Assalamualaikum...
SALAM 25 Syawal.. sekejap jer masa berlalukan.. pejam celik pejam celik, Syawal bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang komplen berat badannya naik 5 kg walaupun masa puasa hari tu dah turun 3 kg.. hahaha. Tak payah salahkan makanan ya, sila salahkan diri sendiri.. hihihi. Kalau tanya dengan Sk, naik ke tidak.. entahlah.. rasa macam biasa je.. 'maintain' gemuk.. huwa huwa huwa.
Lepas-lepas raya nikan, rasanya mood nak memasak dan mengemas rumah menggebu-gebu. Ialah, masa puasa hari tu memang agak sibuk juga sampai tak ada masa nak mengemas rumah. Memasak pun ala kadar jer. Untuk rekod, rasanya inilah kali pertama Sk menyiapkan tempahan cheese tart dengan jumlah yang banyak walaupun tidak membuka tempahan langsung melalui laman sosial. Tempahan ini datang dari pelanggan sedia ada dan tersebar di kalangan kawan-kawan. Apapun Sk nak ucapkan terima kasih atas kepercayaan semua dan yang masih setia dengan cheese tart Sk. Mungkin ada yang ingat berkepuk-kepuk duit yang masuk, kan.. hihi. Bak kata pepatah, 'besar periuk besarlah keraknya.' Yang penting, cukup makan, pakai dan isi minyak. Risau dengan situasi harga barangan yang makin meningkat berikutan kenaikan harga minyak. Tapi, bila harga minyak turun, harga barang satu sen pun tak turun.. urmmm.
Mujur Sk ni dah terdidik dari dulu pakai apa yang ada. Ukur baju di badan sendiri. Tapi, fahamlah bila kita ada anak yang meningkat remaja ni, banyak pulak kehendaknya. Semuanya nak 'up to date'. Tugas bapa, menyediakan keperluan. Tugas bondanya, menyediakan kehendak.. gitewww. Asalkan kehendak tu tak melampaui batas. Siapa yang tak mahu tengok anaknya cantik lawa bergaya, kan. Mana yang kita mampu, kita bagi. Kalau tak mampu kita diam. Kalau melebih, kita 'pang'kan ajer... kui kui.
Ini lauk malam tadi. Macam biasalah, kalau ada udang, masak sambal tumislah yang paling 'win'. Yang buat orang bertambah nasi dua kali. Yang buat orang makin sayang dengan bini.. kih kih kih. Walaupun semalam sampai rumah agak lewat, saing-saing dengan ER.. tapi tetap ambil juga tender memasak. Walaupun sebenarnya M tu besar tapi lebih rela memasak dari makan luar. Makan kat luar ni walaupun seronok tapi penat sebenarnya. Kena sarung baju lawo, sapu bedak kat muka, pakai tudung, naik kereta. Ambil masa paling cepat setengah jam untuk sampai. Masa menunggu.. order.. minuman.. makanan.. makan... borak-borak.. lebih kurang sejam setengah. Perjalanan pulang makan masa lagi setengah jam. Itu paling kurang.. kalau makan jauh sikit lagi lama masa yang diambil. Tak ada beza dengan masak sendiri.. gitewww.
Ini pula Kari Daging kelmarin. Ya.. Kari Daging hari apa tak ingat, rasanya minggu lepas juga Sk masak kari daging ni. Pun masak pada hari bekerja sebab malas nak keluar. Sk kalau masak kari daging suka masak lebih-lebih sambil membayangkan nanti-nanti boleh dikawankan dengan roti jala. Itulah, makan.. makan.. makan jer yang diingatnya.. hahaha.
Menjala pada hari Jumaat untuk sarapan. Guna resepi biasa tapi kali ni Sk guna dua biji telur.
Hasilnya, roti jala yang sungguh lembut menawan. Berkeping-keping masuk perut. Ishh.. bila nak kurus ni???
