LAHIRNYA LITTLE YAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
Dhiya Elena Binti Mohd Khairul Faizi

ASSALAMUALAIKUM wbt

ADALAH dikisahkan…

Pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.” Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.” Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?” Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.”

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.” Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu.”Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran. Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?” Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.

Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Wallahualam.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara:

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu

4) Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

kredit untuk:

https://www.facebook.com/notes/kejuruteraan-insaniah/perbualan-seorang-bayi-sebelum-kelahiran/168468039867318#!/pages/Kejuruteraan-Insaniah/186067101423416

Tahniah buat sahabatku, yang begitu tidak pernah berkira denganku, yang selalu ada di sampingku, kini kau telah bergelar ibu. Jalankanlah tugas yang telah lama kau idam-idamkan ini dengan penuh rasa kasih terhadap anakmu. Paling aku terharu, kerana kamu ingin memanggil anakmu dengan nama yang sama dengan anakku.

Nota : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran ke 31 buat Siti Rahayu Abdul Rahman blogger CITARASA RINDUAN, kita akan kekal sebagai sahabat.. itulah janjiku di hari lahirmu, insyaAllah.

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. comel nya yaya~~siap kenyit lagi~he~~

    ReplyDelete
  2. Tulah, Bujal.. pandai dia kenyit mata. Eh! Jwpn kpd soalan awk tntg cheese powder tu, akak jwb 7 hari lagi ya, buat eksperiment dulu, hihi.

    ReplyDelete
  3. wah..
    ayu ada kembar, tapi lain tahun..

    kalau serupa dengan nama kak yus.. tang mana eik>?

    cer...cer katakan..

    PS; yang last sekali itu buatkan ayu menitiskan air mata.... terima kasih kerana sudi berteman dengan ayu

    ReplyDelete
  4. salam aidil adha...
    comelnya baby...moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah

    ReplyDelete
  5. salam kenal...comelnya baby, semoga dia membesar dgn sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt...Amin..
    Liza follow yer..

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat yg dpt baby baru... dan terima kasih kerana berkongsi cerita ini...

    Sedih membacanya... kerana 'malaikat' akak telah meninggalkan kami semua setelah tugasnya sebagai pelindung kami telah selesai...

    ReplyDelete
  7. amek berkat..aminnnnn adinda kusss

    ReplyDelete
  8. Salam kenal dan tahniah utk sahabat awak ya Sari :)

    Wah! Junior Yaya's

    Salam Aidiladha utk Sari sekeluarga :)

    ReplyDelete
  9. TQ for sharing such a beautiful; story Sari. Pelum cium utk si kecil....sedapnya bau baby.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!