Assalamualaikum...
KERAP juga ER mengajak Sk memasuki Thailand setiap kali kami pulang ke utara. Tapi, entah kenapa ya setiap kali itulah asyik tertinggal pasport di rumah (mak Kuala Ketil). Maknanya memang belum sampai jodoh lagi kot nak masuk secara sah.. haha. Siapa yang mengikuti blog Sk ni tentu tahu yang Sk pernah memasuki Thai dengan menaiki sampan ke Munduk. Dan dulu-dulu pun Sk pernah mengikut abang ipar masuk tanpa pasport sehingga ke Danok. Jadi kali ini kononnya naklah masuk secara halal.. gitu.
Sebenarnya, baru-baru ini, ER telah mengikuti program pelancongan Johor menaiki keretapi dari Johor Bahru ke Hatyai. Agaknya bila dah sampai sana dan makan makanan yang sedap di sana, terus teringat anak bini.. gitu. Jadi, dari sedikit pengalaman yang ada itulah ER memberanikan diri untuk memandu sendiri ke Hatyai. Sebelum tiba hari yang dirancang kami sama-sama belajar selok-belok memandu sendiri kenderaan memasuki Thai. Ada yang Sk google, bertanya kawan dan ER juga banyak bertanya dengan kawannya yang baru sahaja selesai sesi lawatan ke Krabi. Sebenarnya, walaupun kita belajar secara teori tetapi selagi tidak menempuh amalinya memang sukar nak dibayangkan. Sk dan ER pada mulanya ingatkan sama je prosedur pemeriksaan imigresen dan kastam seperti memasuki Singapura rupanya sistemnya berlainan sama sekali. Boleh dikatakan sistemnya agak cerewet dan aneh sehingga Sk terfikir, begini ketatnya prosedur hendak memasuki Thailand bagaimanakah begitu mudah sahaja mereka menyeludup manusia dan kenderaan ke sana seperti yang kita baca di media sosial dan media cetak ya. Eh, asyik membebel jomlah Sk kongsikan bagaimana prosedur memandu sendiri kenderaan ke Thailand.
1. Persediaan sebelum bertolak dari rumah. Buat salinan Geran Kenderaan yang akan anda pandu masuk ke Thailand nanti. Kalau anda ada banyak kenderaan, pastikan jangan tersalah bawa salinan ya, hehehe. Ni Sk buat sampai 10 salinan dan geran kenderaan yang asal juga WAJIB dibawa bersama. Ada pegawai yang nak tengok geran asal ada yang tak kisah, jadi sebagai persediaan sentiasa bawa bersama.
2. Buat salinan juga Covernote Insurans Kenderaan anda. Yang ini bergantung juga, ada yang nak tengok, ada yang tak tengok. Macam Sk ni, dia tak tengok pun, dia cuma tengok geran asal.
3. Sekiranya anda membawa kenderaan orang lain, pastikan anda mempunyai surat kebenaran dari pemilik kenderaan untuk membawa kenderaan itu. Di dalam surat tu nyatakanlah nama orang yang bertanggungjawab memandu atau membawa kenderaan itu nanti.
4. Pemilik kenderaan bukan semestinya orang yang wajib memandu sepanjang perjalanan di Thailand. Maknanya, kalau kereta atas nama suami, isteri pun boleh memandu melepasi kastam tu.
Okey.. tu persediaan dari rumah.. jom kita tengok pada hari keberangkatannya pula.
5. Membuat insurans memasuki Thailand. Prosedur ini wajib setiap kali anda memasuki Thailand. Bagi yang tinggal jauh macam Sk ni, boleh buat insurans tu beberapa jam sebelum pergi pun tak apa. Yang tinggal dekat-dekat Kedah atau sempadan tu, kalau nak buat awal-awal seminggu pun boleh. Insurans ini boleh dibuat di mana-mana kedai yang menjalankan perkhidmatan itu, macam Sk nak masuk ikut Bukit Kayu Hitam jadi Sk buat di Changlun. Biasanya kedai yang sediakan perkhidmatan ini akan menggantung signboard comel tentang perkhidmatan mereka. Kedai kopi dan kedai makan pun ada yang buat perkhidmatan ini. Begitu juga kebanyakan stesen minyak di Changlun. Bagi yang tak tahu Changlun tu di mana, Changlun tu sebelum Bukit Kayu Hitam ya.
6. Biasanya mereka menyediakan perkhidmatan yang lengkap. Kiranya, anda cuma perlu serahkan Geran Kenderaan dan salinannya, covernote insurans dan salinannya serta pasport dan segalanya akan disiapkan untuk anda. Harga untuk insurans ke Thailand ialah RM14 sahaja dan harga untuk kad putih (passport) RM1 seorang. Bagi Sk sangat berbaloi sebab kita tak payah buat apa-apa dah dan tak perlu nak pening kepala menulis borang.
7. Selepas semua urusan selesai, mereka akan menyerahkan Insurans Ke Thailand yang perlu kita simpan sepanjang berada di sana. Ini adalah borang-borang yang akan kita terima dari pengusaha insurans ini :
I. Borang TM2 - Maklumat Kenderaan
II. Borang TM3 - Maklumat Penumpang
III. Borang TM6 (Kad Putih/ White Card)
Semua borang ini akan diisi orang yang buat insurans kita tu. Senangkan.
Nota : Borang TM2 dan TM3 dicetak dalam sehelai kertas depan dan belakang. Borang ini ada dua helai, Inbound dan Outbound. Pastikan ia diletak di dalam passport pemilik kenderaan atau wakilnya. Biasanya orang yang buat insurans tu akan letakkan terus dalam passport empunya kenderaan tu.
