RESEPI AYAM PANGGANG KUALI YANG TERAMATLAH SEDAPNYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...
 
KALAU tanya dengan Sk, apakah lauk yang terpaling menjadi kegemaran Sk untuk dimakan bersama nasi putih memang sukar hendak menjawab. Kalau sebut Asam Pedas Ikan Mayong pun angguk, Sotong Masak Hitam pun angguk, Kari Daging pun angguk, Masak Lemak Cili Padi pun angguk, Sambal Tumis,  Sambal Belacan semua suka. Tambah lagi ibu Sk adalah seorang surirumahtangga yang sentiasa mevariasikan masakannya setiap hari membuatkan Sk tak pernah jemu dengan apa yang ibu masak. Dan ini adalah antara resepi ibu yang paling Sk suka.
Memang berpinggan-pinggan nasi boleh habis. Kalau kuah di periuk tinggal sikit, memang ambil nasi masuk dalam periuk dan selet sampai licin.. hahaha.
 
Tak pasti bagaimana masakan ini mendapat namanya. Sk rasa mungkin dari cara masakannya di mana bahan utama yang kita hendak gunakan tu akan digoreng terlebih dahulu. Ibu Sk tak makan ayam, jadi biasanya ikan tenggiri atau kembung menjadi pilihan. Guna ikan bawal atau selar pun sedap asalkan jenis ikan yang berisi. Kurangkan garam ketika memasak takut terlebih masin nanti kerana ikan atau ayam kita tu dah goreng berkunyit dan garam dahulu. Cara memasaknya sama macam kita nak masak asam pedas cuma kita gunakan santan.
 
Sebenarnya hari tu, Sk makan di rumah ibu (Angah) dan inilah masakan yang dihidangkan. Iman asyik puji sedap dan tanya sama ada Sk pandai tak masak lauk ni? Kenapa tak pernah masak? Sk jawab sebab babah tak makan. Jadi, dia pun atur plan bila tahu babahnya kerja malam,  semalam dia minta Sk masakkan. Mula nak guna ikan tapi malas pulak nak defrost ikan yang dah macam kayu dalam peti ais tu. Kebetulan malam sebelumnya Sk ada menggaram kunyit ayam untuk digoreng, jadi nak cepat punya pasal ni gunalah ayam. Rupanya Iman cakap baru nak tanya, kalau guna ayam sedap tak. Memang rezeki Imanlahhh.. dapat makan Ayam Panggang Kuali ni.. hehehe. Sampai jer rumah semalam, terus singsing lengan memasak. Menjelang maghrib dah pun siap. Lepas maghrib teruslah ngapppp! Panjang pulak celotehnya.. ya ampunnnn... Jom tengok resepi!
 

Resepi Ayam Panggang Kuali
(Boleh gantikan dengan ikan atau makanan laut yang lain)

Bahan-bahan:
Beberapa keping isi ayam (kunyit dan garamkan terlebih dahulu)
 kemudian di goreng dengan api yang kecil sehingga masak.
tips : jangan guna api besar nanti ayam atau ikan kita keras kematu. 
Dah siap goreng.. ketepikan.

1/2 labu bawang besar*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
setengah cawan cili kering *kisar
1" halia diketuk
2 batang serai diketuk
minyak untuk menumis
3/4 cawan santan cair
1 senduk santan pekat
1 keping asam gelugor
beberapa helai daun limau purut
garam secukup rasa

Panaskan minyak masak.
tumis bahan-bahan kisar bersama serai dan halia yang diketuk sehingga garing dengan api perlahan.
Masukkan santan cair dan asam keping.
Kacau sentiasa sehingga mendidih.
Masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
Masukkan juga santan pekat. 
Kacau selalu.
Perasakan garamnya.
Masukkan daun limau purut yang disiat-siat.
kacau sekejap dan bolehlah ditutup apinya.

selamat mencuba.



Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Laaa.... kakak ingatkan panggang macam sate tu
    Berkuah itu yg sedap ye Iman:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya... resepi pun senang.. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!