Assalamualaikum WBT
BELUM habis lagi cerita di bulan puasa tahun ini. Blogger otai dah blog pasal puasa enam dah, Sk uiiii, hihihi
Puasa kali ni, Sk langsung tak berbuka di hotel. Jangan kata berbuka puasa di hotel, pergi Preview Buffet Ramadan pun tidak. Maaf ya kepada beberapa rakan PR yang Sk tolak undangannya. Dah beberapa tahun cakap nak pencen buat review, tahun ini Sk kotakan. Dah tak larat nak ambil gambar di buffet line, nak nak pulak kalau ada 200 menu. Kalau setakat ambil gambar makanan atas meja sendiri tu, no problem, hehehe. Bulan puasa tahun ni jugak, boleh dikatakan lebih banyak masak lauk sendiri dari beli di bazar. Kalau kuih-muih tu memang PI beli di bazar sajalah.
Tapi, tu laaa.. banyaknya tak ambil gambar jadi tak ada la bukti, hihi.
Gali-gali dalam galeri, nasib ada gambar berbuka dengan lauk ketam ni haaa. PI request Ketam Masak Sambal, Sk pulak dah jemu makan sambal. Ketam tu PI beli empat ekor, dua ekor Sk buat masak lemak cili api. Ni dua hari berturut-turut la makan, bukan habis sekali arung.
Kerang rebus favourite PI, ratah jer cicah dengan sos Thai. Dulu masa kecik-kecik selalu tengok Along tukang rebus serai macam ni, campak serai, bawang hiris dan garam jer dalam kuali, hihi.
Hurmm.. punyalah tajuk MASAK-MEMASAK, tapi ada dua keping jer gambar??? Hahahaha.
Masa sahur pulak, lagi la tak ada gambar sebab tak bawa handphone ke dapur. Biasanya sahur kami, Sk panaskan lauk berbuka jer dan kadang-kadang PI beli martabak dari bazar untuk sahur. Pagi tinggal panaskan. Kadang makan apa yang ada jer Sk ni, yang belen-belen semalam. Setiap sabtu jugak, Sk dan PI sahur di Restoran Thoufeeq. Aaa.. ada terselit ni gambar sahur makan nasi goreng Thoufeeq. Ni la sekali Sk teringin nak makan nasi goreng, biasa makan roti telur atau tosei. PI cam biasalah, tosei cicah kari kambing, hehehe.
Sedap kalau menu makanan laut ni. Memang favourite la.
ReplyDeletesaya langsung tak ada gambar masak bulan puasa,mambang malas menempel kuat sangat walau mambang lain dah kena ikat
ReplyDeletePada saya, isi ketam lebih sedap berbanding lobster 🦞 hihihi.
ReplyDeleteSedapnya ketam..hari tu beli ketam x penuh sangat isinya...nanti nak beli lagi la...
ReplyDeleteUncle kerang rebus tak yah pakai sos pun... terus ratah cam tu je
ReplyDeletelama tak rebus kerang. malas nak mencuci kulit kerang tu.
ReplyDeleteKenapa kerang rebus SK cantik kejadiannya? Huhu .. ada tips ke?
ReplyDeleteTeringat masa kecik, kalau ada menu kerang rebus. Makan dulu dengan kuah kerang tu pastu kopek kerang kumpul banyak2 pastu cicah sos cili hehehe.
ReplyDeleteammi kalau berbuka dengan ketam confirm lepas buka gi solat dulu pastu baru amik nasi. kalau tak sekian jam nak kelebet ketam tu. mau juga terlepas maghrib
ReplyDeleteDulu saya semangat tiap malam di suatu tempat, foto semua makanan. Tapi makin berusia, jadi malas kak. Lebih sering nak makan tanpa gangguan apapun, termasuk foto dan hp. Ntahlaah, mungkin memang di usia kita skr nih, dah macam itu yaa 😄. JD pengin fokus menikmati saja
ReplyDelete