Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH.. dah dua hari Sk kembali bertugas selepas mengambil cuti panjang sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Disebabkan pihak kolej memberi cuti seminggu kepada pelajar maka Sk pun ambil kesempatan untuk ambil cuti lebih sedikit. Encik Rizarlah tu yang dah mula rindu kat kampung maka kita layankan aje.
Kali ini kami sengaja mengambil cuti awal sehari. Bukan apa, dah tak larat rasanya Sk ni jadi co-pilot tengah-tengah malam macam dulu. Seperti biasa, kesukaan ER ialah mengikuti jalan kampung dan kami memilih Jalan Pontian, singgah bandar Pontian untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan menuju Batu Pahat.
Atas cadangan Iman, kami singgah makan di Tambak. Deretan kedai yang berhampiran warung cendol ni memang sering juga kami singgah tapi persinggahan kali ini merupakan satu penyesalan yang amat. Mungkin bukan rezeki kami dapat makan sedap pagi tu dan Sk pun dari awal memang tak ambil gambar pun. Dalam kepala ni dah plan nak makan Asam Pedas Kak Limah Batu Pahat yang kawan Sk cerita sangat sedap.. Jomlah kita!
Sampai Batu Pahat, setelah berpusing-pusing jumpalah kedai Asam Pedas Kak Limah tapi tutuplah pulak. Kekecewaan tu sampai nak menangis rasanya. ER kata kita gi makan Asam Pedas Semabok kat Melaka jer. Kawan dia dah pergi dah bagitahu sedap giler asam pedasnya.
Tapi... Yang paling Sk takut kalau tutup macam mana. Tekak ni dah terasa-rasa pulak asam pedas, kahhhhh. Macam tak pernah makan asam pedas padahal masak pun dah terror.. Kui kui.
Nasiblahhhhh asam pedas Semabok tu buka. Pehhh.. Ramai orang tapi hati terubat dengan keramahan pemilik kedai makan ni. Bukan saja ramah tapi baik hati dan mesra terpancar dari wajahnya. Disebabkan meja yang kami duduk tu agal sedikit tak selesa untuk kami yang berbadan plus size ni, hahaha.. Maka Sk tak ambil gambar pun makanan kami di sini. Dah habis makan rasa kesal pulak tal ambil sebab ternyata asam pedasnya antara yang terbaik dengan harganya yang agak berbaloi. Pastinya kami akan datang lagi.
uih...ada lempeng pun sodap gak tu
ReplyDelete