APA PUN TAK BOLEH!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

ASSALAMUALAIKUM...

APA pun tak boleh!! Errr.. tagline siapa tu ya? Saya ni bukanlah peminat Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega dan apapun yang seumpamanya. Tapi hari ini memang apapun tak boleh!!
Rasa macam pelik bila sampai ke pejabat jarum panjang sudah tunjuk ke angka 8. Saya biasa sampai awal, paling lewat 7.15 saya dah terpacak depan pintu pejabat Cuma tak boleh nak buktikan dengan ‘punch card’ sebab mesin perakam waktu itu cepat lebih lima minit. Kadang-kadang, pintu pejabat pun belum buka jadi saya selalunya daki tangga dulu sampai tingkat 4. Selepas sarapan dan intai teman-teman maya baru saya akan turun untuk ‘punch card’.

Entah kenapa malam tadi saya terlupa periksa ‘alarm handphone’. Nasib baik ER terjaga. Awalnya saya dah bangun, tengok jam baru 4.10 pagi jadi saya tidur balik, sudahnya terlajak.. kui kui. Sudahnya saya gosok baju ER lebih kurang, begitu juga uniform sekolah Yaya, tupun cuma baju kurung putih sehelai. Errr... mereka-mereka ni memang harapanlah nak gosok baju sendiri. Saya sendiri rembat sahaja baju yang tergantung dalam almari.. ;p Jadi pagi ini tak dapatlah nak merayap ke rumah teman-teman maya. Kena cepat-cepat sarapan dan buat kerja. Nak bersembang dengan kawan sebilik pun tak sempat ;p

Jam 2 saya siap-siap hendak masuk bilik mesyuarat, baru nak turun tangga terima sms mesyuarat ditangguhkan. Alahai... mood saya dah ke laut nak sambung balik buat kerja sebab dalam minda dah 'set' nak 'meeting'... huhuhu. 

MODE BERBAJU BATIK DI HARI KHAMIS... NASIB BAIK SEMPAT CAPAI SELENDANG UNTUK ‘COVER’ BAJU TAK BERGOSOK DAN PERUT YANG MELEBAR ... HAHAHAHA    

P/S  Sebenarnya dari kelmarin-kelmarin verangan nak buat ‘Macaroni Bakar’ lah. Tengok resepi di SINI memang menggoda sangat. Jadi sampai sekarang pun masih teringat-ingat.. terkenang-kenang dan terbayang-bayang.... tak sabar nak tunggu hujung minggu ni harap-harap projek menjadi...;-)))))
Tags

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam.. alaa bukan selalu "apa pun tak boleh"..

    ReplyDelete
  2. heheheh..
    kak yus nie mmg tau...
    senyum memanjang ayu baca entry nie

    lepas nie kena pasang lebih alarm..
    heheheh

    PS: kakakku ttp cantik, ayu tamo klik lah.. takut tliur,.. tggu entry dr kak jer ya..

    ReplyDelete
  3. Dlm kelam-kalibut pun masih ada masa nak iron baju lagi...

    ReplyDelete
  4. Apa pun tak boleh....suka dgn tagline tu.hehehe...

    ReplyDelete
  5. Sekarang macamana mood tu....jangan terus ke laut yek.
    Harap2 projek macaroni bakar tu menjadi..boleh jadi habuan mata ku nanti.

    ReplyDelete
  6. saya alaminya semalam...serba tak kena ^^

    ReplyDelete
  7. Boleh je..................................................................................................

    ReplyDelete
  8. memang akan ada satu hari yang permulaannya tu dah teruk, berlarutan sampailah ke malamnya...sabor jela

    ReplyDelete
  9. huhu.. pernah jadi mcm tuuuuuu!!!!!!!! mmg stress kalau semuanya x kena.. moga hari ni lebih baik :)

    ReplyDelete
  10. hahahaaa..pnh jgk jd mcm tu..mmg apa pun xbleh blahhh..sabo je lahh kan ^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!