ASSALAMUALAIKUM wbt
MUNGKIN ada yang tidak tahu gambar ala-ala romantik semalam tu sebenarnya dirakamkan ketika saya berada di Bali, kelmarin. Ya, benar.. saya baru dua hari kembali ke Malaysia setelah empat hari berlibur di Pulau Dewata yang sesak dengan pelancong bermata biru dan berkulit merah jambu lantaran dijemur terik matahari. Kalau kita sebolehnya cuba untuk berlindung dan berpayung sebaliknya bagi mereka sengaja berjemur betul-betul di bawah terik matahari tanpa menghiraukan manusia yang lalu lalang. Satu pemandangan biasa yang dapat dilihat di sepanjang pesisiran Pantai Kuta yang paling terkenal di Bali.
Tidak sangka pula apabila ER memenuhi impian saya untuk ke Bali. Impian main-main yang akhirnya menjadi kenyataan. Rasa seperti tidak percaya apabila menjejakkan kaki di sini. Dan rasa tidak percaya, Bali tidaklah seindah yang saya sangkakan dan saya dengar. Sukarnya mencari makanan halal di sini kerana gerai babi guling merata-rata di tepi jalan membuatkan hati jadi ragu-ragu untuk makan sebarangan. Kebetulan kedatangan saya kali ini seiring dengan musim pelancong yang ramai tambahan pula masyarakat Bali yang majoritinya beragama Hindu baru sahaja menyambut perayaan yang dikenali sebagai Hari Raya Galungan dan Kuningan. Di sana sini terbau asap dupa dan wanginya bunga seiring dengan lantunan mantra bagi meraikan dewa mereka.
Banyak lagi ingin saya ceritakan dan ini hanyalah sebagai pembukaan supaya tidak lagi ada yang tertanya-tanya kenapa dalam entri semalam ER begitu rela berbunga di telinga. Itu adalah bunga yang diselitkan oleh penyambut tamu ketika kami berkunjung ke Jimbaran Bay, Pantai Kedonganan yang paling terkenal dengan hidangan makanan lautnya. Bagi saya tiada yang paling indah di Bali selain menyaksikan matahari terbenam perlahan-lahan di pantai ini, akan saya ceritakan pada entri yang akan datang, insyaAllah. Sehingga bertemu lagi.
empat ahli yang menyertai rombongan.. hehehe
ooooo...senyap2 pegi Bali rupanya...
ReplyDeleteseronok tak seronok dah sampai sana, akak baru jejak Medan tu pun tahun bila tah..
kdg2 fikir lebih cantik tempat kita dr negara luar kan, bila susah nak mkn dan sbgnya....cuma dpt lebih ilmu,jauh brjalan luas la otak kita, kalau tak asyik terperap je kt rumah.
betul tu, kak Zana. Org kata hujan emas di negara orang, kan.. baik lagi di negara sndiri. Bila balik M'sia, barulah puas dpt mkn.. pantai kita lebih cantik lagi..
ReplyDeletewah,baru balik dari bali ek..seronoknya
ReplyDeletewahh.. senyap2 hanimun ye.. hihi....
ReplyDeletetun xpenah jejak lg Bali ni..last time famili tun pegi, kene tinggal sbb x cuti =(
dgr jugak susah nk cr makanan halal. kalau ada rezeki, nnti pergi kene stand-by instant noodle utk emergency.. hehe
Salam Sari..
ReplyDeletewah gi bali tak ajak mama yer?? Best tak?? Anak mama punlast June pegi Bali siap bawak blk ole2..kata nyer kat sana mmg susah nak cari mknnan halal sib baik pak supir diorg org Islam di bwkkan ke kedai mkn halal...
seronoknya dpt cuti2 lagi...
ReplyDeletepernah juga dengar org kata kat bali susah nak cari makanan halal...
ooooooooo...senyap2 je yeee... mana ole2??? ahahaha~
ReplyDeleteIla, seronoklah naik kapalterbang, hahaha
ReplyDeleteTun, ye.. kalu gi lebih baik bw siap2 mee segera dr Msia. Akak pun tak brp confident nak beli mee sgera kat sana, huhuhu
Mama, kami dpt supir non-muslim. Patut tak patut diajaknya kami mkn babi guling, huk huk.. takde sensitivity langsung!
Madiha, memang betul kata orang tu..
Sunah, mehla sini nak ole2, hehe