MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja. Saya tidak lagi akan menjawab pertanyaan melalui email. Sebarang soalan boleh dibuat melalui panggilan/sms : 0127844524 atau Whatsapp Sahaja : 0127799705. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah bubur burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri chocolate lava Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tmj tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Monday, January 30, 2012

SELAMAT PENGANTIN LAMA

ASSALAMUALAIKUM wbt.

SETELAH setahun berkawan sebagai rakan sepejabat...

Setahun bercinta dan mengenali hati budi...

Setahun bertunang...

Kami diijabkabulkan...

Hari ini genap sudah 12 tahun..

Berkongsi segala suka-duka.. pahit maung rumahtangga.. menempuh badai melanda...


Kawan di waktu senang dan susah...

Kadang baik... kadang gaduh... kadang merajuk... hehehe...

Bukan ombak namanya...
Jika tidak bergelora...
Bukan kasih namanya...
Jika tiada rasa sayang...
Bukan cinta namanya...
Jika hati tidak merindu dan cemburu...

Friday, January 27, 2012

MEDAN.... Episod 4.. PANASSS!!!



ASSALAMUALAIKUM wbt

Medan 1
Medan 2
Medan 3

ER cakap dengan saya, tak apalah, kesian, mungkin dia susah, tu sebab nak cari duit lebih untuk family. Tambah 100.000 jer. Saya pun bersetuju saja, dengan niat membantu orang lain. Mungkin dia nak cari duit lebih untuk anak-anaknya sekolah. Memang beberapa kali Pak Sufian ada menceritakan tentang keluarganya. Kos sara hidup di Medan tinggi, anak-anak sekolah, isteri tak bekerja, katanya. Jadi setelah berbincang, dia berjanji akan datang mengambil kami semula malamnya apabila kami telah selesai bersiap.

Sampai di bilik hotel, ER menyuruh saya membungkus beberapa jenis buah untuk diberikan kepada keluarga Pak Sufian dan saya membungkus dengan senang hati dan berniat sedekah. Lagipun banyak juga buah yang kami beli, takkan terhabis semuanyakan. Sampai di lobi hotel, ER menelefon Pak Sufian. Pak Sufian kata dia dalam perjalanan. Sebaik sampai, dia kelihatan tergesa-gesa. Menurutnya, dia baru sahaja mengambil isterinya. Eh! Tetiba pulakkan, tadi dia sungguh-sungguh ajak kita tengok lampulah, jalan-jalanlah, pergi Mall- lah, ni kata baru ambil isteri. Saya serahkan plastik buah tu. "Lalu isterinya di mana, pak?" Katanya ditinggalkan dahulu di suatu tempat bersama anaknya yang bongsu.

Sepanjang perjalanan, sentiasa sahaja ada mesej yang masuk ke telefonnya. Sekejap-sekejap isterinya telefon tanya di mana. Aiii.. pandang-memandang saya dan Cik Embun. Dah tau ada janji dengan orang, yang pergi angkut anak isteri bawa berjalan tu kenapa??? Sudahnya perjalanan kami jadi tidak selesa dan terkejar-kejar. Nasib baik semasa di Mall tu kami sempat berurut dengan kerusi-kerusi urut demo yang sedang membuat jualan di situ. Suka betul staf-staf mereka yang saya hulurkan RM1 seorang sebagai cenderahati. Soalan yang paling banyak ditanya tentunya tentang Safee Sali, pemain bola kita yang berada di Indonesia, haiii, nasib baiklah ER tu kaki bola, jadi memang masuklah kalau berborak, hehe.

Berbalik pada Pak Sufian tadi, janjinya mahu tengok lampu, kan?? Huh! Lampu jalan yang ditunjuk buat apa?? Ingatkan ada lampu meletup-letup ke yang hebat sangat nak ditunjuknya. Setakat lampu yang melintang-lintang tu, kat JB ni lagi meletops! Kemudian dia ajak kami makan nasi uduk. Memang dari siang tadi dia asyik menceritakan keenakan nasi uduk yang dinikmati bersama bebek panggang. Disebabkan tak pernah makan bebek, saya dan Cik Embun teringin. Yaya dan ER awal-awal mengangkat bendera putih. Sampai di warung yang dikatakan paling sedap bebeknya tu, kami ditinggalkan. Katanya mahu mengambil isterinya, okey.. kami fikir dia mahu ambil isterinya sekejap dan hantar ke rumah sementara kami makan. Rupa-rupanya..... kwang.. kwang.. kwang....!!

