Assalamualaikum WBT
WAHHHH.. Sk busy dari pagi ya. Memandangkan bulan lepas ada beberapa kumpulan pelajar yang menamatkan pengajian dan ada jugak yang keluar menjalani Latihan Industri, hari ini baru nak update. Maklumlah, minggu akhir sebelum Cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas tu kan, minggu pura-pura kerja, hahahah. Yassalammmm.. jangan tiru adegan ini, okey!
Sk korek-korek gambar dalam galeri hp ni, baru teringat belum cerita lagi kisah makan di Mak Ramlah Seafood Telok Sengat. Iman kata, kedai nenek ni, Ramlah, hehehe. Ni asalnya bukan nak makan kat sini, tapi tempat yang kami nak pergi tu, tutuplah pulak, tak ada rezeki. Jadi, teruslah tuju ke Medan Selera Telok Sengat yang popular dengan masakan laut ni.
Selain tu ada juga menu pelbagai nasi lemak dan nasi goreng berlauk. Meh tengok kami makan apo!
Siput Gong Gong Black Pepper (RM30)
Ni pertama kali kami makan masak lada hitam, biasanya makan yang kukus cicah sos. Tapi dekat sini, staf dia syorkan untuk cuba masakan ni. PI la yang suka sangat siput Gong Gong ni, Sk makan seekor dua jer la, macam tak fresh sangat siputnya, bila kita tarik keluar, durinya terus tercabut, kena guna lidi. Tu takpa, bila dah keluar, tinggal separuh aje isinya, terputus dua badan siput tu. Kalau siput yang fresh tu, kita tarik durinya terus keluar isinya masih kenyal dan utuh.
Telur dadar pun ambil jer gambar. Ni sebelum puasa, tak tahu la kenapa masa puasa tuari malas benau nak pegang handphone ambil gambar. Telur dadar dia macam kita goreng kat rumah la, siap bawang semua. Sekeping ni RM6.
Kailan (RM6). Murahlah harga sayur dan telur. Biasa kalau kat restoran seafood, harga sayur dan telur dadar boleh cecah RM15.
Asam Pedas Ikan Merah. Sekali hirup kuahnya terus teringat masakan nenek, kata Iman. Sedap.. betul-betul sedap di tekak kami. Walaupun dah nak dua bulan makan kat sini, masih teringat-ingat kesedapan kuah asam pedasnya tu.
Masa pesan asam pedas tu, PI request nak ikan goreng. Staf tu cadangan, separuh goreng dan separuh masak asam pedas. PI minta gorengkan bahagian ekor. Ni dia kira lamsam terus harga seekor ikan, RM95.
Sotong Telur Masin (RM30). Ni tengok rupa pun dah tahu, Sotong Telur Masin dia buat.. tak jadik! Hihihi. Yang ni tak habis makan, kami tapau bawa balik.
Kota Tinggi
Tempat jatuh lagi dikenang ni!
Total. Tak tahu la kenapa PI giler makan asam pedas sekarang, hihihi. Sejak puasa sampai raya, entah berapa kali Sk masak asam pedas. Ada asam pedas ikan, ada asam pedas ayam, cuma tak ada gambar, hehehe.
Tapi, kalau dah mamu tu, mamu jugak. Malam-malam, tetappppp nak tosei cicah kari kambing, hahahaha.
Menu yang dipilih semua nampak sedap.
ReplyDeleteaissh terbayang2 pula makan siput gonggong bujang firefly..
ReplyDeleteSuka telur dadar letak bawang cili gitu. Teringat telur dadar arwah mak...
ReplyDeleteBest la dekat sana, banyak restoran seafood best² w affordable price
Uwaaaah sedapnyaaaaa 😍😍😍😍. Kalau seafood memang favorit saya kak. Tp sayng pula siput gong gong tak seberapa fresh yaaa. Saya pernah makan ini juga. Awal2 geli, tapi suka.
ReplyDeleteTrus kalah seafood pakai bumbu telur asin, memang mantaaap lah. Menjilat jari bumbunya 😄😄
tak pernah makan siput gong tu. selalu nampak orang masak. macam confuse cara makan tu macam mana. kulitnya nampak keras.
ReplyDeleteAsam pedas tu nampak mengoda lah kak, dapat lak ikan yang fresh kan.
ReplyDelete