ASSALAMUALAIKUM...
DAH lama Sk tercari-cari resepi caramel pudding yang tidak terlalu manis, yang halus, yang tulus dan yang mulus.. hehehe. Iman adalah peminat caramel pudding begitu juga kakak Sk. Jadi Sk selalu jugaklah buat. Caramel Pudding ni walaupun nampak macam senang nak buat tapi ia ni sangat manja. Masa buat tu kita kena belai dia sepenuh jiwa raga. Fikiran pun kena tenang saja baru ia menjadi dengan sempurna. Gitewwww.
Alhamdulillah, untungnya sekarang di laman sosial ramai yang tidak lokek berkongsi resepi. Sk kurang pasti siapa pemilik resepi sebenar tapi telah banyak dikongsikan di antara rakan fesbuk. Semoga dengan tersebarnya resepi ini akan lebih melimpah ruahlah rezeki beliau yang baik hati. Hanya Allah swt sahaja yang akan membalasnya.
Bagi sesiapa yang hendak mencuba, silakan.
Caramel Pudding
Bahan Caramel :
250 gm gula pasir
- dipanaskan dalam kuali dengan api perlahan sehingga perang dan larut
tambahkan 1/2 cawan air. Kacau sehingga ia larut. Tutup api dan sejukkan.
Bahan Pudding :
5 biji telur gred B - dipukul perlahan hingga sebati
Satukan :
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 tin air
kemudian masukkan ke dalam telur.
Tambahkan 1 sk esen vanilla
Kacau perlahan hingga sebati, tapiskan.
Panaskan kukusan.
Masukkan caramel anggaran 20 gm dalam bekas kecil.
Tuangkan adunan puding tadi.
Kukus 20 minit dengan api yang perlahan.
Selamat mencuba!
Wassalam.
Kakak suka ni SK.
ReplyDeleteAda org suka yg sejuk tapi kakak suka yg hangat-hangat bila gula perangnya dah agak sejuk terus makan:)
saya pun suka yg gebu dan mulus.boleh cair dlm mulut.
ReplyDeletehehehe mmg sedap ni kak, lama x bikin !
ReplyDeleteKak, saya pernah buat sekali masa saya muda2 dulu. Adam kecikkk lagi. Tapi kan, puding dia tu jadi bersarang pula dalamnya. Terus saya patah hati lagi. Oh, ada kawan saya suka tambahkan perahan jus oren, atau blendkan kulit oren dalam tu agar baunya harum. Tapi style dia, lebur jer semua dalam blender..hehehehehe/
ReplyDeleteSedapnye. Suke3...
ReplyDeletesaya tak penah buat lagi, tapi kalau nampak orang jual memang saya la dulu yang beli. :D
ReplyDeleteJust for sharing. Resepi ni dr Azie Kitchen. Memang sedappp
ReplyDelete