Sebelum tu dia memberitahu sesuatu kepada pemilik warung. Dia kemudian menyuruh pemilik warung itu mengambil pesanan. ER meminta nasi putih dan ayam panggang, begitu juga Yaya. Saya dan Cik Embun meminta nasi uduk. Disebabkan pertama kali mencuba makan bebek panggang, kami cuma minta satu sahaja bebek untuk dikongsi. Semasa menunggu pesanan, memang agak ramai pelanggan, ternyatalah tempat ini memang agak terkenal kerana katanya murah dan sedap.

Agak lama juga, pesanan kami pun sampai. Pelayan warung meletakkan dua pinggan nasi putih dan tiga pinggan nasi uduk. Rupanya nasi uduk tu seperti nasi lemak. Lepas tu dia menghantar dua keping ayam panggang untuk ER dan Yaya dan meletakkan dua pinggan yang dikatakannya bebek. Saya dan Cik Embun terlopong melihat bebek itu yang mana salah satu darinya merupakan bahagian paha yang cuma selebar dua jari, satu pinggan lagi saiznya agak besar, mungkin bahagian dada. Cik Embun kata," Nanti dulu.. nanti dulu... kita pilih yang paling besar," tamakkan, hahaha. Maka, kami pun makan. Oooo, agak liat rupanya daging bebek ni, nasib baik tak tanggal gigi, kih kih kih. Ayam panggangnya boleh tahan sedap. Nasi Uduk dan bebek?? Bolehlahhhh...

Sedang leka menikmati makan malam, Pak Sufian memarkir kereta. Pintu sebelah pemandu terbuka. Terperanjat juga bila saya tengok seorang wanita lingkungan akhir 30an turut dari kereta. Dalam hati, aiiiii.. bawa bini ngan anak sekali???? Urmmmm...

Kalau awak-awak semua, apa nak buat?? Buat tak tahu atau buat bodoh??? Huhuhu...

ER yang duduk di hujung sekali mempelawa wanita tersebut duduk bersama kami. Orangnya sederhana, tak berapa ramping, memimpin seorang kanak-kanak anggaran 4 tahun. Dia senyum malu-malu dan duduk di hadapan saya dan Cik Embun. Saya tersenyum dan menyapa, mengajak makan. Anaknya comel, mata bulat macam Hindustan, kulit putih dan mulutnya ramah meminta bebek... hahahaha. Pak Sufian melihat hidangan di atas meja. Tiba-tiba dia kelihatan agak marah, "dadanya mana?? dadanya mana???" sambil mengangkat tangan dan kening kepada pelayan warung. Ooooo, rupanya dada yang besar tu dia punyaaaaaaaaaaa.... adeiiii!! Kami menyambung makan, anaknya tak sudah-sudah meminta bebek. Pak Sufian bertambah-tambah nasi. Saya diam saja, dalam hati timbul seribu satu pertanyaan.

Selepas makan, kami terus balik ke hotel. Saya cuba ikhlaskan hati sehabis mungkin. Sampai di bilik, saya bertanya dengan ER, apa perasaan dia? ER kata, "tak apalah.. kesian." "Oooo, tak apalah kalau rasa macam tu," kata saya. "Kenapa?" ER tanya. Saya kata, "tak rasa ke macam dia ambil kesempatan?" "Tak tahulah..." "Oklah, tak apalah kalau macam tu, kita niat sedekahlah.";))))

Maaf, kami memang tak ambil gambar masa makan malam tu sebab macam tak teruja je :-(

Thursday, January 26, 2012

MEDAN... Episod 3



Assalamualaikum wbt

ADA yang ternanti-nanti sambungan cerita Medan inikah?? (ada keeee?)

Yang belum baca Episod 1 boleh tengok di sini dan episod 2 di sinun... o_O. Teropong jangan tak teropong.

... Selesai bersarapan, kami menunggu ketibaan pemandu (dikenali sebagai supir) di ruang lobi hotel yang sibuk. Kalau dahulu senang membezakan orang Malaysia dan Indonesia tetapi sekarang kelihatannya semua sama sahaja kecuali jika terdengar cara mereka berbual barulah dapat dibezakan pelancong Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya datang dari Jakarta mungkin. Tiba-tiba saya terpandang seorang lelaki lingkungan usia ER terkocoh-kocoh menuju ke meja penyambut tamu sambil di tangannya menggenggam telefon. Saya pandang ER, ER pandang saya. Bagai ada deria keenam yang menyatakan dia adalah supir yang kami tunggu. Dia kelihatan seperti mencari seseorang. ER menyapa, "Bapak ini kawannya Bob ya?". " Ya.. ya.. ini.. Pakcik Rizar ya?" Hahahaha... dari semalam sebenarnya kami sudah tergelak kerana Bob yang ER telefon semalam memanggil ER sebagai pakcik. Yang ini hampir kelihatan sebaya dengan ER juga memanggilnya pakcik. Rupa-rupanya di sini, mereka lebih mengutamakan panggilan pakcik daripada bapak yang biasa kedengaran di kalangan Indonesian. Dan saya??? Saya dipanggil makcik.. adush!!

