TRIFFLE CHILLED STRAWBERRY CHEESE CAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...
 
 
KEK yang Sk sediakan untuk ulang tahun Sk baru-baru ini. Memang setiap kali hari jadi sekarang suka nak mencuba kek-kek yang pelik yang tak macam kek hari jadi. Alaaa... mengaku ajelah yang sebenarnya tak pandai nak deco kek hari jadi, hahaha. Entahlah, rasa skill nak mendeco tu dah ke laut dan tak ada cukup kesabaran dah nak mendeko. Asal boleh sudah. Sebab tulah Sk tak berani nak mengambil tempahan kek hari jadi atau kek orang kahwin takut merosakkan majlis orang, huwa huwa huwa!
  
 
 
Idea untuk membuat kek ini timbul bila Sk tengok satu posting mat saleh di fb. Tapi cuma video semata tanpa resepi dalam Bahasa Inggeris atau Melayu pun berlatarbelakangkan irama lagu yang catchy. Hati tertarik bila tengok deretan strawberry yang disusun keliling kek tu tau. Jadi Sk pun tirulah.. meniru jerlah kerjanyakan.. huhu..
 
 
Haaa... kan Sk dah cakap, SK ni tak cukup kesabaran. Pecah sikit lapisan bawah tu kan, sebab buat kerja asal boleh, tak cukup sabar nak mengadun dasar kek tu, huhu. Sk gunakan biskut merry sahaja sebab tak jumpa Digestive Biscuit di pasaraya. Tak sempat nak pergi bakery shop, sebab macam cream cheese tu memang ada stok kat rumah jadi malas nak pergi kedai semata-mata nak beli biskut tu.
 
 
 
Untuk chilled cheese cake tu, Sk follow resepi Che Mat Gebu tapi bila Sk dah tuang adunan tu dalam loyang, rupa-rupanya sukatan untuk satu adunan kek tu tak cukup untuk menenggelamkan buah-buah strawberry yang Sk susun di sekeliling loyang. Nasiblah cheese banyak, kan.. jadi Sk putar lagi satu adunan, barulah semua strawberry tu dilitupi kek. Errr... ada yang nak minta kek ni, maaf ya, dah habis dah, Sk pun telan-telan ailio sambil taip ni, hahaha. Jomlah tengok resepi dan langkah-langkah menyediakannya.
 
 
Sk gunakan loyang 4 segi 8"x8". 
Kalau guna loyang bulat (loose pan) lagi cantik kejadiaannya tapi Sk tak yakin nak guna loyang tu, takut kek terpelanting.. hahaha.
Ok, alas loyang dengan plastik ya dan lebihkan plastik biar terkeluar dari loyang supaya senang nak angkat kek tu keluar dari loyang. 
Untuk dasar kek, anda boleh ikut citarasa sendiri ya. Sama ada nak gunakan kek (yang dibakar terlebih dahulu), biskut digestive atau biskut oreo. Sk nak jimat, guna biskut merry jer.. maklumlah beranak tengah bulan, hahaha. Tu yang bagi alasan malas nak pergi kedai bakery, hihi.
Okey, biskut merry tu kisar halus ya, lepas tu campurkan dengan mentega atau margerin,  ramas rata sampai boleh dikepal, kemudian tekan rata-rata di dasar loyang dengan menggunakan sudu atau sebagainya.. asalkan rata macam dalam gambar di bawah... kemudian simpan dalam peti sejuk.
 
Jom semak resepi penuh..
 

Triffle Chilled Strawberry Cheese Cake
 Size loyang 8"

Base :
200 gm biskut merry
80 gm buttercup
*sediakan loyang
 
Cara :
Kisar halus biskut merry, gaul rata dgn buttercup.
Kemudian tekan rata-rata di dasar loyang yg telah disediakan tadi.
Simpan peti sejuk.
 
Sediakan kek :
 
(A)
3 sb gelatin halal
250 ml air panas
(kacau rata gelatin dan air panas hingga gelatin larut.. ketepikan)
(B)
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
(Pukul cream cheese dan gula hingga sebati.. ketepikan)
(C)
400 ml whipping cream
(Pukul hingga kental)
 
Kaup balik (B) & (C) guna spatula sehingga sebati.
Tapiskan (A) ke dalam (B) & (C) tadi. Gaul rata.
 

Cara sediakan kek :
 
1. Potong tampuk strawberry dan belah dua strawberry itu. Kalau besar sangat atau strawberry tak cukup, boleh belah tiga macam gambar di atas.
 
2. Keluarkan loyang yang dah siap base tadi dari peti sejuk.
 
3. Susunkan belahan strawberry di sekeliling loyang. Yang rata mengadap tepi loyang.
 
P/S untuk keselamatan sepitkan plastik yg terjulur tu guna penyepit yang sesuai.
(Sk guna sepit kain, haha)
 
4. Tuangkan adunan cheese tadi ke dalam loyang sampai habis.
Boleh ratakan jika perlu atau hentak loyang perlahan.
 
5. Simpan loyang semula dalam peti sejuk semalaman atau sehingga ia mengeras.

 
 

 
Bila kek dah keras, sediakan jelly.
 
Bahan-bahan :
 
1 kotak jelly kristal nona perisa rasberry (tak pasti ada tak perisa strawberry)
400 ml air panas
 
Kacau sampai larut kedua-dua bahan dan tuang perlahan-lahan ke dalam loyang cheese cake tadi. Biar jelly beku dan sedia utk dihidangkan.
 
 
 
Kredit Resepi Asal :

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cantiknya kak.....konpem sedap tu kan. Jauh la pula...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Cantiknya, nak ambil resipi yee,
    cik erna

    ReplyDelete
  3. Alamak, maaf silap taip nama plak,
    Sari yee

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap ..tak pernah lg buat nihh...boleh cuba!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!