PKP FASA EMPAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...

INGATKAN dua minggu, rupanya daripada 'Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Satu (PKP Fasa Satu - 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020), bersambung ke PKP Fasa Dua (1 April 2020 - 14 April 2020, bersambung lagi ke PKP Fasa Tiga (15 April 2020 - 28 April 2020) dan disambung lagi PKP Fasa Empat dari 29 April 2020 hingga 12 Mei 2020. Semasa PKP Fasa Empat ni dah ada kelonggaran di mana jika sepanjang PKP Fasa Satu hingga PKP Fasa Tiga, cuma ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli keperluan, kali ini dibenarkan keluar berdua asalkan ahli keluarga serumah, contohnya suami isteri atau bapa dan anak yang usia lebih 18 tahun. Jarak dibenarkan masih 10 km sahaja. Walaupun dah ada kelonggaran tapi Sk masih menyerahkan seratus peratus urusan membeli keperluan kepada Pak Inche.


Bila datang rajinnya, maka macam-macamlah lauk yang ada. 
Ketam Lemak Cili Api
Sambal Udang Petai
Kari2 kelmarin
Bihun Goreng pun ado.. hahaha.. semua ni masak sendiri dan ada yang dipanaskan.


30 April 2020
Setelah berpuluh hari berkurung, akhirnya Sk keluar ke kedai berhampiran rumah. Tengok ini supervisor, tido time kerja, patut ke tak patut??


Hari itu juga hari lahir Pak Inche. Iman kata, lama giler tak makan Choc Indulgence SR. Jadi, Sk pesan kek guna runner. Runner tolong belikan kek, upah RM10 termasuk caj penghantaran. Tak perlu keluar rumah, tunggu jer dia hantar sampai depan pagar.


Banyak jugaklah pesanan makanan dalam talian yang Sk buat sepanjang tempoh PKP Fasa 4 ni. Dah macam nak giler dah masa ni sebab hari-hari masak, hahaha. Ialah, SK kalau jemu masak, ajak Pak Inche makan luar tapi sepanjang tempoh PKP tak banyak pilihan, mesti kena masak jugak. Jadi, Sk ada tempoh bertenang la kalau ada hidangan sampingan macam Roti John ni, hahaha.


Masa ni, kecoh betul dengan persoalan "BOLEH SAMBUT RAYA KE TAK?
Siapa kata, tak boleh sambut raya. Orang kata, tak boleh buat rumah terbuka atau kunjung mengunjung, itu pun rakyat susah nak faham. Lepas tu macam terlarang la nak balik kampung. Ramailah yang meroyan, hahaha.


Sekali lagi kerajinan melanda. Bila dah naik sheikh tu, macam-macam menu yang keluar termasuklah kuih muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang..


Daging Bakar ala Thai. Disebabkan semua bahan sos, bahan yang dah difrozen, warnanya nampak tak cantik dan lebam tapi rasa masih power.


Pak Inche dan Iman peminat onde-onde Sk. Sepanjang bulan puasa rasanya tiga empat kali jugaklah berdiang tepi dapur masak onde-onde.


Kita dah buat onde-onde tapi dia boleh tambah lagi beli kuih dadar (ketayap/gulung), cekodok dan tako moden. Ya, adunan kuih tako tu diorang tuang macam tu jer atas pembungkus plastik kek kecik tu. Sabo ajelah.


Nampak tak, hari-hari ada kari, hahaha.
Yang depan tu semestinya ayam percik kegemaran Pak Inche yang dibeli, hehehe.


Akur dengan faktor ekonomi yang kian merudum semasa tempoh PKP, akhirnya Perdana Menteri mengumumkan pembukaan sektor ekonomi dan awam bermula 4 Mei 2020. Tapi masa ni, Sk belum dapat arahan jadual waktu anjal lagi. Pusat beli belah juga telah mula dibuka.


Kerajaan juga sudah membenarkan empat orang menaiki satu kenderaan. Bagaimanapun kelonggaran ini hanya untuk mereka yang tinggal serumah sahaja ya. Gambar di Johor Premium Outlet (JPO) yang ramai kongsi di facebook. 


Sk masa ni belum lagi terbuka hati untuk jalan-jalan ke Shopping Mall tapi bila mana kerajaan membenarkan untuk merentas daerah dan kelonggaran lebih 10 km, Sk terus ke rumah ibu di Senai. Masa ni, ibu Sk tak sihat, Alhamdulillah, sekarang kesihatan ibu dan beransur pulih dan semakin ceria. Kebetulan hari ke rumah ibu tu, tengah ABC jadi tengahari tu Sk pesan Japanese Cream Puff dengan jiran setaman yang Sk pernah cerita dalam kisah PKP sebelum ini.


