LUPA KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
19
ASSALAMUALAIKUM...

BAGAIKAN tradisi semua adik beradik saya dilantik menjadi pengawas di sekolah. Saya sendiri dilantik menjadi pengawas sejak menjejak kaki Darjah Empat sehinggalah ke Tingkatan Satu. Cuma apabila berpindah ke sekolah baru menengah yang lain di Tingkatan Dua, saya tidak lagi menjawat jawatan tersebut tetapi berbakti dalam bentuk yang lain pula.

Semasa saya di dalam Darjah Enam di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, setiap kali perhimpunan sekolah kami pengawas-pengawas yang paling senior dikehendaki mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Ikrar Rukun Negara yang tertulis di belakang buku tulis garis-garis itu memang dah lama kami hafal. Tak adanya nak tengok-tengok buku tu dan pengawas lelaki selalunya akan membaca ayat-ayat intro sebelum pengawas perempuan membaca ikrarnya. Cuma yang mengelatnya yang lelaki tu boleh pula tengok buku. Ini diskriminasi namanya ;p

Entah bagaimana nak dijadikan cerita, pada suatu hari malu sedunia bagi saya....

Saya terlupa betul nama kawan (pengawas lelaki) ni.. Hisham ke apa, lupa. Tugas dia ialah membaca intro Rukun Negara tu..

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Sampai giliran saya baca ikrar... yang huruf besar tu saya diikuti suara murid-murid lain...

MAKA KAMI
Maka Kami
RAKYAT MALAYSIA
Rakyat Malaysia
BERIKRAR
Berikrar
AKAN MENUMPUKAN
Akan Menumpukan
SELURUH TENAGA
Seluruh Tenaga
DAN USAHA KAMI
Dan Usaha Kami
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT
Untuk Mencapai Cita-cita Tersebut
BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT
Berdasarkan Atas Prinsip-prinsip yang berikut

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan Kepada Tuhan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan Undang-undang
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG..
??
ERRR.. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
?????
Masa ni ramai yang dah mula membisik-bisik dan memberi-beri isyarat prinsip yang seterusnya tapi..

Isk3!! Masa tu memang blur, terus blur, betul-betul blur dan saya tidak boleh mengingati langsung prinsip yang seterusnya... blur dan blurrrrrrrr.. mujur tak pitam... hahahaha..

Dan..

Beberapa minggu selepas itu saya tengok beberapa cikgu membawa cat, Cikgu Ahmad Sidek, Cikgu Lokman.. oh, cikgu nak lukis mural kat dinding sekolah di tepi tapak perhimpunan. Dan di dinding itu tertera ikrar RUKUN NEGARA.. hehehe.

lama dah tak melawat tugu negara.. imej dari yahoo
P/S Cemanalah boleh lupa KESOPANAN DAN KESUSILAAN... agaga
Tags

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah akak..pepagi nie semangat cintakan negara nih..!

    akak dah lama x pegi eh tugu negara tu...? ok la...sy lansung x penah plak...hehe....

    ReplyDelete
  2. Ada yang tersasul bila sebut 'kesusilaan' itu kepada perkataan yang tak sepatutnya disebut... ;-)

    ReplyDelete
  3. Kalau suruh budak2 sekarang... mungkin ada yang tak tau pun.... mungkn sebab tu lah perhimpunan sekarang kena baca rukun negara.. itupun bukan semua sekolah buat...

    ReplyDelete
  4. AS'alam Sari

    cantik header tu..menawan kalbu rasanya hehehe

    nasib baik k.ct jenis yang tak gemar nak menjawat jawatan apa2 masa sekolah kecuali masuk acara sukan dan mewalkili sekolah aje hehehe

    semangat..semangat! itu yang penting kan Sari hehehe

    ReplyDelete
  5. hahahaha..idea cikgu akak tu bernas...
    klu salah lagi....sah2 kena rotan..

    selamat berpuasa kak yus....

    ReplyDelete
  6. hehehe...saya skolah rendah dulu pun jadik pengawas...tapi yg lelaki jadik tukang pasang bendera...hehehhe..pompuan baca ikrar....heheheh

    ReplyDelete
  7. amboi semangat beno nmpknye dia pagi...xpe cintakan negara!! QH lg la lalu lalang aje...singgah xpenah skali pon...nti la nk buat kunjungan ke sna...hihi

    ReplyDelete
  8. Salam Sari...akak dari dulu masih ingat Rukun negara ni...sebab masa sekolah dulu kitorang kena hafal...siap ada pertandingan lagik...hasilnya...sampai sekarang masih ingat...hehehe

    ReplyDelete
  9. hihi, dah terlupa nak buat macam mana.

    Teringat masa sekolah rendah dulu memang time perhimpunan baca rukunegara, tp yus yang mengikut je, tak pernah jadi pengawas pun...:)

    ReplyDelete
  10. lia pun dr sek ren smpi le ting 5 jadi pengawas sekolah cuma x penah le kene baca rukun negara..tarik bendera naik-turun ada lah..heheheee....

    ReplyDelete
  11. biasalah kak gabra punya pasai kot macam sal dulu pengawas kena jadi MC sepatutnya time tu bersedia bacaan ikrar tapi sal tersilap cakap bacaan doa..pastu wat muka tak bersalah, satu dewan dah terpinga2..hehehe

    ReplyDelete
  12. bila syiqin dah mula tadika, dan dah mula hafal rukun negara...baru ler teringat balik rukun2 tersebut. cuma ayah syiqin lak yang terlupa hihihihi

    ReplyDelete
  13. cerita ceriti akak ni selalu buat kite tergelak. lahai..macam2 la...

    ReplyDelete
  14. hihi..kenangan belaka.. kdg2 kita nerves k..y biasa kt ingt n buat jd terlupa...

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  15. kita pun sama sari, tukang baca ikrar kt sekolah rendah dulu, yg nak gelak kena leads baca doa tapi pakai skirt singkat..adoii, dulu jahiliyah btol la.. :)

    ReplyDelete
  16. hihii..tringat plak ms skolah rendah dulu..ada jgk pengawas yg lupa bc ikrar..cian dia ^^

    ReplyDelete
  17. Baca tajuk ingatkan sapalah yang dah lupa kesopanan dan kesusilaan. Rupanya cik pengawas kita lupa masa baca ikrar.. ekeke..

    ReplyDelete
  18. salam kak sari
    he he kenangan yang indah kan kak. walaupun lupa tapi at least akak berani baca kat depan tu.

    baca entry akak ni bagi semnagat kat saya nak update blog ttg pendidikan saya pula.

    ReplyDelete
  19. Ayu dr darjah 4-6 pengawas sek ren
    naik menengah 4-5 mmg besar pengorbanan kita.
    Gugup jgn citer

    kak.. Tadi ayu mmg nk tolong sambungkan..hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!