Assalamualaikum WBT
HARI ni kita korek lagi gambar apa ada dalam galeri yang belum masuk dalam blog. Hari ni bolehlah santai sikit sebab banyak kerja dah siap. Minggu ni tak ada kumpulan pelajar yang keluar Latihan Industri (LI) atau tamat pengajian tapi minggu depan ada dua kumpulan pelajar balik dari LI. Itupun pada 15 haribulan dan semua dalam keadaan sedia, jadi tak runsing, hehehehe. Hurmm.. lambat lagi nak 15hb apa lagi 25hb. Rindu gajiiiii... hahahaha.
Ni kisah sebelum puasa, Iman bawa makan malam di port dak-dak UTM. Restoran ni terletak di Taman Universiti, memang jadi tumpuan la ditambah lagi harga makanannya yang berpatutan dengan portion yang besar.
Belek-belek menu.. macam tak berapa kena dengan selera remaja purbakala macam PI, hahahaha. Ada juga menu set untuk lebih dari dua pax, yang datang ramai-ramai tu bolehlah tong-tong!
Sementara tunggu makanan siap, Sk dan Iman ke Kafe Oh Mini Cakes yang terletak sebaris dengan restoran.
OMC ni viral dengan cream puff pelbagai flavour. Tapi, masa kami datang ni banyak flavour sedap yang dah habis. Sk lupa pulak nak ambil pic. Gambar makanan yang dibeli pun lupa nak ambil, hihi.
Buka dari hari khamis hingga selasa, 12 pm hingga 10 pm. Maknanya dia tutup hari rabu la kan.
Berbalik ke Restoran Dapur 3 Dara, Sk pesan Mee Kari. Nak kata sedap tu, bolehlah.. tak mengecewakan.
PI makan Cantonese Kuey Teow. Ni pun okey.
Cendawan Inoki Goreng Tepung. Ni tak habis, Sk sorang jer makan, Iman makan sikit sebab...
Dia makan set Nasi Putih dengan Sotong Goreng Tepung ni. Sambal dia memang pedas berapi ek. Patutlah ramai dak-dak U suka makan kat sini. Sekarang ni, bukalah kedai tajuk sambal, memang laku!
SA kan pelik la student2 ni semua suka makan pedas ye..sama ngan Nia...evrytime order makanan mesti pedas2...pelik...hahaha...nampak sedap la makanan Iman tu....
ReplyDeleteCOmel kafenya
ReplyDeleteCantonese Kuey Teow tu nampak meriah betul kuahnya!
ReplyDeleteCendawan inoki goreng tu sedap diratah ye SK.