KE PASAR TANI DI HARI CUTI PERISTIWA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

BARU berangan nak jadi permaisuri apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengumumkan Cuti Peristiwa sehari, hari ini, sempena kemenangan Pasukan Johor Darul Ta'zim ke atas Terengganu FC dalam peringkat akhir Piala FA malam tadi. Biasanya hari ahad, Pak Inche akan ke Pasar Tani disamping membeli sarapan pagi. Jadi, kita naklah bersenang lenang menanti sarapan dihidang, tapi berangan ajelah yang mampu. Seboleh tidak, Pak Inchenya suruh ikut. Bila dah berdua, berbondong-bondonglah membeli nampaknya.


Sesi pemanasan badan, kita tinjau-tinjaulah apa yang menarik. Beli sotong, RM42 sekilo, pilih lima ekor, kena RM38. Urut dada. Lepas tu, Pak Inche ajak beli Mee Kuah kegemaran dia. Sk pilih Lontong (Basah) untuk diri sendiri dan Iman. Telur rebus habis, dia ganti dengan bergedil. Sk whatsapp Iman suruh rebus telur tiga biji.


Abang baju oren tu pandai cakap cina, tentu dah biasa sebelum ni bekerja dengan tauke cina. Kelakar pulak dengar dia cakap 'take the basket.. take the basket..' dengan seorang makcik tu. Sistemnya di sini, layan diri. Plastik ambil sendiri, pilih haiwan laut yang nak dibeli, kemudian beratur untuk timbang dan bayar. Total hangus RM95 untuk tiga jenis haiwan laut yang kami beli. Urut dada lagi.


Sampai rumah, Iman dah siap buat Teh O dan rebus telur. Terus hidang semua makanan dalam mangkuk. Lontong lengkap dengan sambal kacang, sambal tumis dan serunding kelapa.


Bihun Kuah atau Bihun Singapore kegemaran Pak Inche. Cili harus lebih. Melimpah-limpah sampai nak terkeluar dari mangkuk. Lepas makan, Pak Inche kata, lambat sikit la makan tengahari. Lambat ke.. cepat ke.. tetaplah kita kena memasaknya. Musnah singgahsana permaisuri beta 😜.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahniah Johor..
    Selamat bercuti Peristiwa.Kita tengok Buletin 1.30 ni cakap Johor cuti peristiwa .terua bertandang sini..hihihj..
    Kelakar pula sebut haiwan laut walaupun betul🤣

    ReplyDelete
  2. Lama dah saya tak ke pasar tani sejak pandemik. Nanti nak pergi jugalah.

    ReplyDelete
  3. Roboh terus singgahsana ye SA..sama la ngan Sa semalam...dah cakap awal2 dah nak bangun lewat skit..sekali kul 7 pagi mak pah dah jerit kat telefon...turunnnnnn....sampai pukul berapa nak tido ni.....putus semua mimpi...

    ReplyDelete
  4. Tempat mana lagi SK selalu urut dada?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!