Mereka berjabat tangan seketika. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sufian dan saya memanggilnya Pak Sufian. Pak Sufian kemudian bertanya ER rancangan perjalanan kami. ER kemudian memberitahu cadangan Bob semalam untuk pergi ke Berastagi dan Parapat kemudian barulah berjalan-jalan ke Kota Medan. Cadangan ini dipersetujui oleh Pak Sufian lalu membawa kami keluar dari kawasan hotel menuju ke Berastagi. Menurut Pak Sufian, Berastagi merupakan kawasan yang menempatkan pelbagai tanaman buah-buahan dan dia akan membawa kami ke kawasan pasar. Perjalanan agak memeningkan dengan keadaan jalanraya yang sempit dan bagai ular dipalu. Tambah memeningkan kepala dengan cara pemanduan supir yang agak merbahaya. Nampak macam pembuli jalanraya pun ada. Tak putus-putus berdoa agar perjalanan kami terpelihara dari kecelakaan lebih-lebih lagi mengenangkan ER yang duduk di sebelah pemandu. Orang kata, Indonesian ni agak sensitif, kalau ditegur silap-silap dibawa kami ke mana pulak, jadi diam-diam sudahlah. Pak Sufian memasang karaoke di skrin tv, katanya mahu masuk pertandingan dan menyanyi di majlis perkahwinan, perasan suara sedap kot... huhuhu. Layannnnnnnnn jerlahhh.

mercu tanda Kota Medan.. ( tak taw mana datangnya jari tu????)

Jauh sungguh perjalanan ke Berastagi. Rasanya kalau mendapat supir yang berhemah, mahu tiga jam juga baru kami sampai, hahahaha. Kami sampai di Berastagi kira-kira jam 12. Sebaik turun kereta, kami diserbu dengan anak-anak yang mengemis wang dari kami. Saya memang ada sediakan wang kecil tetapi membayangkan kebarangkalian diserbu lebih ramai pengemis, maka saya tidak memberi apa-apa kepada seorang pun. Silap-silap tak dapat bergerak bila masing-masing dah berkerumun. Pak Sufian bertanya, jika kami mahu dikawani. ER bersetuju agar dia mengikut sekali. Pak Sufian membawa kami ke pasar yang menjual pelbagai buah-buahan. Kami membeli berkilo-kilo buah untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pak Sufian menawarkan diri untuk mancarikan kotak supaya senang dibawa masuk kargo. Aiii.. macam tak ada je kat Malaysia, kan. Buahnya gemuk dan sihat tau, nak kata mahal, tak pastilah sebab rata-rata harganya sekitar 15.000 sekilo iaitu anggaran RM4.30 jadi saya rasa agak berpatutanlah tambahan buahnya besar-besar. Saya melihat-lihat telekung dan kain batik yang dijual di sini kebanyakannya tidak menarik. Pak Sufian mencadangkan saya membeli telekung dan kain di bandar sebab di sana lebih cantik dan banyak pilihan. Saya bersetuju sahaja, ialah tentulah dia sebagai orang tempatan sedia maklum keadaan di sini. ER dan Pak Sufian kemudian menghantar buah-buahan yang dibeli tadi ke kereta sementara saya, Cik Embun dan Yaya meninjau-ninjau barangan cenderamata di satu kedai. Terpikat dengan fridge magnet yang agak murah dan boleh dibayar dengan wang Malaysia, saya membeli sedikit sebagai kenang-kenangan, begitu juga dengan Cik Embun yang membeli beberapa helai T-Shirt bercetak Medan dan Berastagi. Sampai di kereta, saya terperanjat apabila ER memberitahu dia telah bersetuju dengan Pak Sufian untuk pergi ke Kota Medan pada hari esok sahaja dengan bayaran RM200. Saya berbisik kepada ER, "Kenapa tak bincang dulu ngan bonda???" ER kata, takut tak sempat nak jalan-jalan hari ini. Pak Sufian yang mendengar perbualan kami menyampuk, "Esok saja kita jalan-jalan di Medan, hari ini kita mahu pergi ke Parapat, tengok gunung berapi, bla.. bla.. bla..". Adeiiii.. apalah dimandremkannya si ER ni. ER ni memang mudah terpengaruh kalau tak ada saya. Walaupun yang membayarnya ER tapi saya sakit hati tau kalau orang suka-suki nak kikis duit my lucky.. huhuhu.

ini namanya buah cinta

Dari Berastagi, kami terus bertolak ke Parapat. Cuaca yang kadangkala panas bertukar mendung menjadikan hati saya tak putus-putus berdoa agar jangan hujan. Kalau hujan tentu saja perjalanan kami akan terganggu dan percutian menjadi tak seperti yang dirancang. Tapi apapun kami terima juga segala ketentuan. Rasa kematu punggung sepanjang perjalanan ke Parapat. Cik Embun memicit-micit kepala kepeningan, Yaya kata rasa nak muntah. Perjalanan mendaki bukit dan berhimpit dengan kenderaan lain semakin memeningkan. Kami juga berselisih dengan anak-anak muda berani mati yang selamba berdiri di atas bumbung van yang sedang bergerak. Wahhh!! Boleh cari makan sebagai stuntman ini. Suasana yang tak akan terjumpa di Malaysia, ni Mat Rempit kalau tengok menangis tau, hihihi.