Inilah rupanya Borang TM2
Dan ini Borang TM3. Borang ini ada dua helai. Perhatikan perkataan INBOUND dan OUTBOUND dibulatkan dalam setiap borang berlainan. Kedua borang TM2 dan TM3 ini hendaklah dimasukkan sekali ke dalam passport pemilik kenderaan dan diserahkan di kaunter Imigresen Sadao.
Nanti, pegawai imigresen bertugas akan sahkan (cop) kedua-dua borang ini. Borang INBOUND dia akan ambil dan borang OUTBOUND dia bagi kita. Simpan borang tu untuk diserahkan semula masa kita nak balik (keluar dari Thailand)
8. Bolehlah tukar duit Thai di kedai yang buat insurans ini atau di mana-mana pengurup wang. Sk tukar 2000 Baht je.. buat duit jajan, hehehe.
9. Lepas tu bawalah semua dokumen tadi menuju ke sempadan. Boleh tahan lama juga sebab cuma dua kaunter sahaja yang dibuka di Imigresen Bukit Kayu Hitam. Ni rasa dah mencabar rupanya ada lagi yang lebih mencabar.. huhu.
Cuaca hangat sungguh.. berpeluh-peluh dalam air-cond dibuatnya.
Paling menyampah bila ada orang yang potong barisan. Rasa nak pergi tendang jer pintu kereta dia.. huwa huwa huwa.
Sebaik sahaja melepasi sempadan Malaysia Thailand terus sahaja jumpa Kompleks Imigresen Sadao. Masa ni dah tak sempat nak ambil gambar sebab terkejut melihat kesesakan di sini. Sesak dengan manusia dan kenderaan. Kami dah keliru masa tu sebab tiba-tiba kereta yang banyak-banyak tadi semua hilang.. hahaha. Tiba-tiba seorang pegawai imi Sadao mengetuk tingkap kami. Rupa-rupanya...
sambung prosedur...
10. Sebaik melepasi pemeriksaan kastam di Malaysia.. dan nampak sahaja Kompleks Imigresen Sadao di depan anda, sila ambil laluan kiri dan anda akan nampak tempat letak kenderaan di sebelah kiri. Jadi, silalah letak kenderaan anda di situ dan semua penumpang hendaklah turun dan beratur untuk mengecop passport masing-masing. Kereta tu biaq pi dulu.. cop passport first.. hahaha. Tercengang-cengang kami dibuatnya sebab biasa kalau masuk Singapore boleh rilek-rilek duduk dalam kereta, kan.. Dengan cuaca hangat (itu lebih baik dari hujan) dan asap kenderaan serta pelbagai lagi bau, hanya semangat sahaja yang tinggal memandangkan ER dah book dan bayar hotel di Hatyai. Kalau tak memang Sk ajak balik, hahaha.
11. Di kaunter imigresen ini, setiap pelawat hendaklah menyerahkan passport berserta kad putih (white card) atau disebut borang TM6 berserta RM2 kononnya untuk mempercepatkan proses padahal tetaplah lama gila seorang-seorang.. memang rasa nak gila dibuatnya.. huuhuhu.
12. Masa ni jugalah pemilik kenderaan kena serahkan sekali borang TM2 dan TM3 tadi. Nota : Sila rujuk perkara no 7 di atas.
11. Lepas sahkan passport masing-masing kenalah pula beratur di Kaunter Kastam untuk membawa masuk kenderaan. Beratur lagi sampai tengik ketiak dibuatnya.. huwa huwa huwa. Di kaunter kastam ni pemilik kenderaan atau wakilnya kena serahkan passport berserta geran kenderaan asal dan salinannya. Di sini mereka akan masukkan maklumat kenderaan yang dibawa ke dalam system dan salinan geran kenderaan dia akan ambil. Kemudiannya kita akan diberi surat kebenaran membawa masuk kenderaan.
Jadi sekarang ini yang ada pada kita ialah Borang TM2 dan TM3 (OUTBOUND) dan Surat Kebenaran membawa masuk kenderaan seperti di bawah. Simpan baik-baik tau sehinggalah kita nak keluar dari Thailand nanti.
Inilah surat kebenaran membawa masuk kenderaan dan borang TM2 dan TM3 (OUTBOUND) yang perlu kita simpan sehinggalah kita keluar dari Thailand nanti.
Dah selesai semua urusan tu, bolehlah pergi ambil kenderaan kita tadi dan berfoya-foya.. muahahaha.
Tips :
1. Sekiranya anda boleh merancang perjalanan, sila elakkan berada di Kompleks Imigresen di waktu sesak seperti cuti sekolah dan hujung minggu.
2. Buang air besar atau kecil siap-siap di mana-mana stesen minyak di Changlun.. huhuhu.
WAJIB BACA : PROSEDUR MEMANDU KELUAR KENDERAAN
Dimana2 entry point ke Thailand memang sesak n as if tak de peraturan... suka suki potong q kan..
ReplyDeletebalik nanti jangan lupa serah borang kastam tu ya.... kak rose dah kena sbb masa bawak kereta balik tu tak serah borang tu dan bila nak masuk semula dia kata overstayed! dekat setaun overstayed, pada hal masuk Thailand tu 4 hari jer pun.... dan denda max kena bayo bth10,000 baru boleh lepas... nanges parting ngan rm kita! huhuhu
Kak Sari...terrrbaikk sangat. So far ini panduan paling complete dan mudah difahami yg saya jumpa. Saya mmg teringin, tp hubby tu ada jer alasannya. Mungkin lagi 3 atau 2 tahunlah kalau ada peluang nak pergi
ReplyDeleteKalo motorsikal masih ada hutang dan kat kita hanya ada geran copy je mcm mn? Kat atas tulis nk geran ori..huhuhu
ReplyDelete