SPAGHETTI OLIO

Seri Kandi Tanah Jauhar
16

ASSALAMUALAIKUM wbt

RAMAI ke peminat pasta di sini? Bagi kami sekeluarga menikmati pasta atau spaghetti adalah wajib sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Stok sos prego pun sentiasa ada begitu juga dengan spaghetti dan daging cincang. Sebab bila dah tak ada idea nak masak apa, inilah yang paling mudah, betul tak? Ialah, kita ni dahlah bekerja. Takkanlah setiap hari nak beli makanan di luar, kadang-kadang dah bosan juga sebab kami ni memang tak banyak pilihan tempat makan di luar sebab susah nak memenuhi citarasa ER. ER ni cerewet sikit bab makan di luar, bukan pakai tuju jer kedai makan tambahan kedai tomyam yang bersepah-sepah tu, memanglah banyak tapi sedapnya belum tau. Daripada mendengar dia mengomel, baiklah kita masak sendiri sebab yang tu sedap tak sedap ER layan jer. Kalau dia makan banyak tu memang betullah sedap, kalau tak habis tu, faham-faham ajerlah.. hehe. Tapi ER ni jarang pulak makan tak habis, maknanya sedaplah ek, hihi.

Inspirasi memasak kali ini datangnya dari Dapur Tak Bersempadan tu. Sekali-sekala nak juga ubah selera dengan resepi orang lain, kan. Tapi tulah, nak meniru tapi tak cukup syarat, istilah blogger masak-masak, katanya derhaka.. minta ampun ya PCM ;p. Apapun tetap sedap dan.. licinnnnnnnnnnnnn..


Spaghetti Olio
Adaptasi Dari Olio Tuna Pedas PCM
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti
1 tin tuna, ditoskan (saya guna daging cincang)
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu - tak ada
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus (tak letak)
2 helai bay leaf (tak ada)
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu (tak ada)
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula
Herba Basil segar sebagai hiasan (saya tabur daun parsley kering)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera...
Nota: Sebab saya gunakan daging cincang, jadi saya masukkan daging apabila bahan tumis dah berbau harum, masak sehingga daging cincang cukup masak, baru masukkan bahan-bahan lain.

Post a Comment

16Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalam kak,sy lak kat umah sos tradisional,daging cincang n angel hair wajib da kak,bolognaise jer hubby suka,yg jns lain dia kureng cikit,tapi bini dia semua suka,hihi..Nmpak sedap olio akak tuh..

    ReplyDelete
  2. sedap kan..kat jerman ni spegeti murah, so boleh beli selalu dan gantikan mee kuning..hehehe..tapi buah zaitun tuh saya kureng sket so kalau makan pizza kat kedai pon, saya lalukan huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. nyumm..nyummm..nyumm...sye suke spaghetti olio

    ReplyDelete
  4. kak sari.. tun jarang masak spagetti.. mmg ada je stok spagetti kat umah, tp cuma masak kalau dh xde apa sgt nk masak. hihi.. biasa wat pedas2, tekak melayu kan ;p

    ReplyDelete
  5. sila angkat tangan sapa yang suka makan spagetti lalalalalala

    ReplyDelete
  6. Dia takot kita mintak.. cecepat dia mention licinnnnnn.. huk! huk!

    ReplyDelete
  7. spageti yg sedap dan sihat sbb guna olive oil. kalau saya nakkk sgt mkn spageti, saya akan buat pesen olio ni. tgh diet! hihi~

    ReplyDelete
  8. yeahaaa...sama lah kita kak...kami mmg peminat tegar pasta.anak2 suka bolognese n carbonara...tp lia lbh suka olio.

    ReplyDelete
  9. Zaliedana, sepesen lah husband Ina ngan husband akak, suka yg bolognese, tapi bila akak buat olio, laju jugak dia makan, lapo katanya, hehe

    ReplyDelete
  10. Sitiezahim, macam tu kalu balik Msia, bawalah spaghetti byk2, bleh agihkan kat kami blogger masak2 ni ha.. hihi. Buah zaitun tu akak suka jer cuma stok tak ada, kalu kat pizza, akak siap berebut lagi, hihi

    ReplyDelete
  11. Tun Telani, rumah akak ni memang suka semua, yg pedas, yg tak pedas, semua jalan, kih kih.. Tun simpan spaghetti tu, jgn tak sedar dah expired sudah.. hihi

    ReplyDelete
  12. haaaaaaa... sy nampak Kak Zuwaidah pun angkat tangan, hik hik

    ReplyDelete
  13. gadisBunga, masih diet lagi ke? Makan bungalah, okey tak.. hehe

    ReplyDelete
  14. Mamamya, alamak, sebut2 carbonara ni, akak pun dah terliurlah pulak, hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!