Selepas 13 hari berpuasa, inilah antara lauk-lauk yang duduk dalam peti sejuk. Sk keluarkan semuanya untuk dipanaskan dan Sk cakap dengan Pak Inche, Sk tak masak, cuma masak nasi dan panaskan lauk semalam-semalam.


Sekali tu, dia punya akal lagi panjang daaaaaaaaa. Dia boleh pergi tapau Ikan Bakar Tip Top dua bungkus. Jadi, Sk panaskan dua lauk aje iaitu Tetel Gulai Minang dan Daging tu Sk dah perap sebelum ni, takut busuk pulak, jadi SK buat lagi sekali Daging Bakar Ala Thai.


7 Mei... Cik Embun ajak berbuka puasa rumah Angah, dia masak nasi arab. Entah cemana timbul idea, pukul 3 petang Sk mengadun tepung dan santan buat Nona Manis, hehe. 
Sekarang ni, mana gambar nasi arab???


Pagi-pagi Sabtu, dah pergi NSK Sunway Big Box, sekali dia buka pukul 10 daaaa.. haha.
Masa ni, Iman tak ikut, merungut-rungut dia tak diajak, hahaha.


Layankan budak merajuk, hari Ahad, babah bawa pergi Paradigm Mall. Mulanya macam risau jugak sebab tak tahu pintu mana yang boleh masuk, karang dah letak kereta tingkat atas kena turun masuk ikut pintu utama pulak, kan. Lega, setiap aras, ada satu pintu dibuka. Tapi, penatlah asal nak masuk kedai kena tulis nama, check suhu dan cuci tangan. Lepas masuk Kaison, ingatkan nak masuk Romantika tapi macam dah tak larat, cakap dengan Iman nanti kita datang lagi pergi Romantika, hahaha. 


Hari terakhir PKP Fasa Empat, Sk dan Iman berdua sahaja keluar lagi ke Paradigm Mall semata-mata nak pergi Romantika. Sebabnya nak cari langsir, huhu.. hari tu kan dah tak larat nak masuk. Tapi kali ini, kena park kereta di aras lima sahaja.


Tengok-tengok langsir di Romantika sebab hari tu borak-borak dengan ibu dalam bilik terpandang langsir siang (day curtain) tu dah koyak teruk dikerjakan kucing.. hahaha. Tapi, ada satu masalah, sebab semua day curtain ready made, saiz cecah lantai. Blackout curtain Sk pulak, tak cecah lantai, camno, takkan nak tukar blackout curtain jugak, macam sayang jer duit, hahah. Hati berkenan betul tengok French Pleats Curtain ni, huwa huwa huwa.


Sk dah kira-kira, empat keping day curtain ni ngam dah dengan ukuran tingkap bilik Sk.
Tapi... takkan nak potong pulak supaya sama panjang dengan blackout curtain yang asal. Kalau tak potong, maknanya kena beli blackout curtain lain uiii.


Iman kata, apa susah. suruhlah babah belanja. Amboi.. amboi.. amboi... dia pun plan nak tukar langsir bilik rupanya, dah berkenan dengan warna pink tu kisahnya.


Hurmmm.. lampu-lampu kat Romantika cantik-cantik pulak tu, guna bateri tak yah pening fikir wayar nak cucuk mana. Ialah, takkan nak pakai extension wire kan.


Berkenan jugak bantal bulat ni. Sejak masuk 40's ni kenapa jiwa ni macam mak-mak sangat ek, hahahaha. Nantilah, fikir dulu.. duit memang tengah banyak, baaaaaaaaaaaaaanyak sangat, kahhhhhhhhhhhhh!

Bersambung...
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. banyak betul gambar makanan sedap kak seri. lapar saya dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Hahahaha lampu tu kita beli sampai 3 bijik Kak, satu bilik satu kat atas tu, amat pun redho aje di beri lampu tu...sampai sekarang ye laa lupa nak tangkap gambo lomantik guna lampu tu hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kenapa la mula2 baca bab makan..pas tu sampai akhir entry bab lain plak yang bleh buat kita meroyan gak ni...

    ReplyDelete
  4. Cantik bantal tu, bukan mak2 pun suka rasanya hehe

    ReplyDelete
  5. Ni semua akan dikenang sepanjang hayat...tapi lauk-pauk tu memang sedap

    ReplyDelete
  6. ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
    menangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!