TIGA TOLAK DUA TINGGAL SATU... agaga.. ;p
MENU Istimewa untuk orang yang berpuasa. Selepas berkali-kali tertunda untuk membuat Nasi Ayam Ipoh (beriya-iya Yaya nak makan) ni akhirnya selamatlah ia menjadi santapan pada sabtu lepas. Kemudian saya cuba godek-godek tepung pelita kegemaran Yaya yang khabarnya cair di mulut resepi Yani MyR. Memang marbelous dan tidak syak lagi. Terima kasihlah sangat kepada IzahDaut kerana promosikan resepi yang sangat-sangat senang ni.
KUIH TEPUNG PELITA
Resepi : Yani MyR
Sumber : Izah Muffin Lover
Bahan-bahan :
Lapisan Hijau :
4 helai daun pandan*
sedikit garam*
sedikit kapur*
sedikit air* (kisar bersama bahan bertanda* perah/ ambil airnya)
1 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung/ tepung ubi
1 cawan gula
5 cawan air
Cara - Satukan semua bahan lapisan hijau. Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa dikacau atas api sederhana sehingga berkilat dan meletup-letup. Tuang dalam bekas/ acuan disukai sebagai lapisan bawah. Taburkan 1/2 sk gula pasir di permukaannya.
Lapisan Putih/ Santan :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
4 cawan santan (saya guna santan kotak -tipsnya di bawah)
sedikit garam
Cara - Kacau rata dan sebati. Masak dan sentiasa kacau atas api sederhana sehingga pekat dan mendidih. Tuang atas lapisan hijau tadi. Biarkan sejuk/ suam seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
Resepi asal guna sebiji kelapa yang diperah menjadi 4 cawan santan.
Tips untuk Yaya : Masukkan 2 sb santan kotak dalam cawan penyukat, tuang air sampai penuh, kacau rata. Buat 4 kali dapat 4 cawan..;p
P/S : Semalam ulang lagi buat tepung pelita ni tapi sebab daun pandan dah habis saya letak perisa jagung dan letak juga jagung dalam tin. Yaya kata sedap juga..
tepung pelita @ Limas...peberet akak jugak...dulu2 guna daun pisang buat sampannya.....
ReplyDeleteTapi sekarang ramai org salah sebut...kuih tako dipanggilnya tepung pelita...tak shukerrrrrr
p/s : nak buat tapi tak sempat2
1 lagi..dulu2 kami kukus...tk masak cam stail puding ni... :D
ReplyDeletewah tepung pelita tu buat kak Nur terguder pagi2 ni...sabar aja la.
ReplyDeleteKakak sebab 'rajin' tepung pelita ini pun kakak beli Yus. Kalau mangkuk yg biasa tu di bazar RM2/- semangkuk. Kakak pun suka tapi anak kakak sebab tak suka manis so kakak makan sendiri.
ReplyDeleteYus nie rajinlah masak.
nyum nyum...duga_aaaaaaaaaaaaaan...;)
ReplyDeleteDah lamanya kakcik tak buat nasi ayam. Jangan sampai 'berulat' beras kakcik nati dah le... :(
ReplyDeleteKak Sari,pas ni siap ler yaya kena wat tepung pelita sendri kan,hehe..sy pon da wat tepung pelita nih las week,mmg sedap n sennag bagat,sy n ank2 suka,tapi hb kureng suka kuih2 lembut gini..
ReplyDeletepermintaan si ayu yang sentiasa manja..
ReplyDeleteku mahu satu hari nanti dibulan ramadhan.. hasil tanganmu berada di tekakku...
uwaaaaaaaaaa!!! tun duk teringin2 nk buat, tp enchik laling tun ni selalu lupa nk beli kan bekas tu. saboo je la.
ReplyDeletekuih kegemaran akak ni Yus, mmng sedap wat berbuka puasa tepung pelita ni..
ReplyDeletesenang jugak rupanya nak buat tepung pelita ni..
ReplyDeletemesti buat!
hehe.