PASAR MALAM PKPP BANDAR BARU KANGKAR PULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...


SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, larangan pembukaan premis perniagan terbuka seperti pasar lambak, pasar pagi, pasar malam atau ada tempat dikenali sebagai Pekan Sabtu atau Pekan sehari pastinya menggusarkan kalangan peniaga yang mata pencariannya bergantung kepada pasar-pasar ini. Justeru, apabila kerajaan mula membenarkan perniagaan pasar terbuka ini dibuka semula kepada orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sejak 15 Jun lepas, ramai yang melepaskan nafas lega. Itupun ada beberapa negeri yang masih tidak membenarkan ianya dibuka. Di Johor, ramai peniaga bersyukur kerana sudah dibenarkan beroperasi semula.


Selepas seminggu, semalam Sk berpeluang singgah ke pasar malam di Bandar Baru Kangkar Pulai. Sebab apa, sebab kan Pak Inche yang hantar dan jemput SK pergi dan pulang kerja minggu ni (Baca : Tukar Cermin Kereta). Sk kan kalau dah balik rumah tu malas nak melencong ke mana-mana kecuali terpaksa. Ni dah dengan Pak Inche, diajaknya pulak ke pasar malam. Siapa yang dah follow Sk lama, tentu tahu keobsesan Pak Inche terhadap pasar malam atau pasar seumpamanya, hahaha.


Kagum dengan usaha penganjur dan peniaga pasar malam di sini yang mematuhi prosedur dan garis panduan PKPP. Tapi, tak bolehlah nak harapkan penganjur dan peniaga sahaja. Kita sebagai pengunjung perlulah memberi kerjasama juga dalam tempoh PKPP ini bagi memastikan rantaian 
Covid 19 berjaya diputuskan. Sebelum memasuki pasar malam, semua pengunjung perlu scan QR Code MySejahtera dan diambil suhu badan. Cuma seorang sahaja wakil pengunjung yang akan scan QR Code tu, suhu badan semua pengunjung wajib ambil sebelum disembur dengan hand sanitizer berjenama Antabax dan ikut laluan masuk yang telah ditandakan.


Disebabkan penjarakan sosial yang diamalkan, maka peniaga pasar malam juga akan diberikan giliran meniaga. Maksudnya, bukan tiap-tiap minggu mereka boleh berniaga di BBKP ni. Penggiliran juga dibuat berdasarkan jenis barangan yang dijual. Contohnya kalau jual pakaian ada empat peniaga, cuma dua peniaga sahaja akan berniaga minggu ni, dua lagi peniaga akan ambil gilirannya minggu depan. Kalau salah seorang tarik diri, barulah yang lain pulak ganti.


Kena habiskan jalan sampai hujung ke? Kalau rasa dah nak u-turn, bolehlah buat pusingan U, hahaha. Tapi pasar malam BBKP ni pendek jer. Hari ni nak pergi yang di Taman Teratai tu pulak, tengok macammana SOP nya. Jika rajin, Sk kongsikan okey.


Bahagian hujung pasar malam. Sk tak pasti pulak boleh ke nak keluar ikut sini yang pasti tidak dibenarkan masuk dari sini. Oh ya, semua pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka semasa memasuki kawasan pasar malam. Tapi, semput punya pasal memasing dah keluarkan lubang hidung cari oksigen, hahaha.


Nampak pulak Rojak Petis. SK memang sejak kecik pun suka sangat makan rojak petis. Dah kahwin dengan Pak Inche, baru tau rojak buah, tapi masih tetap suka rojak petis sebab lebih banyak ramuannya. Tengok gaya kakak ni pun dah tau, bukan calang-calang rojak dia ni.


Memang sedap sangat rojaknya. Sekarang ni kadang kuah rojak tu terlalu manis, kadang ada yang masin tapi yang ni memang seimbang. Kena datang minggu satu lagi kalau nak makan rojak ni lagi. Hurm.. patut ambil nombor telefonlah semalam...


Dah pun habis pusing satu pasar malam. Eh, kata pasar malam tapi kenapa terang benderang? Haaa, masa kami sampai ni belum pukul 7, belum maghrib pun, sebab tu terang benderang. Ingat tu, sila patuhi SOP jika anda pergi ke pasar malam. Kat sini rasa macam okey, mungkin sebab orang belum ramai lagi, hihi.


Nasi Lemak Daun Pisang, Pak Inche beli lima bungkus, dia makan dua, Iman makan dua, Sk makan satu. Sebenarnya sebelum ke pasar malam tu, kami ke Medan Selera Kg Mohd Amin tapau ikan dan sotong bakar serta kangkung belacan. Ingatkan sedaplah makan dengan nasi lemak (asalnya Sk nak makan dengan nasi putih, tapi dah Pak Inche beli nasi lemak, kan. Rupanya, gandingan bakar bersambal ni dengan nasi lemak langsung tak kena. Rasa muak semacam. Kalau bakar kosong barulah masukkkk... gituuuu... heheehe.

Burppp! Alhamdulillah





Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya belum berpeluang pergi mana2 pasar lagi setakat ni..

    yup yang penting ikut sop

    ReplyDelete
  2. Bagusnya, ekonomi masih terjaga, sop diselia, giteewww

    ReplyDelete
  3. Setakat ni pasar malam aje yang kita belum pergi Kak, pasar borong pun hrtu pergi, abang suruh tggu kete, dia masuk sorang.. tapi area uma kita pasar malam tak buka lagi...

    ReplyDelete
  4. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete
  5. Join yuk di chanelku yang seger...
    banyak film terbaru yang memanjakan mata loh...

    STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
    Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP

    SUKABOKEP

    BOKEP INDO NGENTOT ASIK

    BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP

    BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT

    BOKEP KOREA NGENTOT PUAS

    FILM SEMI NGENTOT SERU

    SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!