Assalamualaikum...
PETANG semalam, masa Sk bertanya dengan Encik Rizar tentang juadah makan malam,
dia tanya Sk balik, "Masak apa?"
Hurmm.. Kalau dah tanya baliknya macam tu, maksudnya kena masaklah kan..
Penatnyalah asyik masak aje, alangkah bestnya kalau ER jawab, makan luar, kahhhhh!
Lepas tu dengan yakinnya ER cakap, masak Mee Hailam.
Apa??? Mee Hailam?????
Tak pernah seumur Sk masak mee hailam,
dia punya order macam makan kat warung tomyam pulak ya, kui kui.
Sebenarnya, masa pembukaan Mydin Mutiara Rini hari tu
kami ada beli mee kuning yang viral 88 sen sebungkus tu.
Dah berapa hari terdampar dalam peti sejuk, tu agaknya ER teringat nak makan mee hailam.
Ingat Sk tahu masak mee hailam. Okey tak apa, tak tahu kita google, hehehehe.
Sk sebenarnya dah lama tertarik dengan resipi Mee Hailam
bekas wartawan terkenal Kak Fauziah Samad.
Resipi mee hailam Kak Gee tidak menggunakan sos tiram
tetapi dikatakan sangat sedap dan setanding dengan mee hailam di kedai kopitiam.
Jadi, semalam Sk ambil kesempatan untuk mencuba sendiri keenakan resipi ini..
Perghhhh! Memang terangkat kaw kawww!
Kak Gee kata, untuk mendapatkan rasa mee hailam yang piau
kita kena masak sepinggan-pinggan..
Aduh.. Kuasalah pulak Sk nikan.. Huhu.
Kita lebur ajelah sekali arung dalam satu kuali besar,
cepat siap, cepat makan, cepat kemas, gituuuuu.
'
Tuuuu dia Mee Hailam yang pertama Sk masak selepas 18 tahun kahwin.
Selama ni kalau nak makan mee hailam, order kat kedai jer lepas ni kita masak sendiri.
Giler senang masaknya pun lebih kurang je dengan Cantonese Kuey Teow yang biasa Sk masak sebelum ni cuma kena tambah kicap manis.
Nah... Salin resipi versi masak sekali arung.
Mee Hailam
Sumber : Dapur Kak Gee
Semangkuk kecil daging dihiris nipis
12 ekor udang sederhana besar (buang kulit di badan tapi jangan togel)
3 ekor sotong dipotong bulat
1 - 2 keping fishcake
3 pokok sayur sawi
Seketul kecil bunga kubis
Carrot secukupnya dihiris
2 1/2 senduk kicap manis
1 senduk sos ikan
2 - 3 sb minyak bijan
Air rebusan daging
Sebungkus kecil mee kuning dibilas dengan air sejuk
4 - 5 ulas bawang putih cincang
Sedikit minyak untuk menumis
Setangkai cili merah dihiris nipis
1 mangkuk kecil air + 2 sb tepung jagung kacau rata
Cara - cara :
1. Hirisan daging lembu direbus bersama sedikit halia, asingkan air rebusan dan halia.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan udang, sotong, daging lembu (boleh ganti ayam) dan fishcake. Kacau sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging. (Sk letak 1 koleh besar)
5. Masukkan kicap manis dan sos ikan. Kacau sebati. Rasa jika tak cukup manis atau masinnya.
6. Masukkan sayur-sayuran yang keras dan batang sawi.
7. Bila dah mendidih, masukkan daun sawi dan mee, kacau rata.
8. Masukkan air + tepung jagung, kacau sampai pekat.
9. Masukkan hirisan cili hidup dan minyak bijan, kacau rata.
Siapppp!!
Hidangkan bersama cili jeruk untuk lebih nikmat.. Aummmm.
Wah dah boleh buka gerai nampak gayanya Kak hikhik...
ReplyDeleteperghhhh
ReplyDeletetengok pun dah tahu sedap nih