyen. Seterika juga disediakan, datanglah pulak rajinnya nak menggosok baju, hihi. Bilik air dalam master bedroom dengan air pancuran, tiada tub mandi. Tekanan air sangat laju.
Bilik kedua dengan dua buah katil saiz super single juga dilengkapi dengan televisyen. Ada tiga buah televisyen bolehlah masing-masing tengok tv seorang satu, hihihi.
Bilik-bilik di SBHK ni ada pilihan dua pemandangan iaitu laut dan bandar. Uniknya penginapan kami ni, master bedroom dapat pemandangan bandar dan bilik kedua dapat pemandangan laut.
Tak perlu risau berebut bilik air dan tandas kerana ada sebuah lagi bilik air dengan pancuran. Secara keseluruhan memang berpuas hati dengan bilik, maklumlah hotel baru, kan. Walaupun begitu, ada juga yang tak enak ceritanya di sini.. tu nanti Sk cerita di lain entry..
Stay tune 😜
best kan hotel ni... hotel yg sama kami pegi aritu... Makan celup tepung yg best kat hujung jalan mati tu kak...!!
ReplyDeleteWah...cantiknya hotel..
ReplyDeleteBetul la Pahang pun Pantai Timur..mengadap Laut China Selatan tu confirm la timur🤣🤣
Honeymoon kali ke 22 tu ..
Iman kena bersedia hilang title anak tunggal sebab tengok kat TT baru ni dapat adik di umur 21 tahun...Kita doakan yang baik-baik🤭
Jauh jalan jalan cari makan. Tanjung Lumpur saya pun ingat Ana ikan bakar petai juga. Best stay hotel newly built. Besar dan selesa sangat bilik apartment ni. Selamat bercuti dan enjoy :)
ReplyDeleteBestnya...dah sampai Kuantan dah dia....
ReplyDeleteCantiknya . Nampak selesa . Ruang pun luas . View luar tingkap pun cantik . Tenang je memandang
ReplyDeleteKita pernah tido sini gak dulu, tapi takde update blog, tido dua malam masa tu Laki ada kerja kat Paya apa entah namanya hahahaha.. memang kejenya makan ikan bakar jee Kak.. sedap..
ReplyDeleteDi sebalik yang best, ada yang tak bestnya ye SK... tunggu sajalah apa ceritanya. Nampak selesa sungguh apartmentnya tu.
ReplyDelete