MASAK RENDANG NASIB

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU ini duduk rumah aje. Semalam, satu hari Sk gantung periuk. Pagi, sarapan Lontong Kering di Pak Din Corner, tengahari tapau Nasi Padang di Restoran Nasi Padang dalam taman (lupa nama restoran), malamnya pulak, kami pergi makan Mee Rebus Idaman di Taman Bukit Indah (tu nanti Sk cerita lain). Pagi tadi, PI pergi pasar tani dan balik bawa sarapan Nasi Lemak Daun Pisang dan Roti Canai. Petang ni la baru kita masak hasil tangkapan PI di pasar tani.



SK ada cerita sebelum ini, kolej mengadakan Program Ibadah Korban kali ke 6 pada 11 Zulhijah 1446H bersamaan 28 Mei 2026. Kali ini, Iman mengambil satu bahagian korban, boleh baca 




Selesai melapah semua daging dan tulang lembu korban, kami membahagikan organ lembu iaitu limpa, hati, jantung, paru kepada tujuh orang. Begitu juga dengan ekor lembu. Ekor lembu Sk buat sup manakala organ lembu kecuali paru Sk buat Rendang Nasib.




Semua organ ni Sk rebus dengan halia yang banyak untuk matikan air dan mengelakkan ia rosak memandangkan lama berada di luar. Ni pun tumpang rebus rumah Angah sebab lepas program Sk terus ke sana makan Laksa Johor tu.




Daging korban bahagian Iman, Sk ambil sekilo sahaja, semuanya Sk masak rendang dan campurkan dengan organ lembu kecuali paru. Maka, jadilah Rendang Nasib. Paru lembu belum masak lagi, berangan nanti nak masak Paru Berlado, kalau malas kita buat goreng kunyit aje makan dengan nasi lemak, hehehehe.




Resipi Rendang Nasib

1 kg daging lembu
1 kg organ lembu (campur-campur bahagian limpa, hati dan jantung)

Bahan Kisar:

3" halia
3" lengkuas
1" kunyit hidup
7 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih 
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Bahan lain:

2 senduk cili kisar
2 kotak santan pekat (200ml x 2)
Air secukupnya untuk mencairkan santan, jangan terlalu cair.

Gula melaka 
Garam
Asam keping
Kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit (hiris halus)


Cara memasak:

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan didihkan. Sentiasa kacau supaya tidak hangus di dasarnya.

2. Di pertengahan tempoh memasak, boleh masukkan gula melaka.

3. Apabila kuah semakin susut, masukkan kerisik, garam, daun limau purut.

4. Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit.

5. Tutup api bila rendang hampir kering. 



Rendang dah siap, Sk masukkan dalam bekas untuk diagihkan pada Angah, Cik Ani dan Cikwa. Nak hantar Melaka, tak sempat pulak. Maaf eh orang kampung angkat, heheheh.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!