TENGOK PENYU TELOR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

DAH basi cerita ni, dah berzaman.. huhuhu. Tapi tak apalah, nak juga buatkan edisi khas tengok penyu bertelur ni sebagai kenang-kenangan. Tak pernah umur tengok penyu bertelur secara langsung, jadi bila mendapat kesempatan maka memang tak lepas peluanglah. Pada mulanya saya ingatkan nak tengok penyu bertelur ni macam kita pergi main-main kat tepi pantai tu sambil tunggu penyu mendarat. Perghhhhhhhhh!! Rupanya tidak tuan puan. Penyu bukan asal pantai jer ia bertelur. Ialah, dulu dalam satu rancangan dokumentari tu, berkerumun orang tengok, penyu tu diam-diam jer bertelur, yang ni kita nak tengok pun kena dalam gelap... kena senyap-senyap.. hohoho. Apa yang nampak? Dia punya 'tut' jer yang disuluh oleh pakcik pemandu penyu kami tu.. huhuhu.

Menurut pakcik tu, penyu ni tak boleh terganggu kalau sedang bertelur. Kalau dia tengah mengais-ngais tu pun jangan dekat. Hampir nak bertelur saya dok menunggu puan penyu tu.. huwa huwa huwa. Yaya nak terkucil pun saya kata tahan.. tahannnnn.. Ialah, takkan nak dot.. dot.. dot kat teluk tu tengah-tengah malam. Karang balik bengkak semua, mana nak mengubat, kui kui.

Menurut pakcik yang saya tak tanya namanya tu, penyu akan mula naik ke pantai di pantai timur sepanjang March hingga September. Alkisahnya juga, penyu akan naik untuk bertelur di mana tempat ia ditelurkan. Jadi, kiranya penyu-penyu yang mendarat ini adalah penyu-penyu yang ditelurkan di sini. Ops! Lupa pulak nak beritahu lokasi yang kami redah macam nak pengsan ini adalah di Teluk Monica, Kemaman (sebut Kemamang), Terengganu. Dan penyu itu akan terus mengitarkan telurnya selagi ada dan biasanya seminggu kemudian penyu ini akan kembali ke pantai semula untuk bertelur semula, ada faham?? Maknanya, penyu yang sama akan mendarat untuk bertelur dalam tempoh seminggu. Minggu ni dah naik bertelur, minngu depan ia akan naik semula bertelur lagi sehinggalah habis telur-telur dalam perutnya tu. Sekali bertelur, adalah dalam 100 biji. Senyapppp jer ia bertelur, bukan dok ketok ketok macam mama ayam tuh. Malam tu penyu pertama dapat 111 biji. Yang seterusnya tak larat saya nak tunggu dan kira... huhuhu. Tapi malam tu sahaja, saya jumpa empat bekas pendaratan penyu. Maknanya lebih kurang 400 juga telur-telur dikumpulkan, tu belum sampai pagi sebab menurut pakcik itu, pendaratan penyu bermula seawal selepas isya' sehinggalah ke awal subuh.

Tapi betul-betul sedih tau bila penyu tu hendak meninggalkan pantai. Rasa terharu sangat dan kami melambai-lambai tangan seolah-olah penyu tu pun turut melambai-lambai ke arah kami. Huhuhu... kelakar ke?? Sedihlah.. lepas tu pula ada sesi melepaskan anak-anak penyu. Sebanyak 78 ekor anak penyu dilepaskan malam itu dan menurut pakcik itu, semua pun tahu kan, hanya seekor dua sahaja yang akan hidup. Okey, jom tengok gambar. Sebelum tu nak minta ampun maaf sebab lama tak bersiaran kerana saya kesibukan memanjang, kalau nak berfb sambil menyambil tu masih okey, nak berblogwalking memang sempat gitu-gitu aje, adeh!


Aik!! Baru bertelur dah menetas, hehehe...

Yaya teruja!



masing-masing sedih bila penyu meninggalkan pantai.. huhuhu...



yang ni kakak angkat penyu... huhuhu

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tak pernah pegang penyu...jelesnye! tapi sy pernah tengok penyu live di pulau mabul. happy tak terkata sebab tak expect langsung penyu boleh datang,. cumanya di pulau tu bukan tempat penyu bertelur la. penyu datang menyinggah je...

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt tengok penyur bertelor... sy anak trengganu pun lom kesempatan dpt pengalaman mcm ni... eeiiii geram tgk anak penyu yg comel2 tu..

    ReplyDelete
  3. best nyer daapt tgk penyu ek...

    ReplyDelete
  4. Wah,,best tu tak pernah tgk lagi penyu bertelur tapi pernah mkn telur penyu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!