Yang tengah-tengah tudung biru tu, adalah kawan Sk yang pertama Sk kenal di tempat Sk bekerja sekarang. Sebenarnya selepas 8 tahun bekerja di sebuah kolej kejuruteraan swasta di JB, barulah Sk mendapat rezeki bekerja di tempat sekarang. Kawan Sk ni pangkat adik sebenarnya, jarak umur kami 5 tahun (dia sebaya adik bawah Sk). Tapi kami cukup serasi. Dia masuk awal beberapa hari dari Sk dan hubungan tu kekal sampai sekarang walaupun dah hampir beberapa tahun bekerja di tempat berasingan. Yang sebelahnya tu lagilah pangkat adik, kawan sebilik di pejabat. Alhamdulillah, kami serasi. Hari-hari bergossip pasal politik.. hihihi. Sebab tulah agaknya Sk rasa jiwa muda sokmo sebab berkawan dengan orang-orang yang muda.. hahaha.
Rindu Kuey Teow Cantonese Sk katanya. Alkisahnya mengidam... cakaplah. Dah kita pergi beraya rumah dia, kita lak kena masak untuk dia. Sabar ajelah.. hehehe. Tapi puas hati sebab tengok diorang makan bertambah-tambah. Paling best dapat masak di dapur baru yang moden, canggih dan ekslusif.. rasa macam chef jemputan lak.. ahhaha.
Di pejabat Sk ni ada seorang anak mami. Tahulah kalau anak mami, kepakarannya Laksa Penang, kan. Kalau setakat 10 - 20 kg ikan tu memang takde hal dia nak memasak. Kalau Sk, baru sebut sekilo ikan dah nak pengsan.. hahaha. Jadi, Sk pesan.. kalau ada buat laksa tu, Sk nak beli kuahnya jer. Maklumlah, ER kan peminat laksa Penang. Isterinya pulak paling malas nak sediakan kuahnya tu. Rasa macam susah aje. Aiii.. kalau malas tu memang susah nak ubat, kan. Rezeki Sabtu lepas, akhirnya dapat kuah laksa.. yey!! Tinggal sediakan ulam-ulamnya saja.. bijak.. bijak! Tapi... dia tak mahu duit pulak.. agagaga. Takkan nak mintak selalukan.. kenalah rajin buat kuah laksa lepas ni.. aduyaiiii...
Tak apalah... kalau malas nak buat laksa Penang, kita rebus jer Maggi Asam Laksa... hahahaha. Ni gara-gara teringat filem Istanbul Aku Datang.. terus teringin nak makan Maggi Asam Laksa.
Cempedak Goreng ni dah berapa minggu buat. Kalau beli cempedak, tak boleh satu, mesti dua. Sebab ER jer pun pun boleh balun sebiji tu jer tau. Batter-nya Sk cuma guna tepung beras dan tepung gandum, bancuh dengan air dan sedikit garam. Air kapur pun tak letak. Sedap jugak, garing dan rangup jer walaupun dah sejuk. Kalau ada teh-o panas lagi laju woooo..
Pucuk ubi dilawankan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis. Tak toleh kiri kanan makan. Errr.. makan pucuk ubi banyak-banyak tak jadi gemuk cam ubi, kan... hahahaha. Ini santapan di rumah Angah/ Ibu minggu lepas jugak. Sambal tumis ibu tiada tandingan. Kalau ibu masak, bawang-bawang nak potong semua ada cara tak boleh main redah jer. Sambal tumis ikan bilis bawangnya kena potong baji.. kalau sambal tumis lain bawangnya potong bulat. Itu displin sambal ibu.
Usaha berjimat-cermat.. bawa bekal ke pejabat. Memang jimat sangat sebab bahan-bahan mentah dibeli oleh ER. Yang tak jimatnya.. TENAGA.. hahaha. Nak kena panaskan lauk dan nasi pagi-pagi dan kena basuh tupperware.. huhu.
Sup Tulang Merah air tangan ibu. Siapa yang nak tempah untuk majlis rumah terbuka atau apa-apa majlis boleh whatsapp Sk terus 0127844524. Harga timbang kilo dan bergantung kepada stok tulang dan kekosongan jadual ya.
Pendek kata.. sebelum tutup mata.. makan.. makan.. maka sajalah yang diingatnya.. huhuhu. Ni pakai cantik-cantik nak pergi mana? Jemputan makan lerrrr.. mohlah kitaaaaa!!
maintain gemuk!hahahah
ReplyDeletesaya suka ayat ni....
tengok lauk2 akak ni, saya rasa " jadi gemuk pun takpa la, asalkan dapat makan semua tu...hahha"
Tengok komen DZ, saya sgt setuju...hihihi. Ala kak..saya pula dh teringin megi asam laksa. Abislah...esok beli buat stok kat opis.
ReplyDelete