Assalamualaikum WBT
MASIH belum terlambat untuk Sk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua pembaca dan rakan blogger Alam Sari di Tanah Jauhar. Raya haji tahun ini tentu banyak cerita dan kenangan baharu tercipta. SK doakan, apa pun cerita dan kenangan semoga ianya indah belaka. Yang baik jadikan tauladan, yang kurang baik kita jadikan sempadan.
Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 6, kolej mengadakan Program Ibadah Korban dan tahun ini program melapah dan membahagikan daging korban dibuat pada Hari Raya Haji ke 2 iaitu 11 Zulhijjah 1447H/ 28 Mei 2026 (semalam).
Rezeki Allah swt, tahun ini, Iman dapat mengambil satu bahagian korban dari satu ekor lembu. Harga bagi satu bahagian lembu, RM850. Seperti sebelum-sebelum ini, kami melaksanakan ibadah korban bersama Perbadanan Islam Johor (PIJ) Manufacturing Sdn Bhd di mana semua urusan penyembelihan dilakukan oleh pihak pengurusan PIJ. Bagaimanapun, wakil kolej ada bersama ketika penyembelihan dilakukan.
Ini gambar lembu yang dikorbankan. Gambar ini diambil beberapa bulan sebelum la tapi. Nanti kita jumpa di syurga ya.
Setelah disembelih, lembu akan diasingkan kulit dan organ. Lembu akan dipotong kepada empat bahagian. Ini bahagian satu.
Bahagian 2.
Bahagian 3.
Bahagian 4. Kesemua bahagian lembu ni digantung dan dilapah kepada bahagian yang besar dahulu.
Kepala.
Empat batang kaki lembu diasingkan.
Ekor lembu.
Tahun ni tak ada siapa yang sanggup nak mengerjakan kepala lembu, jadi, kami tanam terus. Empat batang kaki pun semua dalam grup lembu Iman tak nak ambil, jadi Sk ambil. Bahagian organ lembu seperti limpa, hati dan paru, kami timbang dan bahagi 7, begitu juga dengan ekor lembu, timbang dan bahagi 7. Yang mana terkurang terlebih tu mohon dihalalkan.
Tahun ini seramai 21 peserta mengambil bahagian korban iaitu sebanyak 3 ekor lembu. Alhamdulillah, ramai yang datang membantu walaupun ramai yang merancang untuk bercuti panjang. SK kurang pasti sistem melapah dan mengagih lembu di pusat lain contohnya masjid atau surau. Ni Sk kongsikan cara pengagihan di kolej. Di sini kami akan lapah seekor lembu sehingga selesai bahagian tulang, barulah lembu kedua pulak akan digantung dan dilapah. Selesai lembu kedua, barulah kita kerjakan lembu yang ketiga dan seterusnya.
Daging yang sudah dilapah ke bahagian yang besar tu, kemudian dipotong kecil sebesar setengah tapak tangan. Yang lemak-lemak tu kita buang dan tanam.
Ia kemudian dipekkan dalam bekas plastik. Dalam bekas ni kami campur-campur semua bahagian daging pada seekor lembu seperti batang pinang, bahu, betis dan lain-lainlah. Jadi, janganlah mintak, aaa.. saya nak daging tenderloin semua, boleh tak? Tak la ek, tak aci, hihihi.
Daging-daging kat bahu ke, dada ke, yang berhampiran tulang rusuk ni semua kita ambil dan bahagian dalam peket pembungkusan untuk agihan.
Tulang-tulang ini kemudian dipotong lagi ke bahagian yang lebih kecil dan ditimbang jugak.
Setelah selesai memotong dan menimbang..
Berat keseluruhan daging lembu no 1023
Total 85kg daging sahaja dibahagi 3 iaitu untuk:
1/3 asnaf 29kg (29 bekas)
2/3:
1/3 jiran/saudara 28kg (28kg/ 7 = 4kg)
1/3 sendiri 28kg (28kg/ 7 = 4kg)
1/3 Daging korban bahagian asnaf diagihkan oleh pengurusan korban.
2/3 bahagian diberi kepada peserta, setiap peserta menerima 8 kg (8 bekas). Setiap peserta sedekahkan 1kg untuk agihan kepada staf.
Setiap peserta juga dapat 1kg x 7 tulang setiap seorang. Terpulanglah nak bagi pada siapa tulang-tulang tu.
Bos terangkan pembahagian daging korban. SK harap post ni dapat beri pencerahan kepada mereka yang buat pertama kali melakukan ibadah korban atau mungkin ada yang berniat untuk melakukan ibadah korban tahun depan.
Ni dah lembu ketiga la tak silap masa ni. Seronok pun iya, penat pun iya.
Antara daging yang akan dibahagikan kepada asnaf dan staf.
Alhamdulillah, ramai yang menyumbang tenaga tahun ini. Terima kasih semua yang terlibat dan sanggup mengorbankan dari mengambil cuti.
Selesai ibadah korban tahun ini. Semoga direzekikan lagi untuk mengambil bahagian tahun depan. Dapatlah berkongsi dengan jiran dan saudara terdekat.
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga ibadah kita diterima
semoga semuanya diberkati.
ReplyDeleteEid Mubarak SK, PI & Iman 🤍
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah ibadah korbannya. Semoga Allah SWT terima amalan korban kita hendaknya.
meriah sama2 bekerjasama dlm menjayakan program ibadah korban...
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok tengok gotong-royong ibadah korban ni. Harap tahun depan saya dapat join.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah SK dan warga kolej atas kelancaran Program Ibadah Korban siri ke-6 ni. Walaupun ramai yang cuti panjang, meriah tengok semua tetap pakat datang menyumbang tenaga kerja. Terima kasih juga SK sebab sudi kongsi cara pengiraan dan agihan daging dengan detail. Sangat berguna buat mereka yang baru pertama kali nak join atau uruskan korban tahun depan. Semoga ibadah korban Iman dan semua peserta diberkati dan diterima Allah SWT. Amin..
ReplyDelete