"Wah!!" Tidak putus-putus kami memuji pemandangan indah dari atas bukit. Indahnya bumi ciptaan Tuhan, saujana mata memandang. Kamera tak henti dipetik merakamkan detik demi detik. Kami menyewa dua buah kereta kuda mengelilingi Bukit Gundaling. Pemandangan dari puncak bukit ini tak mampu terucap dengan kata-kata, sekejap-sekejap yang keluar dari mulut.. wahhhhhh! wahhhh!! ;))))). Maka banyaklah aksi yang dirakam, aksi nak melompat dari atas bukit saja tak berani sebab saya ni gayat orangnya, hihi. Jadi yang banyak adalah aksi peluk tiang signboard, kah kah kah.. Gerimis yang mengundang memang langsung tak dihiraukan. Sekali sekala terasa juga air hujan yang agak besar. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang. Ialah, pusing-pusing dekat situ jugak, petik-petik kamera muka kami jugak, hihihi.



alamak! Lemakkkkk....

Kami berhenti mengisi perut untuk makan tengahari di sebuah Rumah Makan Minang. Di sini kami dihidangkan makanan secara ala kadar.. hehe. Maknanya, pilih lauk yang kami hendak, barulah ia dihidangkan. Makanannya memang sedap, paling sedap tauhu goreng panas-panas yang dicicah bersama sos rojak. Ayam bakar di sini juga sedap dan meresap rasanya begitu juga dengan lauk-lauk lain. Pendek kata semuanya memang sedaplah, almaklum.. laparrrr... hihihi. Terkejut sekejap kerana harga yang ER bayar kurang 200.000 sahaja. Murahlahkan, semalam kami kena 300.000 tau. Pak Sufian tergelak bila kami kata murah. Saya sempat bertanyakan asal Pak Sufian dan menurutnya dia berasal dari Acheh. Ramai saudaranya yang mati kerana tsunami dan katanya Malaysialah yang banyak memberi bantuan dan dia amat terhutang budi. Rasa terharu sekejap... sob.. sob.. Ops! Gambar makanan kat sini? Saya pun lupa ada kat kamera yang mana, hehehehe.

Hari masih siang lagi tapi menurut ER kami akan balik ke hotel. Saya melihat jam, masih awal lagi, biar betul. Tak berbaloi rasanya dengan apa yang kami bayar. Walaupun badan ni dah rasa letih kerana jalan yang tidak selesa tapi saya gagahkan diri juga. Kami melalui kawasan gunung berapi yang menempatkan kolam air panas. Pak Sufian mempelawa untuk singgah, ER menolak tapi saya dan Cik Embun sama-sama berkata ya. Maka, kami pun singgah. Saya membayar wang masuk kira-kira 13.000. Mak Aihhh! Rasa nak pitam menghidu bau persekitaran kolam. Eiii.. ada orang buang air besar merata-ratakah??? Pak Sufian tersenyum melihat saya menutup hidung. "Bau belerang," katanya seolah faham apa yang saya fikirkan. Ohhh, tapi saya masih menahan nafas sehingga bau itu kembali stabil dan sebati, hehehe. Saya membayangkan kolam air panas yang masih terpelihara rupanya ia telah dibangunkan tetapi sayangnya suasana tidak terjaga. Soal kebersihan kurang diambil peduli. Sisa-sisa kotak makanan dan minuman ditinggalkan begitu sahaja. Sampah memenuhi tong tidak dikutip membuatkan saya rasa tak selesa. Ditambah pula hari yang baru lepas hujan dan tiada tempat duduk. Setelah meninjau-ninjau, akhirnya kami duduk di sebuah pondok yang seperti baru saja ditinggalkan. Pak Sufian membentangkan plastik untuk kami duduk dipinggir kolam selebar 10 kaki. Cik Embun dan Yaya merendam kaki, saya masih berkira-kira dan menyuruh ER turun kolam. Beberapa pengunjung lain ada yang berendam dengan baju yang ala-ala baju tidur kaftan. Melihatkan warna air yang keruh saya tidak sanggup, teruknya saya, bukanlah pembersih sangat tapi memandangkan datang ke sini sehelai sepinggang, malas pula nak berbasah-basahan. Jemu merendam kaki, kami bergerak pulang.

dekat belakang tu gunung berapi yang masih aktif.. berasap-asap..

