ORANG kata tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal boleh jatuh cinta pandang pertama ;-)))
Alhamdulillah, setelah menempuh perjalanan tujuh jam dengan Keretapi Tanah Melayu, saya yang agak risau dengan produk myChef yang berkotak-kotak dibawa pulang akhirnya dapat menarik nafas lega kerana produk tersebut masih dalam keadaan baik yang amat. Untuk pengetahuan anda, semua produk myChef merupakan makanan sejuk beku yang perlu disimpan di bawah suhu -18 darjah selsius. Sebab tu saya agak risau takut tak sempat sampai ke JB. Yang muat masuk beg (alaaaa.. beg yang boleh simpan benda sejuk-sejuk tu.. ;p) tu okeylah, yang selebihnya mujur saja adik saya Azwa tolong balut dengan suratkhabar tebal-tebal. Jadi, alangkah gembiranya bila semuanya okey-okey belaka ;-)))
Yang dalam gambar ni merupakan 'Brown Rice Pilaf' yang saya gandingkan bersama Semur Daging Betawi yang merupakan salah satu 'signature series' dari Dato' Chef Ismail. Gandingan yang serasi juga di tekak saya ni, nak siapkan pun mudah, cuma masukkan bekas makanan (keluarkan dulu dari kotak) dalam ketuhar gelombang mikro tanpa ditebuk. Panaskan selama 4 minit (800W) atau 3 minit (1200W). Lepas tu, buka pembalut plastik tu, kacau-kacau sikit dan masukkan semula dalam ketuhar gelombang mikro selama seminit... siap!! Kalau nak makan sendiri, hidang ajelah terus dalam container tu tapi kalau untuk suami, untuk tetamu, masuklah dalam mangkuk yang paling cantik
Eh! Sari, kita tak ada microwave (cakap omputih pulak) macammana? Urmmm, memang tak boleh belilah myChef ni.. :-(
Meh sini nak bagitahu... sebenarnya saya pun tak ada microwave... huhuhu.
Yang tak ada microwave, siapa kata tak boleh beli produk myChef ni. Kalau nasi tu, masukkan jer dalam rice cooker, tambahkan dua atau tiga sudu besar air dan masak nasi macam biasa. Kalau lauk-lauk tu gunakan kuali, bilas dulu kuali, jangan dilap, terus tuangkan produk myChef ni dalam kuali dan panaskan dengan api kecil. Tambahlah dua atau tiga sudu besar air tapi jangan dikacau dulu. Nanti bila nampak air tu dah mula mendidih, barulah kacau rata sampai lauk mendidih. Api kecil tau, nanti hangus pulak dan hendaklah dikacau selalu. Tak sampai lima minit dah siap.. apa lagi.. makanlahhhh!!
Jangan lupa dapatkan produk-produk myChef yang lain di SINI dan di SINUN ;-))))
amboi kak....bole jadi duta my chef plak dah nie....hehe..
ReplyDeletenmpk mudah nie...senang buat sahur kan...
Assalamualaikum Sari
ReplyDeleteAmat sesuai produk ni untuk bulan Ramadhan, ringkas, mudah, cepat dan semestinya lazat tak terkata!
Nanti akak pun nak dapatkan juga..
Salam Ramadhan dari akak buat Sari dan keluarga...
Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini
Selamat Berpuasa
bestnyerrrr... byk bawa pulang hadiah ye sari... rezeki nak sambut ramadhan kan.. produk ni kalau katakan terlambat bangun sahur tak sempat nak masak terus boleh panaskan & hidang kan.. bagus jugak ni..
ReplyDeleteSaya baru cuba dua sari. Mmg sedap, cuma belum sempat buat cerita je lagi. Tgh teruja benda lain pulak. Jom ke blog sy, ada kuiz dari kak Shahriah peserta Masterchef.. :D
ReplyDeleteKA x pernah cuba lagi produk ni! boleh lah nk try bulan pose nnti
ReplyDeleteWaaaa... sedap kan.. Nuurl belum try lagi..
ReplyDeleteSedap jer tengok nasi dan lauk tu...
ReplyDeleteterliur plak saya. daging tu nmpak fresh, bukan yg frozen food punye,
ReplyDeleteharus try ni,
eh nape akak bwk blk jb tu? sane xde ke?
betul tu! kita pun takda microwave gak.so rendam dlm periuk panas je.hehehe.
ReplyDeletesalam sari..yum yum kan yang chef mail punya ni, kita buat filling pie, sodapp..kita pulak microvawe rosak n dulu ada baca article pasal x elok pakai microwave ni so tu yang x pi baiki, so nak makan kita lagi sempai, amik periuk kukus, taruk air, letak bekas kukus, keluarkan mychef, buka plastik n kukus je sampai masak..yummm sbb kalau lauk lauk dia jadi lagi moist, cuba lah :))
ReplyDeletesedapkan daging betawi tu..lepas nie kena cari stok untk sendiri
ReplyDeleteAssalam kak sari,wah bagus produk nih kalo da tetamu mnejut ke,mls msk ke@time sahur kan..nnti nk try usha jugalah produk nih..nmpk sedap tuh kak..
ReplyDeleteSalam ramadhan dari sy utk akak n family ya..moga kita semua beroleh keberkatan..
Tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang GA WWOWWW 1001 Giveaway.. Saya tak sempat nak join GA tersebut..
ReplyDeleteRM500 untuk dimenangi Di Blog Coretan Anuar
nak try juga lah pruduk myChef nih...sesuai utk makan sahur kan kak...
ReplyDeletecepat disediakan & mesti sedap!
salam kak sari.. texture nasi tu x rosak ke kak? tun pernah try frozenkan nasi, tp bila panaskan texture dia jd pelik la. lauk2 tu ok je frozen n defrost.
ReplyDeleteSalam.. Wah masing2 dah cuba.. Nur tak dapat produk myChef yg ini. Nanti nak cari juga untuk simpanan stok di bulan Ramadhan.. Tak rugi mencuba, memang sedap..
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan buat akak sekeluarga.. :)
sedapnya sari..dah siap masak ye..tinggal panaskan je..bagus betul la...hehehe
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan almubarak buat sari sekeluarga :)
semur daging betawi dh cuba...mmg tak mgecewakan...cepat, mudah dan sedap...yummy2 cukup2 myelerakan. Brown rice pillaf bg kakak cuba...juga mdapat pujian...;)
ReplyDelete