DUA LAUK RM18???

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM...

MENJADI peniaga setahun sekali, apalah salahnya bersikap jujur bila ditanya pelanggan yang teringin hendak membeli makanan yang anda jual. Ini, sudahlah tiada tanda harga, bila ditanya tidak mahu menjawab sebaliknya disuruh ambil sendiri mengikut kuantiti yang kita mahu. Bila kita tanya, kira macammana, main sembunyi-sembunyi. Tak mahu beritahu, macam ada helah yang disembunyikan.

ER ni memang pantang tengok Gulai Kawah. Kalau ada terdengar sedap di mana-mana, dia pasti cari. Sanggup memandu sampai Kuantan semata-mata nak makan gulai kawah, betullll... Jadi, bila nampak kakak ni meniaga gulai kawah, tambahan pulak perut lapar seharian berpuasa, teruslah ER terberhenti di situ.

"Ni kira macammana?" tanya ER.

"Ambik.. ambik.. ambik.., ambik sendiri."

Saya tengok ER, ER tengok saya. Gulai panas-panas tu nak kena cedok sendiri masuk plastik???

"Kira macammana? Timbang kilo ke apa?" tanya saya sambil mencapai plastik yang dihulurkan tauke kedai.

"Ambik jer, ambik berapa banyak nak?" Aiiii, ni ada kena sembelih karang, kata hati saya.

Ceduk atau senduk gulai kawah selalunya besar padanlah dengan saiz kawah tukan. Saya cedok lebih kurang tak sampai 3/4 senduk. Bukan saya tak biasa beli gulai kawah. Biasanya kami akan dikenakan RM5 untuk semangkuk gulai kawah atau lebih kurang 3/4 senduk. Itupun selalunya mereka akan cedukkan untuk pelanggan. Saya selalu tengok dan boleh agak macammana tauke-tauke gulai kawah mengira. Saya agak-agak sepatutnya saya akan bayar RM5 atau paling mahal pun RM6 ke RM8.

Lepas tu ER terberkenan pula dengan kerabu babat. Kerabu babat letaknya dihujung meja memang tak sampai nak cedok sendiri. Kakak tauke itu cedokkan hujung senduk. ER minta tambah sikit. Dia tambah sikit lagi hujung senduk. ER tanya berapa semua.

"RM18"

Nak kata apa, bayar sajalahhhhhhhhhhh...

Mesti kakak tu kaya di hari raya.. lalala...

P/S Saya sempat tanya harga gulai kawah tu.. kakak tu jawab RM12. ;p

berbaloi ke macam ni RM18, ke saya jer yang kecoh.. tapi kalau dari awal kakak tu beritahu satu senduk contohlahhh RM10 mungkin kita ada pilihan hendak beli atau tak, betul tak???
Errr... lokasi??? Pasar Ramadan Taman Sri Pulai.
Tags

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. masakkan di CR mmg dalam kawah.. tak ada periuk, cuma.. ayu tukar pakai..

    kak.. kasihan sangat. mmg mahal..

    ReplyDelete
  2. mahalnye...kalau awl2 dia gitau hrga..cfirm kedainye kosong...hehe...sekali skala xpe..hihi

    ReplyDelete
  3. Salam kak yuss!! kdg peniaga2 ni teruk kan, sbb tu lah kita malas nak beli2 sgt kalau bulan ramadhan, tahan nafsuuu, maklomlah mmg tak boleh nmpk mesti nak beli punyer, byk blogger2 buat n3 pasal makanan2 yg di beli kat bazar, yg basi satu hal, yg kotor satu hal, mmg nmpk sgt berniaga tak jujur, takpelah kak, biar dia terima balasannya sbb menipu, tak dekat dunia biar dia jwb kat SANA nanti, kesian kdg tgk peniaga2 yg berperangai mcm ni tsk tsk

    ReplyDelete
  4. Kalau beli dengan kawah tu sekali... mesti mak cik tu lagi cepat beraya hehhee...

    ReplyDelete
  5. Sis pun pernah kena mcm ni ....geram betul.

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah kak.. baru semalam erma tgk rancangan bazar bersama fizo kat bazar putrajaya RM5 jek ngan nasi n ikan kerin n sambal belacan.. nampak sedap n taklah semahal tu.. tak baik peniaga klu ambil kesempatan dibulan yg mulia ni huhuhu

    ReplyDelete
  7. selalu kan, gulai kawah ni dijual dgn RM5 saja...ni kalau lebih dari tu..adoiii memang dia nak untung cepat la tuuu. Tak berbaloi laaaaa..awat tak complain sikit. tengok dlm pinggan tu..hishh mcm tak percaya je rege rm12. sikit beno. yg kerabu babat tu pun tak kan rm6. hishhh biao betul akak yg jual nih.

    ReplyDelete
  8. Mahalnyaaaaa....kat sini dua lauk ni dalam RM5 saja... murah dan sedap...may be makanan di JB memang mahal kot!...

    ReplyDelete
  9. gamaknya tuh lembu kacukan kot..ostrolia mari...naik kapal terbang...mahai sangat tuh!!lagi pun kerabu babat ciputnya...rege nam hinggit...hish3x...beraya sakan golek dlm duit lah tokeh tuh yekk!!

    ReplyDelete
  10. Nak kata charge double pun x rasanya. Ini almost triple charge. Komplin kat Majlis Perbandaran kang..! Eishh..babat sesudu pun nak charge sampai 6 henggettt?

    ReplyDelete
  11. salam Sari.mahainyaaa.Peniaga pasar Ramaadhan ni mmg ambik kesempatan tau!

    Kdg2 ada lauk basi la..air basi lar...xbaek menipu dlm bulan yg mulia ni..

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah kak..mmg xberbaloi sungguh kan..agak2 ler gulai n kerabu dah rm18,huhu..cekik darah sungguh,rezeki dgn menipu,mmg xberkat punya..Erm kat sg 2 femes gulai kawah ngan batang/umbut pisang,mmg sedap gile kak..

    ReplyDelete
  13. Kalaulah kedai kakaktu kena ribut mcm yg berlaku di melaka pada ramadhan yang lalu.. Jgn di tanya kenapa Allah sangat murka !!!

    ReplyDelete
  14. cam ambik kesempatan je kan kak sari. kalau suka gulai kawah, datang la kenduri di jengka. biasa ada. sampai tak larat nak makan dah huhu

    ReplyDelete
  15. Salam Sari...Ni memang sah kena sembeli... kenapa mahal sgt tu... babat tu rasanya tak sampai 10 ketul... adoiyai... nak berniaga pun biarlah dpt rezeki yang diberkati...

    ReplyDelete
  16. Dah kena sembelih la ni? Kaya kejap je kakak tu, lepas raya...bungkus semua gerai dia. Lenkali jgn beli, masak sendiri. Kalau nak rempah gulai kawah, nanti akak poskan. Ori punya dari Kelantan, amacam?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!