Saya mengajak Pak Sufian singgah makan jagung bakar yang saya dah idamkan dalam perjalanan pergi tadi. Kami menikmati jagung di pinggiran bukit sambil melihat gaung yang terbentang. Bumi yang masih terpelihara, saya terfikir kalau jatuh haiii, memang mati sia-sialah jawabnya sebab orang tak mungkin dpat jumpa mayat kita.. ish3!

tunggu jagung di tepi gaung.. hehehe

Sebaik menghabiskan jagung masing-masing kami terus bergerak pulang ke hotel. Pak Sufian berkali-kali menawarkan untuk membawa kami berjalan malam nanti. Bukannya percuma yang pasti jadi saya dan ER menolak. Teringat pula dengan Pak Wawan di Bandung yang cuma mengenakan RM150 untuk 12 jam sewa kenderaan. "Marilah, kita jalan-jalan, tengok lampu waktu malam, cantik-cantik." Lama-kelamaan hati ER pun tercuit. ER cakap dengan saya, tak apalah, dia kata tambah 100.000 jer. Pak Sufian kata, pemandangan Medan malam lain, nanti kita pergi mall, kita pergi sana, kita pergi sinun... Ioalahhhh...

Nak bersambung lagi, boleh tak???

Friday, January 20, 2012

HARI INI YAYA 11 TAHUN

terima kasih sahabat saya KE Lukis Lukis.
Cantikkan??
Errr... KE, ni hadiahkan... free kan... erkkk!!
Siapa yang berminat untuk di'sketch'kan fotonya boleh add KE Lukis Lukis di FB ya..
search KE Lukis Lukis... memang terbaikk!!

saya terharuuuu..

ASSALAMUALAIKUM wbt

ALHAMDULILLAH, masa berlalu begitu pantas. Rasanya baru sahaja saya post-kan entri ulangtahun Yaya yang ke 10, hari ini usia Yaya menginjak lagi ke satu angka, tapi masih nombor binary, 11 (hehe.. ada yang lupa apa tu nombor binary???)

Yaya dilahirkan pada tarikh cantik 20.01.2001 (20012001). Saya masih ingat lagi perbualan dengan seorang photografer di Berita Harian/ Harian Metro kira-kira 11 tahun dulu, Abang Yahya Zain. Kini beliau bertugas di Kuala Lumpur tak silap, lama tak mendengar khabar Pak Ya.. hehe.

"Kau bila due ek?"

"22 Januari."

"22... ooo.. tak lama lagilah tu."

"A'a... tapi kalau boleh kita nak 20 Januari, urmmmm..."

"Hah! Kenapa?"

"Abg Yaye tengok nombor ni," Saya mencatat di kertas tarikh 20.01.2001 sambil menyebut angka 20012001."

"A'ahlahhh.. cantik... cantik.... betul.. betul.. betul...", tengok tu, Upin Ipin belum ada pun dah ada istilah betul betul betul, tu tauuuuu... hihihi.

Seminggu sebelum tarikh jangkaan bersalin saya telah siap-siap memohon cuti. Masa ni saya bertugas di tempat lain, bukan tempat yang sekarang ni. Belum ada pengalaman, takutlah pulak kalau tersakit sorang-sorang dalam makmal, hihi. Setelah seminggu bercuti, masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Sakit-sakit langsung tak ada. Saya tetap gagah tapi masa tu dah tinggal berpindah ke rumah ibu, sebab rumah lama kat Tingkat 5 masa tu. Nanti payah pulak nak turun tangga kan, lif tak ada. Jadi, pada petang hari 19 Januari tu, saya bercakap dalam hati... Tak ada harapanlah aku nak beranak tarikh 2001 ni... :-(. Ish! Tak boleh jadi, nak jugak bersalin esok, hehehe.

Saya terus mencapai vakum. Ibu tegur, tak payah. Saya kata kena buat kerja berat sikit biar cepat beranak, haha. Maka dengan gigihnya saya pun mengemas rumah, habis semua habuk dan sawang-sawang disedut. Lepas kemas siap semua, mandi-mandi, rehat-rehat tiba-tiba rasa sakit perut. Jam hampir 5 petang.

"Kenapa, sakit?" tanya ibu.

"A'ah, sikit jer," saya orang jenis tahan sakit sebenarnya.

Lepas tu kakak saya balik kerja, macam biasa singgah sekejap, dia kata mungkin saya dah nak bersalin, dia suruh saya rendam akar kacip Fatimah. Saya pun rendamlah. dalam setengah jam tu saya pun minum. Lepas tu teringinlah nak tengok rupa akar tukan (saya rendam dalam bekas bertutup, pusing lubang kalau nak minum). Sekali saya buka.. mak aihhh! terkejut sampai meremang segala, punyalah kembang akar tu, penuh satu mug, rupanya orang kata, tu memang dah sampailah nak bersalin.

