Assalamualaikum...
KITA dah di penghujung 'Perintah Kawalan Pergerakan - Bersyarat' (PKPB) yang akan berakhir Selasa ini. Petang ini, akan ada pengumuman dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin, sama ada ia akan disambung atau berhenti setakat itu. Sejak PKPB bermula, banyak kelonggaran yang telah diberikan kepada rakyat. Pusat beli-belah telah dibuka bagi menjana semula ekonomi dan rakyat dibenarkan keluar dengan mematuhi peraturan atau Standard Operating Procedures (SOP). Mulai 15 Jun ini juga, perniagaan pasar malam dibenarkan dibuka.
Sk, antara mereka yang tidak ketinggalan mula memberanikan diri untuk keluar rumah menjalani norma baharu pasca Covid 19. Lama terperap di rumah pun tidak elok juga. Kena berani menghadapi dunia luar dan hidup bersama virus Covid 19 ni. Memegang hashtag #kitajagakita , insyaAllah, segalanya akan berjalan dengan baik. Apa yang penting, sentiasa mencuci tangan dengan betul atau menggunakan hand sanitizer dan jangan menyentuh muka dengan tangan yang tidak bersih.
Baru-baru ini, Sk tidak melepaskan peluang berkunjung ke Café BLD di Renaissance Johor Bahru Hotel bagi mencuba sajian Rentastic Menu di mana pengunjung boleh menikmati kesemua menu ala carte yang ditawarkan di sini dengan hanya RM58 sahaja seorang. Ya, makan ala carte macam buffet, tapi kali ini kita hanya tunggu semua hidangan disajikan di meja, hurmmm.. terasa dilayan macam permaisuri gitu, hahaha.
Seperti lain-lain tempat yang Sk kunjungi sebelum ini, Renaissance Johor Bahru Hotel juga mengenakan SOP yang ketat kepada tetamu. Tanda arah ditunjukkan dengan jelas apabila tetamu memasuki ruang lobi di mana di sini, tetamu diminta untuk mengisikan data penting iaitu nama dan nombor telefon serta diambil suhunya bagi memastikan tetamu tidak mengalami gejala seperti demam. Tetamu yang tidak memakai pelitup muka (face mask) akan diberikan face mask percuma dan menyapu tangan dengan hand sanitizer sebelum dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti di hotel. Setahu Sk, Renaissance Johor Bahru antara hotel yang beroperasi menerima tetamu sepanjang PKPB ini.
Tetamu di Cafe BLD akan diberikan senarai menu seperti di atas serta borang pesanan.
Walaupun konsepnya adalah 'Eat All You Want' dengan harga RM58 seorang, kita digalakkan untuk memilih dahulu menu bagi mengelakkan pembaziran jika kita tidak makan sesuatu jenis makanan tu.
Paling best, ada menu Platters Add-On tau, yang mana, set ini kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan kita yang lain. Contohnya, kalau kita datang dua orang, setiap seorang perlu membayar RM58 untuk Rentastic Menu, nanti seorang sahaja ambil menu Platters Add On ni, boleh makan sama-sama, tak kisahlah,bertiga atau berempat, haaaaaaaaa.. gitu.
Yang ini merupakan Tasting Bites ataupembuka selera yang memang ada dalam Rentastic Menu.
Ia mengandungi rojak, popiah basah, pakora, kerabu, keropok dan sos pencicah.
Bagi penggemar salad, anda pasti sukakan ketiga-tiga salad ini iaitu
Classic Caesar Salads, Ulam Kerabu dan Thai Beef Salads.
Penggemar pasta macam Sk, haruslah pesan ketiga-tiga menu pasta iaitu
Spaghetti Olio, Chilli Bolognese dan Brocoli Pesto.
Jika anda peminat Teppanyaki, wajib cuba sajian
Beef, Chicken, Tofu atau Fish Fillet Teppanyaki ini.
Bagi peminat Chinese Cuisine, Pineapple Fried Rice ini tentunya enak dinikmati Bersama Nyonya Fillet Fish dan Sweet and Sour Chicken.
Western Treats dan Soups Pot yang boleh dipilih atau dinikmati kesemuanya
Mushroom Truffle, Roasted Pumpkin dan Hot and Sour
serta Chicken Parmesan, Italian Meatballs dan Fish with Caper Sauce.
Masakan India sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia
Chicken Tandoori, Beef Kofta dan Amritsari Fish yang dihidang bersama pilihan roti nan bawang putih, asli atau keju serta pencicah raita, chutney atau dhal.
Menu Istimewa Asian
Mee rebus dan Tom Yam Fried Rice bersama Ikan Bakar Portugis, dihidang Bersama sambal belacan dan ulam.
Dan, jom cuba Menu Platters Add On yang amat berbaloi ini!
Satay Kampung hanya RM36 set
Seafood On Ice
RM55 set
Mixed Grilled Paltter
RM55 set
Tomyum Claypot
RM50 set
Aneka hidangan dessert
Nahhhh.. apa tunggu lagi?
Jomlah cuba 𝗥𝗘𝗡𝘁𝗮𝘀𝘁𝗶𝗰 𝗠𝗲𝗻𝘂 dan nikmati semua yang anda mahu di
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel.
Boleh didapati setiap hari untuk 𝐋𝐮𝐧𝐜𝐡 (12:00 pm - 3:00 pm)
dan 𝐃𝐢𝐧𝐧𝐞𝐫 (6:00 pm - 9:00 pm) hanya RM58 seorang.
Untuk tempahan, telefon +6073813322
atau WhatsApp +60177713327
Meriahnya menu sesedap
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Memang puas makan, ada sedap ada juga kurang tapi sangat puashati dengan dia punya add-on, sangat terkejut laaa tgk menunya...
ReplyDeleteahhhh kelaparan aku melihat menu-menunya kakkk...
ReplyDeleteBerbaloi dengan harganya. Salad n pasta tu nampak sedap. Terliur lah kite cmni
ReplyDeleteJoin yuk di chanelku yang seger...
ReplyDeletebanyak film terbaru yang memanjakan mata loh...
STREAMING NONTON BOKEP GRATIS ..!!
Kumpulan BOKEP Terlengkap Terbaru Terpopuler & Ter-Update By SUKABOKEP
SUKABOKEP
BOKEP INDO NGENTOT ASIK
BOKEP BARAT NGENTOT MANTAP
BOKEP JEPANG NGENTOT NIKMAT
BOKEP KOREA NGENTOT PUAS
FILM SEMI NGENTOT SERU
SKANDAL ARTIS, MODEL, SELEBGRAM TERBARU 2020