Assalamualaikum WBT
SYUKUR kepada Allah swt, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan, esok, Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul sebagai juara Piala Malaysia 2026 (musim 2025/2026) selepas menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0, malam tadi. Perlawanan akhir edisi ke-99 ini telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Nampaknya, cuti berselang harilah bangsa Johor. Isnin cuti, selasa kerja, rabu cuti lagi sempena Hari Raya Aidiladha.
Kawan Sk bagi buah mangga besar gedabak isnin tuari. Masa dia bagi tu, mangganya belum cukup masak lagi, Sk simpan dalam beg recycle tu. Semalam, tiba teringat, sedapnya kalau buat Pulut Mangga. Sk periksa buah mangga, masih hijau lagi tapi ada bahagian yang macam dah lembut sikit. Agaknya ini buah mangga masak hijau.
Sementara mengukus pulut, Sk buatkan santan untuk diarung dengan pulut. Tak buat banyak pun, cuma 2 cup pulut jer buat lepas teringin nak makan Pulut Mangga. Ini Sk bancuh santan kotak dengan air masak, garam dan gula.
Buat sos untuk pulut mangga. Sukatannya asal boleh aje la, santan kotak bancuh dengan air, garam sedikit, gula dan tepung beras.
Mangga tadi ada 'orang' lah pulak. Kalau dulu-dulu mahu Sk melompat, sekarang rilek aje buang. Mangga potong dadu.
Malam baru makan pulut mangga. Siang tu makan nasi dengan Asam Pedas Ikan Pari dan ikan senangin goreng ala Kedai Asam Pedas Botak.
Suka sos pekat-pekat macam ni. Dua mangkuk jugaklah melayan dengan PI, hehehe. Tapi tak puas hati dengan kejadian pulut tu. Silap sendiri tergesa-gesa memasak, pulutnya tak direndam dulu, menjadikan tekstur pulut sedikit jelatah. Jadinya, lama la proses masak pulut tu supaya tidak mentah. Lain kali kena rendam jugak, jangan kelam kabut nak cepat siap.
Makan tengahari kami semalam, lauk ikan senangin goreng.
Kalau di Kedai Asam Pedas Botak, ikan senangin goreng selalu dilawankan dengan Asam Pedas Ikan Merah. Tapi ni, Sk masak Asam Pedas Ikan Pari.
Ada asam pedas, kena ada telur dadar.
Telur masin dari majlis perkahwinan anak Blogger Sinar Kehidupanku, Kak Nor Hayati Ramlan.
Iman kata, susah nak diet sebab bonda masak sedap. Hurmmm.. masak sedap salah, masak tak sedap lagi salah la pulak nanti, kan.. hihihi.
Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat.
Kita jdt jugak, tapi tak dapat cuti.
Sedapnya pulut mangga. Nanti try masak pulut dalam rice cooker je. Lepas tu kukus sekejap je dalam 5minit je. Tak perlu rendam. InsyaAllah lembut je Cie dah banyak kali buat. Sukatan air sama je dengan pulut. Kalau pulut secawan, air pun secawan.
ReplyDeletebesar mangga tu...fav pulut mangga...jumaat farewell aritu ada juga menu pulut mangga
ReplyDeleteTak payah diet la Iman, rugi sebab airtangan bonda sedap :D
ReplyDeleteBesar betul mangga tu 😍
Setuju dengan Iman.. susah nak diet bila makanan sedap2 macam ni terhidang atas meja 😅
ReplyDeleteTengok pulut mangga di sini teringat banyak menu Mama Cella di sanun yang suka hidang pulut dengan macam-macam termasuklah pulut cempedak!
ReplyDeleteWah.. pulut mangga masak sendiri je. Untung Iman, bonda pandai memasak. Kita geram kalau ada asam pedas, mesti nak cicah roti.
ReplyDeleteApa lagi kene buat lagi tu nanti kak oi... dana pun suka santan yang pekat2 baru ngam
ReplyDeleteMemang besar gedabak sungguh mangga nya... kalau jatuh atas org tu mau pitam huhuuu..
ReplyDeleteWaah bagusnya diksh libur Krn JDT juara yaaaa 🥳.
ReplyDeleteMemang besar sangat mangganya, liat buahnya setelah dipotong pun dah terbayang manis. Langsung ingat mango sticky rice Thai 😍. Ini fav saya sangat.
Asam pedas ikan pari paling sedap laaah. Krn saya suka tekstur ikan pari. Apalagi durinya tak menyusahkan
Aiiih telur nasibnya Masir di bagian kuning yaa 😍😍😍😍.macam itu yg paling sedaaap.
Wah, besar betul buah mangga tu! Rezeki betul dapat kawan baik hati bagi. Walaupun SK kata pulut tu jelatah sikit sebab kelam-kabut tak sempat rendam, tapi nampak sos santan pekat tu terus rasa terliur sangat. Patutlah Iman kata susah nak diet, kalau menu macam ni hari-hari terhidang, sesiapa pun boleh tewas! SA pun boleh tewas..Hehe
ReplyDelete