Bila ER balik, dia terus ajak saya ke hospital. Saya yang penakut dengan hospital ni kata, okey lagi. ER ajak, saya kata, okey lagi.. hihi. Sebenarnya takuttttttt, jadi tahankan jer sakit tu. Dialog ni sebijik macam dialog ibu masa nak bersalinkan saya dulu tau, haha. Okey, yang tu nanti saya cerita bila hari lahir saya pulak ya.. huhu... tungguuuu!!

Lama-lama, hari pun malammmm. Sakit yang tadinya datang sejam dua kini dah jadi kerap. Tapi dapat jugaklah saya curi-curi tidur. Bila sakit tu datang, saya bangun jalan-jalan dalam rumah. ER sikit punya sedap tidur, sebelum tu dia cakap, orang ajak gi hospital, tak nak... hehe.

Lepas tu, ibu tegur. Agaknya diapun risau jugak kot.

"Tadi masa vakum rumah, ada sedut sarang-sarang semut ke?"

Huhu.. saya terus terbayang, memang saya sedut segala, habis bawah tikar getah semua diselak. Orang tua cakap jangan sedut semut, nanti sakit perut. Tapi terfikir pulak, orang dulu-duluuuuuuuu ada vakum ke??? Aishhhh!! Pasal tu ke sakit perut bukan pasal nak beranak?? Tapi memang dah sakit sangat ni.. mesti gak kena gi hospital.. huhu. Takut tak takut belakang kira.. hihi. (Itu sebablah saya jarang ambil MC.. takut doktorrrr... kih kih kih).

Saya terus kejut ER, "B, B... jom kita gi hospital, " masa tu rasa-rasanya pukul 5 kot.

ER yang mamai-mamai membuka mata dan berkata.... "Tunggu hari cerah boleh tak?" Kwang kwang kwang.... Uwaaaaaaaaaaaa....

Hampir jam 6 pagi kami pun bergerak ke hospital (nasib baik tak betul-betul tunggu hari cerah). Sampai di hospital kenalah melalui proses seperti orang lain jugakkan walaupun sakit-sakit. (sebenarnya pelik setiap kali tengok drama atau filem adegan orang nak bersalin dan dikejarkan ke hospital, mesti baring sambil hempas-hempas kepala.. aku rilekkkkkk jer.. boleh jalan lagi padahal perut rasa nak terbarai dah, hahahaha). Lepas tu, misi pun suruh saya duduk atas wheel chair untuk dibawa ke wad. Hahaha.. senyum meleret-leret duduk atas wheel chair. Berkali-kali tanya, kena duduk ke, tak duduk tak boleh??? hihi..

Kagum betul misi tu dengan saya. Lepas salam-salam ER ngan ibu, misi tu tepuk-tepuk bahu saya. Dia kata saya kuat semangat, insyaAllah, tak apa-apa. Dia suruh ER dengan ibu balik dulu. Nanti tengahari baru datang. lepas babai.. babai.. saya pun masuk lif... huhu.. adakah itu pertemuan terakhir.. oh! Tidakkkk...

Bila dah masuk wad bersalin tu, prosesnya tak payah ceritalah kan. Dalam keadaan sakit-sakit tu, saya boleh tidur lagi, hihi. Sakit, jaga, hilang sakit, tidur... krooohhhh.. hak hak hak. Kemudian, adalah seorang doktor ni datang, dia pun periksalah gitu-gini, tengok jam.. dia kata, "Awak lambat lagi ni, kurang-kurang pukul 5 nanti baru bersalin," saya dongak tengok jam atas kepala. Baru pukul 11 pagi. Aduiiiiiiii!! Nak tunggu kul 5, matilah akuuuu tahan sakit.

Tiba-tiba datanglah misi yang bernama Ramlah. Dia periksalah kan kat situ... tut! Eh! Awak dah nak bersalin ni... kui kui. Saya terkejut, biar betul. Tadi kata pukul 5. Masa tu tiba-tiba sakit perut kan, jadi kalau dah sakit perut sangat.. kita terteranlah. Jadi dia kata, teran.

"Alaaaa.. misi, saya lupa macam mana saya teran tadi... "

"Heiiii.. cepat, awak nak suruh anak awak mati???"

"Hah!" Dengar perkataan mati, saya pun....

