SARAPAN DI MS CAFE SOTO BULUH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK Jumaat bercuti, Sk ingatkan hari ni dah isnin. Tapi teringat PI kata, nak pergi Pasar Tani, maknanya baru hari ahad. Lama nau nau dah rasa bercuti ni. Teringat kucing-kucing kat kolej, makan ke tidak. Harap adalah penghuni apartment yang bagi makan. Tapi tu la, cuti panjang macam ni, tentu penghuni apartment pun nak jalan-jalan atau ada yang balik kampung. Semoga baik-baik jer la kucing-kucing semua. PI balik dari pasar tani, bawa roti canai. Jadi, hari ni kenalah masak awal kot, makan roti canai jer, cepat lapar balik, hehehe.



Semalam, Sk dan PI merajinkan diri keluar sarapan ke Kampung Sungai Danga. PI la asyik sebut tentang Soto Buluh yang viral di sini. Selain soto, lontong pun power jugak dengarnya.



Belum pukul 9 kami dah sampai. Pelanggan boleh tahan ramai tapi masih banyak meja kosong. Sebaik sahaja duduk, kami diberi menu.


Selain tu juga diberi order chit. Lepas catat pesanan kita, bawa ke kaunter dan terus bayar. Nanti pekerja yang akan hantar pesanan ke meja. Dalam order chit ni dah siap menu makanan dan harga. Menu minuman catat jer la kat belakang kertas ni atau sebut jer di kaunter. Mudah sistemnya.


Sebelah Sk ada seekor kucing. Mula sampai tu, dia sibuk jilat badan, lepas tu tidur. PI panggil, cepat-cepat dia duduk kerusi sebelah PI. Dah PI kena paw ayam dengan dia, hehehe.


Pesan dua mangkuk lontong, satu makan, satu lagi bungkus untuk Iman. Serius cakap, memang power. Sayur banyak, kuah lodeh sedap lemak santannya, sambal tumis dan sambal kacang menjadi pelengkap semangkuk lontong yang sedap. Masa Iman makan, Sk saja nak tengok reaksi dia, Iman terus cakap sedapppp. Iman sama dengan Sk la, hantu lontong.


Selain tu pesan sate daging 6 cucuk. PI cakap, dekat kaunter tu staf beritahu, sate mereka bukan sate batang pinang, jadi macam tak lembut sangat. Aaa.. bolehlah, taklah keras sangat dan tak lembut juga. Perapan sate sedap tapi rasa daging dia macam daging dah lama. SK makan dua, PI makan dua, lagi dua cucuk Sk masukkan dalam bungkusan lontong Iman.


PI makan soto tapi PI kata, sup dia cair. Tak habis pun PI makan. Tekak dia memang memilih sikit. Kalau Sk, selagi tak masin, makan jer la sampai licin, tapi dia tidak ya. Kalau tak kena dengan tekak dia, memang dia tak mahu habiskan. 


Tengok dekat sini macam buka hari-hari, 8.30 pagi hingga 2 petang. Bolehlah siapa-siapa nak datang brunch.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!