RESEPI TART NENAS YANG PALING SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
ASSALAMUALAIKUM...



DAH lebih dua minggu berhari raya, barulah Sk berpeluang mencuba resepi tart nenas yang paling sedap ini. Memang dah lama sangat teringin nak mencuba resepi tart nenas milik jejaka dari Tanah Temasek ini tapi tidak berkesempatan. Asyik sahaja dihambat masa. Malah nak buat inti atau jem nenas pun bukannya rajin. Sebab M nya sangat besar, Sk beli inti siap dari seorang kawan sejak puasa lagi. Ingatkan sempatlah menyiapkan tart ini menjelang raya rupanya nan hado :)))

Resepi ini pun Sk hanya selak selepas separuh inti siap dibulat-bulatkan dengan harapan resepinya menggunakan bahan-bahan asas kuih yang ada stoknya di rumah. Bila baca resepi macam tak percaya. Takkanlah semudah itu. Kata Ady, pastrynya cair di mulut.. tu yang hati meronta-ronta nak merasa sendiri kecairan pastry tart nenas resepi Ady. Siap membakar, sebaik suam terus ambil satu masuk mulut. Ya Allah.. sedap sangat.. sampai meleleh airmata kerana tak sangka mampu buat tart nenas sendiri yang sedap sangat.. hahaha. Tak tipu.. mari cuba sendiri kalau tak percaya. Resepinya pun mudah sangat, semudah 1.. 2.. 3.... siapppp!! Sk tuliskan semula resepi mengikut cara Sk seperti di bawah atau anda boleh singgah ke Blog Ady DI SINI.



Resepi Tart Nenas Yang Paling Sedap
Sumber : Ady Greatsword

*700 gm inti/ jem nenas (bulatkan seperti guli dan timbang 8 gm sebiji)

350 gm mentega (Sk guna buttercup/ lepa susu dalam container tu jer)
100 gm susu pekat
2 biji kuning telur
510 gm tepung gandum

Cara-cara/ Cara Sk :

1. Letak mangkuk besar atas penimbang. 'Zero Adjustment'
2. Masukkan dan timbang terus 350 gm buttercup.
3. Tambahkan susu pekat sehingga berat menjadi 450 gm.
4. Sebatikan sekejap buttercup dan susu pekat.
5. Masukkan kuning telur. Gaul rata.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Aduk guna jari sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. (Sk tak timbang tepung pun.. dah jadi doh lembut terus berhenti letak tepung)

Menyediakan tart nenas :

Ambil doh dan timbang beratnya 10gm. Bulatkan dan leperkan. Isikan jem nenas yang dah dibulatkan tadi dan balut keseluruhan jem dengan doh. Buat sehingga habis.

Gunakan sisi spatula atau pisau dan lorekkan atas doh bentuk corak nenas. Sapukan permukaan tart dengan 'egg wash'.

Egg Wash :

1 biji kuning telur
1 sudu teh susu segar
sedikit esen vanilla (Sk tambah)
sedikit pewarna kuning telur (Sk tambah)

Bakar dengan suhu 165 darjah selsius selama 23 minit atau sehingga tart masak (kuning keemasan) *Sk bakar 30 minit, 180 darjah selsius.

Selamat mencuba :)))))

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg sedap tart ni kan yus, nak buat pun sonang,..gentel2 je bagi bulat...kikkiki

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun terasa-rasa ia cair di mulut... :)

    ReplyDelete
  3. Lain dr yg lain nampaknya resipi ni. Teringin juga nam mencoba.. anyway, terima kasih atas #derma ini hahaaa

    ReplyDelete
  4. penuh inti nenasnya! confirm puas makan..hahaha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. Tengok gambar pun dan berkenan nak buat juga.

    ReplyDelete
  6. Baru puas makan inti nenasnya kalau macam ini ye SK:)

    ReplyDelete
  7. Dah cuba buat..baru je siap..tp saya buat versi Gulung.. tp tetap sedap dan cair di mulut.. terima kasih kak sari share resepi yg sgt2 sedap ni.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!