Dan.... menguaklah seorang budak ni. Misi bernama Ramlah tu menyambut seorang-seorang sebab memang dalam jangkaan saya belum nak bersalin lagi. Dia tunjukkan baby tu... "Ha, tengok sini anak awak perempuan ke lelaki?" Saya besarkan mata, nampak macam lelaki pun ada, macam perempuan pun ada, mamai sebab ngantuk, hihi. Bila dah besar... amboiiiii, tembam sungguh budaknya.. hihi.


Sekarang dia dah pandai tolong saya basuh kain (mesin yang basuh), sidai kain, lipat kain, masak, cuci pinggan, kemas dapur, kemas rumah... paling banyak tolong tengok tv, hihi. Tapi pasal kerja sekolah dia memang rajin, nombor satu. Jadi kadang-kadang dia dah tak sempat nak tolong buat semua kerja, terpaksalah saya yang buat semua tu... huhu. Semalam, saya betul-betul tak sempat nak buatkan kek untuk dia, jadi kena keluarkan modal besar sikit belikan kek togel di Secret Recipe sebab hajatnya tahun ni nak potong kek dengan kawan-kawan di sekolah barunya termasuklah kawan yang sama menyambut hari lahir hari ini yang bernama Farah.

Alhamdulillah, sejak ditempatkan di sekolah baru ni, sifat kepimpinan Yaya semakin terserlah, tentulah diwarisi dari bondanya kan, ehem.. ehem! Yaya kini memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Tunas Puteri dan Bendahari Kelab Alam Sekitar. Mana tahu, esok-esok Yaya boleh jadi Menteri Alam sekitar, Aminnnnn. Selain tu, Yaya juga dilantik guru sebagai Penolong Ketua Kelas dan sebagai pengawas di sekolah agama. Sebagai ibu saya bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi ibu mana yang tidak berbangga apabila anak yang dilahirkan dulu kini sudah menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang disegani dan dipercayai. Bila kita dilantik, bermakna orang percaya dengan kita jadi pandai-pandailah kita memikul amanah, itulah pesan saya kepada Yaya.

Dan satu lagi, kalau dulu, setiap kali makan, saya kena habiskan makanan Yaya (biasalah, mak tolong habiskan makanan anak, sayang makanan terbuang, hehe) tapi sekarang ni Yaya pulak tukang perabih makanan saya. Alhamdulillahhhhh... ;))).

Hari ini, saya pohonkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, Lindungilah Nur Iman Fatiha Binti Mohd Rizar dari segala kejahatan dan hasutan syaitan, dari niat buruk manusia, dari hasad dengki dan dari segala kemalangan dan kecelakaan serta penyakit yang merbahaya. Lorongkanlah dia berbuat kebaikan, terangkanlah hatinya, lapangkanlah dadanya, bukakanlah ikatan lidahnya dan permudahkanlah urusannya, panjangkan usianya dengan kesihatan yang baik, jadikannya anak yang solehah yang sentiasa berbuat baik kepada orang lain serta kedua ibubapanya, Ya Allah... Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alaminnn.

Fakta:
*Nombor Binari adalah sistem nombor perduaan yang menggunakan angka 0 dan 1 sahaja. Ia ditandakan dengan andasar dua (2)
*Abang Yahya merupakan pengapit ER ketika majlis persandingan kami dan beliau juga merupakan salah seorang saksi di pihak lelaki
*Nama gelaran Yaya diambil dari nama Abang Yahya (buang huruf H supaya tak nampak macam nama lelaki, hehe...)
* Fakta yang ketiga tu sebenarnya auta... hehehe.. jangan mareeeeeee... nanti kena jual.. lelong! lelong!

Thursday, January 19, 2012

MEDAN... EPISOD DUA


ASSALAMUALAIKUM wbt

Medan... Cukuplah Sekali! (Episod Satu) baca sini ;-))

SAYA mula gelisah, ER apatah lagi. Melingas jer mata tak tahu nak tengok arah mana. Macam nilah kalau berjanji dengan orang yang kita tak kenal, tak tahu rupanya macammana, datang dari arah mana dan bawa kereta apa. Jarum jam semakin hampir ke angka 5 (waktu Medan jam 4). Tiba-tiba datang seorang bapak lingkungan usia awal 50 mungkin, berlari-lari ke arah ER dan bertanya sesuatu, di tangannya menggenggam walkie-talkie. Masa tu saya dan ER kedudukannya agak jauh sedikit, saya lihat ER mengangguk-angguk dan kemudian menoleh dan melambai saya. Kami terus menarik beg masing-masing walaupun dalam hati saya tertanya-tanya betulkah orang ini dari hotel yang kami tempah. Dia hanya memakai t-shirt kolar bulat biasa yang tidak berlogo. Dia membawa kami ke tempat parkir. Kami menunggu di tepi jalan, hati lega bila dia memandu keluar sebuah MPV yang tertulis nama hotel. Sebaik hendak keluar dari persimpangan lapangan terbang, sebuah van berhenti dan seorang lelaki yang agak muda menunjukkan kertas bercetak nama ER. Haru! Entah ke mana dia pergi sudahnya kami diambil oleh pemandu yang lain pula. Haiiiii.. sabarrrr ajelahhh. Dalam mobil, bapak tadi menyarung uniform hotel, panas sangat jadi tadi ga dipakai, katanya. Urmmmm, macam tau-tau pulak apa yang bermain-main di batu jemala saya ni, hihi.

