BAWAL KUKUS HONG KONG STYLE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...
 
SALAM 3 Sya'ban 1436H. Ramai nampaknya yang berpuasa pada hari ini.. semoga dipermudahkan segala urusan anda sehingga menjelang waktu berbuka nanti. Dah rancang ke apa yang hendak dimasak petang nanti? Ialah, orang kalau berpuasa ni tekak dia lain macam sikit,kan. Mengalahkan tekak orang mengidam, gitewww.
 
 
Bawal putih ni telah selamat di'pancing' Encik Rizar di Jeti Tanjung Sedili, tempat feberet ER. Walaupun jauh tetap juga nak datang ke sini kerana ikan di sini dikatakan masih segar lagi. Kita biasa dengar, ikan-ikan yang dijual di pasar-pasar borong adalah ikan-ikan yang telah diborong oleh tauke-tauke besar dengan modal yang besar. Ikan-ikan itu akan disejukbekukan dan sesetengahnya diletakkan ubat supaya tahan lama. Sejauh mana kebenarannya tidaklah Sk ketahui. Sebab tu ER sanggup pergi jauh-jauh untuk mendapatkan ikan baru.. hehe.. yang sebenarnya dia memang suka berjalan.. huhu.
 
 
Bawal ni besarnya lebih kurang tapak tangan orang dewasa sahaja. Taklah besar sangat. Disebabkan takut tak cukup jadi Sk masak dua ekor. Puas makan, ialah, ikan bawal ni bukannya tebal sangat isinyakan. Tu yang kena masak dua ekor. Lainlah kalau ikan bawal besar dulang, hehehe.
 
 
Tengok, habis jer sesi foto-foto terus kena terkam bapak ngan anak. Sk pulak nak kena kukus lagi sekor. Kalau kukus dua ekor sekali nanti bertindih tak best pula sebab bukan besar pun pengukusnya tu, huhu.
 
 
Okey, siap kukus lagi sekor dah.. Jom makan! ER kata sedapppp.. Iman pun kata sedapppppp... Sk kata, lagilah sedapppppppp!! Macam kat Chinese Restaurant tauuuuu... (masuk bakul nampak)
 
 
Gandingan yang mantap, tentulah Baby Kailan Sos Tiram. Meh, Sk bagi resepi ikan.
 
Bawal Kukus Hong Kong Style
 
Bahan :
 
1 ekor ikan bawal saiz sederhana (bersihkan dan kelar badannya)
sedikit serbuk lada sulah (lumur pada ikan.. ketepikan)
 
(A)
3 ulas bawang putih dicincang
1" halia dihiris panjang
1 tangkai cili merah dihiris panjang
 
(B)
3 sb kicap cair
sedikit minyak bijan
1/2 cawan air (lebihkan jika perlu)
1 sudu gula
 
Masak semua bahan (B) di atas. Imbangkan rasa masin dan manisnya. Ketepikan.
 
2 sb minyak masak
 
Hiasan :
 1 tangkai daun bawang dipotong seinci2
1 tangkai daun ketumbar
 
Cara :
 
1. Didihkan air dalam periuk kukusan.
 
2. Letak ikan dalam pinggan tahan panas. Taburkan bahan (A) di atas ikan dan kukus ikan selama 8 minit.
 
3. Selepas 8 minit, panaskan minyak masak dan curah atas ikan.
 
4. Kemudian tuangkan bahan (B).
 
Taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidangkan.
 
Lebih 'kick' kalau dinikmati bersama cili jeruk.
 
Selamat Mencuba.. harap menepati selera anda.
 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Adoi kak....terliur saya tengok. Mmg sebiji nampak mcm kat kedai. Kedai pun kalahlah....

    ReplyDelete
  2. Kira ajelah kos kalau beli SK
    Ini buat sendiri berbaloi nak makan 2 ekor makan bertiga:)

    ReplyDelete
  3. Menu sihat ni....kukus-grill-panggang-...bebas kolestrol!



    Jom kawal kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!