Assalamualaikum...
KE SINI pada suatu malam pada minggu lepas selepas menyelesaikan urusan di mesin deposit tunai.. apalagi.. bayar hutang laaa.. hehehe. Sudah menjadi kelaziman walaupun pergi bekerja berasingan dengan ER tapi bila nak pergi berurusan dengan bank mesti sama-sama keluar.. kemudian pergi makan. Lebih-lebih lagi kalau hari esoknya cuti.. memang seronoklah meronda malam-malam. Alah.. buakn meronda sangat pun sebenarnya.. macam Sk pernah cerita sebelum ni rumah Sk dengan tempat makan tu jawohhh.. hehehe.
Terpanggil untuk ke sini selepas membaca satu 'posting' di blog Dr Zouldahan. Kulaijaya dengan rumah Sk rasanya dalam setengah jam hingga 45 minit bergantung kepada trafik. Betul kata Dr Zoul, senang sangat nak cari Ecru Tuckshop Cafe ni kerana ia sederet dengan OCBC Bank dan berdepan dengan AEON Kulaijaya. Kalau anda letak kereta depan cafe ni pun okey, lepas makan boleh jalan-jalan 'shopping'.. gitewww.
Iman kata dia lapar nasi jadi kita bagi dia makan nasi pilihan dia berlaukkan ayam masam manis. Rasa okey tapi tak tahu berapa bintang nak bagi.
Tak ingat nama menu yang diambil ER ni. Tak silap Bihun Sup Chinese Style. ER kata tak berapa.. Sk syak ER pun sebenarnya lapar nasi jugak.. hahaha. Penyudahnya...
Sk terpaksa berkongsi Chicken Sandwich ni dengan dia. Keseluruhannya bagi Sk makanan di sini kalau anda nak makan santai-santai ianya okey. Tempat yang selesa dan nak letak kereta pun senang. Selain dari menu yang Sk ambil tu ada banyak lagi menu yang ditawarkan jadi bolehlah mencuba sendiri datang ke mari.. okey.
Ecru Tuckshop Cafe
No 207, Jalan Kenanga 29/2,
Indahpura, Kulaijaya.
Tutup : Setiap Jumaat
Boleh kakak tak perasan dah ulang-alik Aeon tu SK
ReplyDeleteNantilah ada masa kakak pulak singgah sini:)
Mcm tak berapa ok je nampak dari review. Ooppsss
ReplyDeleteRindu pulak dengan Aeon Kulai tu. Tapi maybe saya prefer makan dalam Aeon kot...sebab saya tak minat benda2 tak pedas ni kak...hehehehe
ReplyDeletememang so so je. saya rate 2 bintang setengah. meatball bole try. nachos tu xpyh le buat sndri kt rumah lagi bagus. klu da xtaw nk makan apa sgt kt kulai ni bole try mkn kt sini.
ReplyDeletememang so so je. saya rate 2 bintang setengah. meatball bole try. nachos tu xpyh le buat sndri kt rumah lagi bagus. klu da xtaw nk makan apa sgt kt kulai ni bole try mkn kt sini.
ReplyDelete