PIE DAGING ALAM SARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
20
ASSALAMUALAIKUM...


ADA yang tergugat iman ke tengok Pie Daging ni?? Pastinya tak, kan.. baru beberapa jam tadi kita bersahur, ada yang masih sendawa lagi tu, hihi.

Suka sangat bila ada 'Pie Magic' ni sebab semua hidangan pie boleh siap dalam sekelip mata dan semudah ABC. Terap, isikan inti pilihan dan bakar. Saya sebenarnya seorang yang 'simple', ada M besar, juga jenis yang nak cepat dan tak suka membuat kerja yang remeh temeh ni. Oleh itu saya lebih suka membeli pastry 'ready made' di pasaraya. PM mencadangkan 'Short Crust Pastry' sebagai 'base' pie tetapi disebabkan saya tak jumpa 'SCP' tu, jadi saya beli Flexi Pastry Jenama Kawan. Pastry ini memang sesuai untuk membuat apa sahaja jenis puff, nak gulung, nak lipat.. suka hati ;p Untuk bahagian atas pie, kita masih boleh menggunakan flexi pastry ini tapi sebab saya ada stok Puff Pastry (setia dengan jenama Kawan sebab tu jer yang ada), saya mengikut cadangan PM untuk menggunakan Puff Pastry sebagai 'top' pie.Bagi yang tiada PM, anda masih boleh praktikkan dengan konventional oven okey.

PIE DAGING ALAM SARI
Short Crust Pastry secukupnya*
Puff Pastry secukupnya*
*boleh juga gunakan Flexi Pastry sekaligus untuk dasar dan tutup pie

Bahan Inti :
200 gm daging lembu cincang
5 sb Sos Pasta Prego (saya guna Roasted Garlic Parmesan)
sedikit minyak zaitun
Cara - Panaskan minyak zaitun, masukkan daging cincang, masak sehingga daging bertukar warna dan hampir masak. Masukkan sos pasta. Kacau rata dan sebati, tutup api.

Bahan lain :
Parutan sebarang jenis cheese (Cheddar, Mozarella, Parmesan atau boleh juga guna slice cheese) saya guna cheddar sebab murah ;p
Daun parsley cincang


Cara menyediakan pie :
1. Terapkan pastry menggunakan penerap yang disediakan. (base dan top)
2.  Letakkan base pastry ke dasar 'PM'.
3. Isikan inti. Taburkan cheese dan daun parsley cincang.
4. Tutup dengan top pastry rapatkan penutup PM.
5. Masak sehingga lampu hijau menyala.

Menyediakan pie dengan oven biasa.
1. Panaskan oven 180 darjah selsius. Terapkan pastry dengan penerap yang besar sebagai base dan kecil sedikit sebagai top.
2. Letakkan base pastry ke dasar loyang muffin.
3. Isikan inti. Taburkan cheese dan daun parsley cincang.
4. Tutup dengan top pastry, tekan kelilingnya dengan garfu supaya melekat dan bercorak.
5. Bakar 20 minit atau sehingga pie bertukar kuning keemasan.

Ops! Ada permintaan dari seseorang untuk tunjukkan rope PM tu...Puan Mazlina.. inilah Pie Maker atau Pie Magic tu ya ..
PM ini didatangkan dengan plug tiga pin standard Australia jadi disebabkan cari extension plug tu tak jumpa, saya zasss jer dengan plug standard Malaysia.. yang disahkan oleh SIRIM (tengok gambar nombor 2


P/S Daging cincang tu ada lebih... urmmm.. nak buat apa yek???

Post a Comment

20Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam Sari..nampak sedap pie tu!Guna PM tu memudahkn kerja nk membuat pelbagai pie...

    ReplyDelete
  2. adeh laa..jelesnya tengok orang ada PM ni...hik3x

    ReplyDelete
  3. amboi kak...dah rasmi dah pm nya ye....bole pinjam x ? hehehe....

    ReplyDelete
  4. kak, pos pie ke sini..nak wat berbuka

    ReplyDelete
  5. gitu rupernya pie magic.....senang kan

    ReplyDelete
  6. wow... sungguh best PM ni kan... lepas ni sure lagi byk resepi2 pie yang sedap dari dapur alam sari...nyum3x

    ReplyDelete
  7. bestnyer.. nampak sng nak buat ni

    ReplyDelete
  8. kita pun teringat nak buat pie sardin, nak g cari pastry yang malas :)

    ReplyDelete
  9. suka mkn pie.. tp malas tul nak membuatnya... kalau ada PM ni mudah sket ye sari....

    ReplyDelete
  10. Salam kak yusss!!!! salam rinduuuu salam ramadhan juga buat akak sekeluarga ;-) moga diberi kesiahatn yg baik sepanjang ramadhan kali ini insyaAllah! jakun kita kak, pestaim tgk PM ni ehehe... waaaaa...senang betul kerja kan ada pembantu mcm ni :D pie akakpun nmpk sedap, kita ada kulit pastry sampai skrg dah nk dekat setahun tak guna lagi kikiki...

    ReplyDelete
  11. Nampak gaya selagi belum puas guna PM - asyik menge'pai' aje Yus ye...

    ReplyDelete
  12. kelengkapan tak cukup.. oven takde. microwave je ada.. oven takde sebab tak pandai buat kuih. wakakakakaka

    ReplyDelete
  13. jelesnya tgk org ada pie maker nii.. bleh slalu mkn pie..klu duk sebelah umah bleh gak pinjam kan kan kan hikhikkkkk

    ReplyDelete
  14. Salam. Kak Sariyusa, sedap nampaknya pie tu.. Nampak mudah je penggunaannya. Lepas ni kongsi lagi resepi best2 dengan kami..

    ReplyDelete
  15. uhuk uhuk.. pastry instant xde........ pastu tumpang jeles jugak nengok pie maker tu.

    ReplyDelete
  16. Assalam sari ohhh pie magic tu nak sama ngan sandwish maker gitu ya, tergugat gak iman tgk senja2 mcm ni, sedap tu, lagi sedap dari murtabak bazar ramadhan

    ReplyDelete
  17. salam ramadhan kak, dah berbuka ke? sedapnya tgk pie tu..:)

    ReplyDelete
  18. mcm pembakar roti rupanya... lia ada juga stok puff pastry yg dah jd mcm batu kat peti ais tuh...klu umah akak dekat blh pinjam PM nih...hehheee...

    daging cincang yg lebih tu blh buat bolognese @ inti karipap daging ker...

    ReplyDelete
  19. senang kalu ada PM tu kan..pestime tgk nie..tak payah susah2..he hhe nampak cantik lg puff tue..kecurr3

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!