Assalamualaikum WBT
HARI ini Sk ambil cuti tahun. Sabtu lepas, Sk menghadiri majlis resepsi anak saudara di Putrajaya dan pulang ke Tanah Jauhar, semalam. Sk risau jika jalan jammed ditambah lagi semalam merupakan hari terakhir cuti penggal persekolahan, jadi, Sk mohon cuti hari ini. Sekali, tak jammed sangat pun ditambah lagi memandu bergilir tidaklah rasa penat sangat. Tapi, cuti tetap cuti, la.. boleh selesaikan kain baju yang berlambak ni, hihihi.
Malam, 24 Mei 2026, Sk dan PI memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan Eisya dan Nabil di Kayangan Event Hall, Kota Masai. Eisya merupakan puteri kepada rakan PI, En Kamal dan isterinya yang Sk panggil Kak Ida.
Jamuan kenduri:
Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Daging Beriani
Dalca
Pajeri Nanas
Kuih-muih
Bubur Pulut Hitam
Minuman sejuk / panas
Dewan Kayangan ni terbahagi kepada dua iaitu indoor dan outdoor (berbumbung).
Kami sampai awal jadi dapatlah tengok pengantin berarak masuk dan bersanding di pelaminan.
"Ya Allah Ya Rahman, semaikanlah di atas kedua pasangan pengantin ini perasaan kasih sayang. Kurniakanlah keduanya keturunan yang soleh dan solehah, luaskanlah pintu rezeki, serta peliharalah rumah tangga mereka daripada segala godaan dan dugaan."
Cantik meletop mak pengantin. Kenal Kak Ida dari anak kecik-kecik, masa tu Sk belum kahwin dengan PI lagi. Terima kasih kerana sudi menjempuitttt!
Cantik dewannya. Selamat pengantin baru buat kedua mempelai.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat Eisya dan Nabil! Cantik betul pelaminan dan dewan Kayangan Event Hall ni, nampak eksklusif sangat. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke anak cucu, amin
ReplyDeleteBerseri² kedua mempelai. Tahniah dan selamat melayari bahtera rumahtangga.
ReplyDelete