BAGAIKAN tradisi semua adik beradik saya dilantik menjadi pengawas di sekolah. Saya sendiri dilantik menjadi pengawas sejak menjejak kaki Darjah Empat sehinggalah ke Tingkatan Satu. Cuma apabila berpindah ke sekolah
Semasa saya di dalam Darjah Enam di Sekolah Kebangsaan Rimba Terjun, setiap kali perhimpunan sekolah kami pengawas-pengawas yang paling senior dikehendaki mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara. Ikrar Rukun Negara yang tertulis di belakang buku tulis garis-garis itu memang dah lama kami hafal. Tak adanya nak tengok-tengok buku tu dan pengawas lelaki selalunya akan membaca ayat-ayat intro sebelum pengawas perempuan membaca ikrarnya. Cuma yang mengelatnya yang lelaki tu boleh pula tengok buku. Ini diskriminasi namanya ;p
Entah bagaimana nak dijadikan cerita, pada suatu hari
Saya terlupa betul nama kawan (pengawas lelaki) ni.. Hisham ke apa, lupa. Tugas dia ialah membaca intro Rukun Negara tu..
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
- mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
- memelihara satu cara hidup demokratik;
- mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
- membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Sampai giliran saya baca ikrar... yang huruf besar tu saya diikuti suara murid-murid lain...
MAKA KAMI
Maka Kami
RAKYAT MALAYSIA
Rakyat Malaysia
BERIKRAR
Berikrar
AKAN MENUMPUKAN
Akan Menumpukan
SELURUH TENAGA
Seluruh Tenaga
DAN USAHA KAMI
Dan Usaha Kami
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT
Untuk Mencapai Cita-cita Tersebut
BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT
Berdasarkan Atas Prinsip-prinsip yang berikut
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Kepercayaan Kepada Tuhan
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran Perlembagaan
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan Undang-undang
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG..
??
ERRR.. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
?????
Masa ni ramai yang dah mula membisik-bisik dan memberi-beri isyarat prinsip yang seterusnya tapi..
Isk3!! Masa tu memang blur, terus blur, betul-betul blur dan saya tidak boleh mengingati langsung prinsip yang seterusnya... blur dan blurrrrrrrr.. mujur tak pitam... hahahaha..
Dan..
Beberapa minggu selepas itu saya tengok beberapa cikgu membawa cat, Cikgu Ahmad Sidek, Cikgu Lokman.. oh, cikgu nak lukis mural kat dinding sekolah di tepi tapak perhimpunan. Dan di dinding itu tertera ikrar RUKUN NEGARA.. hehehe.
lama dah tak melawat tugu negara.. imej dari yahoo |
wah akak..pepagi nie semangat cintakan negara nih..!
ReplyDeleteakak dah lama x pegi eh tugu negara tu...? ok la...sy lansung x penah plak...hehe....
Ada yang tersasul bila sebut 'kesusilaan' itu kepada perkataan yang tak sepatutnya disebut... ;-)
ReplyDeleteKalau suruh budak2 sekarang... mungkin ada yang tak tau pun.... mungkn sebab tu lah perhimpunan sekarang kena baca rukun negara.. itupun bukan semua sekolah buat...
ReplyDeleteAS'alam Sari
ReplyDeletecantik header tu..menawan kalbu rasanya hehehe
nasib baik k.ct jenis yang tak gemar nak menjawat jawatan apa2 masa sekolah kecuali masuk acara sukan dan mewalkili sekolah aje hehehe
semangat..semangat! itu yang penting kan Sari hehehe
hahahaha..idea cikgu akak tu bernas...
ReplyDeleteklu salah lagi....sah2 kena rotan..
selamat berpuasa kak yus....
hehehe...saya skolah rendah dulu pun jadik pengawas...tapi yg lelaki jadik tukang pasang bendera...hehehhe..pompuan baca ikrar....heheheh
ReplyDeleteamboi semangat beno nmpknye dia pagi...xpe cintakan negara!! QH lg la lalu lalang aje...singgah xpenah skali pon...nti la nk buat kunjungan ke sna...hihi
ReplyDeleteSalam Sari...akak dari dulu masih ingat Rukun negara ni...sebab masa sekolah dulu kitorang kena hafal...siap ada pertandingan lagik...hasilnya...sampai sekarang masih ingat...hehehe
ReplyDeletehihi, dah terlupa nak buat macam mana.
ReplyDeleteTeringat masa sekolah rendah dulu memang time perhimpunan baca rukunegara, tp yus yang mengikut je, tak pernah jadi pengawas pun...:)
lia pun dr sek ren smpi le ting 5 jadi pengawas sekolah cuma x penah le kene baca rukun negara..tarik bendera naik-turun ada lah..heheheee....
ReplyDeletebiasalah kak gabra punya pasai kot macam sal dulu pengawas kena jadi MC sepatutnya time tu bersedia bacaan ikrar tapi sal tersilap cakap bacaan doa..pastu wat muka tak bersalah, satu dewan dah terpinga2..hehehe
ReplyDeletebila syiqin dah mula tadika, dan dah mula hafal rukun negara...baru ler teringat balik rukun2 tersebut. cuma ayah syiqin lak yang terlupa hihihihi
ReplyDeletecerita ceriti akak ni selalu buat kite tergelak. lahai..macam2 la...
ReplyDeletehihi..kenangan belaka.. kdg2 kita nerves k..y biasa kt ingt n buat jd terlupa...
ReplyDeletesalam ramadhan
kita pun sama sari, tukang baca ikrar kt sekolah rendah dulu, yg nak gelak kena leads baca doa tapi pakai skirt singkat..adoii, dulu jahiliyah btol la.. :)
ReplyDeletehihii..tringat plak ms skolah rendah dulu..ada jgk pengawas yg lupa bc ikrar..cian dia ^^
ReplyDeleteBaca tajuk ingatkan sapalah yang dah lupa kesopanan dan kesusilaan. Rupanya cik pengawas kita lupa masa baca ikrar.. ekeke..
ReplyDeletesalam kak sari
ReplyDeletehe he kenangan yang indah kan kak. walaupun lupa tapi at least akak berani baca kat depan tu.
baca entry akak ni bagi semnagat kat saya nak update blog ttg pendidikan saya pula.
Ayu dr darjah 4-6 pengawas sek ren
ReplyDeletenaik menengah 4-5 mmg besar pengorbanan kita.
Gugup jgn citer
kak.. Tadi ayu mmg nk tolong sambungkan..hehe