MAKAN-MAKAN HARI INI & HARI-HARI YANG LEPAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SUDAH setengah hari sabtu berlalu. Malam tadi, PI kata, jom esok pagi-pagi ke Melaka. Sk menolak mentah-mentah. Tuuuu.. dekat tingkap dapur belakang rumah tu, pokok dah naik tinggi, nak kena tebas. Dari minggu ke minggu nak buat, tapi ada saja agendanya. Kadang ingat nak buat, tapi lupa. Bila dah petang-petang, berdiri depan sinki tu baru la teringat. Tu belum lagi kadang-kadang pokok menjalar masuk dari bawah pintu belakang. Karang makin lupa, makin terbiar, takut lagi membiak. Jadi, malas la nak melayan hasrat PI nak ke Melaka tu.



PI tanya pulak, nak sarapan apa? SK cakap, nak buat nasi goreng. Masak beriya, bukan dia makan banyak pun. Tapi, dia ajak pulak ke Pak Din Corner di Taman U, dengar-dengar roti canai dia power. Tapi, Sk makan Lontong Kering. Selain roti canai, PI makan Nasi Lemak Daun Pisang sebungkus. SK tapau pulak NLDP dua bungkus untuk Iman. Sampai rumah, tak bertangguh dah, terus ajak PI menebas pokok dan lalang belakang rumah. Ada pokok kecik menjalar, bukan main liat ek akar dia. Kita tebas habis lepas tu bubuh racun, biar mati terus sampai ke akarnya. 



Tengah-tengah berehat, Kak Ani jiran sebelah panggil, hulur satu plastik, ada dua bekas. Satu berisi Roti Jala dan satu mangkuk bulat, ada Serawa Durian. Rajin betul Kak Ani menghantar makanan sekarang sampai Sk dah naik segan. Kita pulak jarang masak nak membalas, huhuhu.




Baiklah, kita cerita campak belakang pulak.  Pelajar Tahap 2 Kursus Penyediaan Makanan kelas Pn Diba, buat jualan lunch buffet di Restoran Kuntum Selasih. Satu kepala RM15, macam biasa. Kita kasi onz!




Nasi putih, Asam Pedas Ayam, Udang Goreng Tepung, Sayur Lemak Labu, Ikan Cari Bakar Sumbat.




Keluarkan ikan caru dari pinggan nasi letak dalam pinggan kecil.



Lepas tu makan Kuih Cara Berlauk, Abok-abok dan Apam Polkadot. Kemudian makan Pengat Pisang dan hirup kopi secawan.



Ingatkan dah berhenti ek, tak ya.. kita makan seketul popiah sayur dan seketul tauhu bergedil, lepas tu baru Burppp.. Alhamdulillah. Runcing betul budak-budak ni balut popiah sayur tu, hehehe.



Satu hari yang rajin, pergi tapau Nasi Kerabu Kak Yah, Kampung Pasir. Kira rajin la, selalu kan tapau nasi campur  kat Kantin Kak Sab jer.



Ni pulak, pergi makan Mee Goreng Daging Pak Mus Kitchen. 


Masa ni PI makan Mee Bandung.


Cerita tertinggal, Jamuan Hari Raya Kolej.



Deko-deko dari pelajar. Dulu-dulu, Cik Mat punya kerja buat deko-deko ni, tapi sekarang Cik Mat dah bertugas di KU.




Menu utama, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Pajeri Nenas, Dalca dan Papadom.




Pudding Cocktail, lempeng, roti jala, buah-buahan dan pudding.




Kita tepek la satu gambar kenangan dengan rakan seperjuangan.




Hari yang sama jugak, tempat Iman ada open house. Iman bawa balik Ahmad Taufufa dalam bekas mini.




Disebabkan sedap, pergi beli Ahmad Taufufa di Kedai Mesra Petronas. Bapak mahalll, RM7 sebekas. Tapi, memang sedap.. tapi.. mahal bebenau!!!




Tiap kali pergi kantin mengharap ada Mee Goreng Kak Sab. Dapat jugak akhirnya.




Rasa kenyang nak makan nasi tengahari, tapi petang pulak lapar. Pergi Syurga Dessert beli sushi.




Majlis Doa Selamat untuk Shasha yang menunaikan fardhu haji. Alhamdulillah, dah bergelar Hajjah, tapi Hajjah Shasha belum balik lagi.




Jamuan secara potluck tema hari raya. Ada Mee Kari dan Lontong serta kuih-muih. SK bawa Sambal Cengeng, makan dengan lontong.




Selain mee goreng, lontong goreng Kak Sab juga antara pujaan tekak Sk. Bubuh sambal kicap lagi kick.



Sarapan di Restoran Thoufeeq mesti mahu makan puri.



PI pulak makan idli. Tak nak tosei, dia kata tosei makan malam.



Iman punya megi goreng Thoufeeq.



Ada pelajar baru tamat kursus Pastri jual Kek Marble, Sk beli satu, RM10.




Ni makan Mi Bandung di gerai Sinar Selancar masa berhenti di RNR Machap, Jumaat lepas.



Semalam, sarapan Nasi Lemak sebelum ke surau menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil Bulanan.



Lepas tahlil, ada jamuan Sup Tulang Korban dan roti. 


Kepala lututttttt. Boleh tertikam ni kalau terterkam.



Tengahari, Mahani hantar Bubur Merah Bubur Putih. Dia kata, Ina bagi. Tak tahu Ina yang mana sebab ramai nama Ina, hahaha.



Kak Zu pulak bagi keropok. Ole-ole dari Terengganu. Dua kali makan, wassalam. SK memang hantu keropok.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dari atas sampai bawah makanan semua sedap², sampai tak tau nak komen apa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai bingung memilih yang sedap, hampir semua bikin saya drooling sangat 🤣🤣. Banyak yg bilang kalau ke Johor yg paling benar itu wisata kuliner..nampaknya betul ya kak.

      Tiap kali baca tulisan kakak ttg kuliner, langsung ngiler lah 🤣

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!