Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.
Hari ni Sk ada masa lapang sikit jadi marilah bercerita pasal makan, hehehehe.
Kali ini Sk akan bawa anda ke Cafe Racer yang terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi.
Cafe Racer ini memang agak terkenal di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi di Johor Bahru dan Singapura dan dikatakan antara restoran yang menghidangkan masakan western terbaik di Johor Bahru ini.
Sebenarnya dah lama Sk hendak ke sini tapi selalu jer terpergi ke tempat lain.. huhuhu.
Agaknya belum ada rezeki.
Alhamdulillah, dapat jugak ke sini sempena meraikan ulangtahun perkahwinan Sk yang ke 18.
Tapi rasanya lepas ni macam nak pergi tiap-tiap bulan la.. Aci tak? Hehehehe.
Sedap sangatlah tu kannnn...
Fried Onion Blossom menjadi pilihan kami walaupun terdapat nachos dalam buku menu.
Ia merupakan bawang besar yang diimport dari America yang dicelup dalam batter berempah dan digoreng rangup yang mengingatkan Sk pada onion rings di rangkaian restoran A&W.
Ia dihidangkan bersama tiga jenis sos pencicah.
Sk bagi 5 bintang.. memang sedap sangat di tekak kami bertiga.
Kalau anda ke sini, ini antara menu wajib order tau!
Dernched Piston Lamb Shank untuk ER tapi makan berdua dengan Sk.. hehehe.
NZ Young Foe Shank dihidangkan bersama cendawan, lobak merah, bawang bercaramel dan garlic soft bread dengan keenakan yang tiada tandingan.
Potionnya sangat besar untuk dihabiskan seorang, tapi Sk tolong sikit-sikit ajelah sebab Sk pun ada pilihan sendiri.. huwa huwa huwa.
Yang ni Sk bagi 5 bintang jugak!
\
Haaa... apa lagi pilihan Sk jika bukan pasta.
Baked Cheesy Alfredo Macaroni ini dimasak seakan lasagna dengan inti chicken bits, bawang dan cendawan disirami dengan sos alfredo serta dilitupi dengankeju mozarella dan cheddar sebelum dibakar. Seperti Lamb Shank tadi, potionnya juga agak besar dan kalau anda bukan seorang yang kuat makan macam Sk lebih baiklah berkongsi.
Ini pula pilihan Iman, Thugs Beef Bowl namanya.
Thugs Beef Bowl ni anda boleh pilih sama ada hendak spaghetti ataupun macaroni dan Iman memilih spaghetti. Ia dihidangkan bersama kiub daging lembu, bawang bercaramel dan cendawan dimasak bersama brown gravy.
Sangat-sangat lazat dan berbeza dengan kebanyakan pasta yang pernah kami nikmati dengan rempah ready made, hahaha. Teringat-ingat sampai sekarang ya, tak boleh lupa keenakannya.
Iman bagi 5 bintang.
Iman dan shake memang kesukaannya dan pilihan Iman adalah Strawberry Cheesecake iaitu gabungan strawberry, cream cheese dan ice cream.. perghh.. berlapis-lapis kalori silalah insaf bawa berjogging lapan kilometer Iman oii..
Selain dari hidangannya yang enak, Sk juga amat sukakan suasana di sini yang mengimbau zaman 70-an. Walaupun masa tu Sk baru lahir tapi sebab selalu menonton filem lama maka cafe ini seakan mengembalikan nostalgia zaman remaja.
Terima kasih Iman yang mencadangkan tempat ini .
Cadangan ajelah yang bayar bapaknya, kah kah kah.
Macehhhh babah belanja kami.. alahai..
selalupun memang muka ni ajelah yang belanja, siapa lagi khennnnn.
Dah.. dah.. jom balik.
Goyang loceng dulu mintak bil, hehehehe.
ehhhh kemain sedap lagi rupa makanan tu kan..
ReplyDeletememang nampak sedap la...boleh cuba pergi nanti
ReplyDeleteNampak sedap3 makanannya.
ReplyDeleteSedapnyaaaaaa, nyummm3~
ReplyDeleteuniknya cafe ni kak...rasa nak terjah je
ReplyDeletejudi online yg berperingkat International, legal dan terpercaya hanya dijudi pulsa online
ReplyDelete