Sepanjang perjalanan saya dapati suasana di Medan tidaklah sesesak kota Bandung yang padat dengan kenderaan. Nampak agak tenang berbanding Bali. Di kiri kanan, banyak juga rumah makan minang dengan trademark bumbung Minangkabau membuatkan perut yang memang lapar semakin rancak bergendang. Akhirnya kami tiba di hotel yang terletak di tengah-tengah Kota Medan. Selepas segala urusan selesai, kami terus keluar mencari tempat menikmati masakan minang dan padang. Sebaik keluar dari kawasan hotel, kami diterjah oleh beberapa kumpulan pemandu beca yang mempelawa kami ke kilang batik. "Ga jauh buk, dekat saja.." saya menggelengkan kepala tanda tidak mahu. Gila nak pergi kilang batik naik beca, kematu punggung aku (cakap dalam hati jer).

ER memilih sebuah restoran padang berbumbung Minang tak sampai 5 minit berjalan kaki dari hotel. Aduh! Lepaslah segala rindu dendam untuk menikmati nasi padang. Urat Keting, Ayam Kampung Berempah dan Sambel Ijo antara yang wajib dalam hidangan. Yaya tambah lebih dari tiga kali, saya lupa diet.. huhuhu. Makan.. makan.. makan... tak toleh kiri kanan dahhhh...

Yaya dan Cik Embun depan Rumah Makan Minang

ni baru letak lauk separuh.. lepas tu dah tak sempat ambil gambar pun... ;))

Kemudian ER menelefon ejen sewa mobil untuk mengangkut kami berjalan-jalan. Saya hanya mendengar ER berbincang dengan ejen tersebut. Kami awal-awal lagi telah bersetuju tidak pergi ke Danau Toba memandangkan tempoh perjalanan yang panjang. Ejen tersebut yang dikenali dengan nama Bob mencadangkan kami untuk ke Berastagi. Katanya di sana tempatnya sejuk dan tempat tanam-tanaman buah. Walaupun sewa supir dan mobil agak melampau iaitu IDR600.000 kira-kira RM210, ER tidak ada pilihan. Itu belum lagi termasuk wang parkir dan penjaga lalulintas. Saya... ikut sajalahhhh.. Janjinya supir itu akan menjemput kami kira-kira jam 9 waktu Medan esok pagi. Selesai menjelaskan bil kami bergerak menuju ke Pasaraya Yuki tidak jauh dari situ. Waaaa... ada yang nak tahu bilnya berapa ya?? Jangan terkejut, harga makanan di sini agak mahal lebih-lebih lagi kalau makan di restoran. ER membayar IDR300.000, cer kira.. IDR100.000 = RM35.00.. ;))). Mahal gila.. kan... untuk 4 orang makan. Tu pun bukan makan semua lauk, tapi tak apalah sebab datang sinipun nak makan, kannn..

Pasaraya Yuki tiada apa yang menarik. Kami tak mahu lambat-lambat memandangkan hari semakin gelap. Sepanjang berjalan kaki tadi terdapat antara tiga hingga empat penutup longkang yang hilang. Punyalah dalam longkang tu, besar pulak lubang, adoi, tak boleh bayang kalau terjerlus dalam tu. Bagi mengelakkan lalu semula mengelak lubang-lubang tadi, kami menyeberang jalan. tercungap-cungap jugaklah nak sampai ke hotel. Sampai hotel kita rehat sahajalah menikmati malam di Kota Medan. Tak larat nak berjalan dan tak tahu tempat nak dituju. ;)

tunggu episod tiga ya :-))

Monday, January 16, 2012

DARI KAKI TANGGA KE MENARA



Assalamualaikum

JENGUK sekejap Alam Sari pagi ini. ;))) Sebagai motivasi pagi layan sekejap lagu Fauziah Latiff ~ Dari Kaki Tangga Ke Menara, lagu yang banyak memberi motivasi untuk saya bangkit dari kegagalan dan kesukaran masa lalu. Oh! Rupanya entri ini yang pertama untuk tahun 2012. Tak baikkan saya, langsung tiada ucapan selamat untuk tahun baru 2012. Tiada ucapan selamat tinggal kepada 2011 dan lupa menyampaikan salam pada 2010. Semoga ini tahun yang terbaik untuk kita semua.

Wassalam.

Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?