MASAK-MEMASAK DI BULAN PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum WBT 


BELUM habis lagi cerita di bulan puasa tahun ini. Blogger otai dah blog pasal puasa enam dah, Sk uiiii, hihihi 


Puasa kali ni, Sk langsung tak berbuka di hotel. Jangan kata berbuka puasa di hotel, pergi Preview Buffet Ramadan pun tidak. Maaf ya kepada beberapa rakan PR yang Sk tolak undangannya. Dah beberapa tahun cakap nak pencen buat review, tahun ini Sk kotakan. Dah tak larat nak ambil gambar di buffet line, nak nak pulak kalau ada 200 menu. Kalau setakat ambil gambar makanan atas meja sendiri tu, no problem, hehehe. Bulan puasa tahun ni jugak, boleh dikatakan lebih banyak masak lauk sendiri dari beli di bazar. Kalau kuih-muih tu memang PI beli di bazar sajalah.


Tapi, tu laaa.. banyaknya tak ambil gambar jadi tak ada la bukti, hihi.



Gali-gali dalam galeri, nasib ada gambar berbuka dengan lauk ketam ni haaa. PI request Ketam Masak Sambal, Sk pulak dah jemu makan sambal. Ketam tu PI beli empat ekor, dua ekor Sk buat masak lemak cili api. Ni dua hari berturut-turut la makan, bukan habis sekali arung.


Kerang rebus favourite PI, ratah jer cicah dengan sos Thai. Dulu masa kecik-kecik selalu tengok Along tukang rebus serai macam ni, campak serai, bawang hiris dan garam jer dalam kuali, hihi.

Hurmm.. punyalah tajuk MASAK-MEMASAK, tapi ada dua keping jer gambar??? Hahahaha.


Masa sahur pulak, lagi la tak ada gambar sebab tak bawa handphone ke dapur. Biasanya sahur kami, Sk panaskan lauk berbuka jer dan kadang-kadang PI beli martabak dari bazar untuk sahur. Pagi tinggal panaskan. Kadang makan apa yang ada jer Sk ni, yang belen-belen semalam. Setiap sabtu jugak, Sk dan PI sahur di Restoran Thoufeeq. Aaa.. ada terselit ni gambar sahur makan nasi goreng Thoufeeq. Ni la sekali Sk teringin nak makan nasi goreng, biasa makan roti telur atau tosei. PI cam biasalah, tosei cicah kari kambing, hehehe.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap kalau menu makanan laut ni. Memang favourite la.

    ReplyDelete
  2. saya langsung tak ada gambar masak bulan puasa,mambang malas menempel kuat sangat walau mambang lain dah kena ikat

    ReplyDelete
  3. Pada saya, isi ketam lebih sedap berbanding lobster 🦞 hihihi.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ketam..hari tu beli ketam x penuh sangat isinya...nanti nak beli lagi la...

    ReplyDelete
  5. Uncle kerang rebus tak yah pakai sos pun... terus ratah cam tu je

    ReplyDelete
  6. lama tak rebus kerang. malas nak mencuci kulit kerang tu.

    ReplyDelete
  7. Kenapa kerang rebus SK cantik kejadiannya? Huhu .. ada tips ke?

    ReplyDelete
  8. Teringat masa kecik, kalau ada menu kerang rebus. Makan dulu dengan kuah kerang tu pastu kopek kerang kumpul banyak2 pastu cicah sos cili hehehe.

    ReplyDelete
  9. ammi kalau berbuka dengan ketam confirm lepas buka gi solat dulu pastu baru amik nasi. kalau tak sekian jam nak kelebet ketam tu. mau juga terlepas maghrib

    ReplyDelete
  10. Dulu saya semangat tiap malam di suatu tempat, foto semua makanan. Tapi makin berusia, jadi malas kak. Lebih sering nak makan tanpa gangguan apapun, termasuk foto dan hp. Ntahlaah, mungkin memang di usia kita skr nih, dah macam itu yaa 😄. JD pengin fokus menikmati saja

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!