HAH! Siapa yang kena serang? Sayalah... Dengan siapa? Selalu kalau kes serang- menyerang ni gara-gara ambil barang orang atau suami orang... wakakakah! Jangan buat lawak, boleh tak? Takde masalah saya nak ambil hak orang, hak sendiri pun susah tau mau jaga... hahaha. Yang sebenarnya saya diserang cacar air atau dalam istilah orang putihnya chicken fox. Kalau diterjemahkan balik, bunyinya ayam musang... amek kau. Tulah jadinya kalau si musang sibuk nak berbulu ayam... muahahahaha.
p/s: Hari ni dah boleh ketawa kuat-kuat.. tiga empat hari lepas rasa macam... macam.... haishhhh!!! Tak boleh kata apalah... tak tau nak kata apa.. bila tengok cermin, oh! Tidakkkkkkkkkkk...
Macammana mula-mula kena tu?
Saya mula perasan ada benjol kecil di lengan kiri (dalam pelipat siku) pada hari ahad sekembalinya dari Kuantan. Malam tu tiba-tiba rasa pedih sebab saya terpicit sesuatu yang bulat di lengan. Lampu bilik air pulak dah 'padam', jadi bila masuk bilik tu saya belek juga.. apa ni tanpa bertanya kepada sesiapa.
Hari Selasa, saya perasan ada satu biji lagi di bawah bahu sebelah kiri. Bulatnya tu cantik betul kemerah-merahan.. hehehe. Tapi tak picitlah, nampak gelembung tu, biar jer nanti mesti dia hilang sendiri, fikir dalam hati. Saya tunjuk kat Yaya. Yaya pelik, apa tu??? Entah. Lepas tu baru sedar ada lagi sebiji di belakang bila raba-raba. Tanya Yaya, Yaya kata sama cam yang kat bawah bahu bonda tu. Aik! Encik Rizar pun diam jer, mungkin dia pun tak nak fikir yang bukan-bukan.
Hari Rabu tulah dah tengahari, tiba-tiba teringat nak tanya kawan masa berchatting di fb. Kebetulan, kawan sebilik keluar ke klinik gigi, jadi tanya kawan baik saya ni, Suhaily... "Äpakah symtom-symtom orang yang kena chicken fox?" Ialah, sejak balik dari Kuantan tu, memang rasa macam nak demam jer, selera makan pun tak ada. Lalu saya menghantar satu gambar padanya. Ïalah, tu..." adoi, kenapa tiba-tiba rasa macam dapat hukuman mati lak ni..
Naza, kawan sebilik saya kebetulan sampai. Saya tunjukkan padanya. Äáh... betullah, Kak Yus..." Waaaaaaa.... aku mahu nangis sekarang...
Terus telefon Encik Rizar, telefon ibu. Huwaaaaaaa.... Petang tu, lepas balik kerja, terus ke klinik. Dapat cuti tiga hari. Tiga hari jer? Ya, lepas tiga hari datang balik klinik. Wah, pandailah doktor-doktor sekarang. Datang lagi, duit lagi. Nasib baik company bayar, kesian bos ahkakkkk...
moga akk cepat sembuh...
ReplyDelete