NAMA SAYA S

Seri Kandi Tanah Jauhar
31
ASSALAMUALAIKUM wbt

SEJAK sekolah rendah nama pemberian kedua ibu dan bapa saya adalah antara nama yang paling popular di sekolah. Bukan kerana saya budak paling pandai atau selalu pecah rekod sekolah atau budak paling nakal tetapi kerana kesukaran orang yang mengeja untuk menyebut nama saya. Jadi, kalau nampak bibir cikgu tu macam terjuih-juih nak menyebut nama, saya dah tahu tu tentu nama saya, hahaha. Kalau masuk dalam kursus dan sebagainya pun begitu juga. Pergi klinik pun sama padahal rasanya bukanlah susah, mungkin orang dulu-dulu selalu jumpa nama yang mudah jadi bila jumpa yang pelik sikit mulalah terbelit lidah.. hihi. Tapi sekarang saya tengok dah tak ramai yang susah nak sebut nama saya, mungkin orang sekarang ni dah mahir mengeja.. uhuk!





S Binti Rusli???



Mula-mula saya terpandang nama S ni semasa kempen pilihanraya di sebuah kampus. Ternganga sekejaplah bila terpandang nama si S ni yang merupakan salah seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Saya tengok nama S, lepas tu saya tengok pula nama calon yang lain. Mula saya fikir, mereka letak nama gelaran tapi mustahil pula sebab nama calon mesti ditulis penuh. Saya terus jer mesej seorang pelajar untuk mengetahui tentang kebenaran nama S ni. Masa tu memang tak terfikir nak bertanya terus dengan Unit Akademik.

Betul, puan. Nama dia memang huruf S tu jerlah. Puan 'add'lah dia kat facebook, cari nama Ayang Joy.

Naluri seorang wartawan masih kuat mengalir rupanya (saya pernah bekerja sebagai wartawan sambilan di Harian Metro, Berita Harian dan Majalah Citra tau..). Maka teruslah saya tambah Ayang Joy ni sebagai rakan di facebook. Tak tunggu lama, S menerima permintaan saya.. hihi. S, tulah sebab saya add awak, jangan mara eaaaaaa..




Lama saya mengambil masa untuk bertanya dengan S. Macam serba tak kena jer sehinggalah suatu hari saya menyatakan permintaan saya kepada S untuk menuliskan kisah nama S ni dalam blog saya.. hihi.

Ini adalah jawapan S bila saya nyatakan hajat saya tu..



  • hehehehe... nak wat buku ker?? name saye panjang la.. hehehehe.....

  • saye pun x taw sejarah nape name mcm tu..

  • ayah just bgtaw.. die nak letak name saye SABARINA.. tapi ibu kate panjang sgat.. so,, diorang buang satu huruf belakang tu..

  • jadi SABARIN,

  • SABARI

  • SABAR

  • SABA

  • SAB

  • SA

  • S

  • tu yang dpt name mcm tu..

  • hehehe

  • lgpun ayah kate, kalau name panjang2 pun nnty pangil dgn name pendek jugak..

  • mungkin ade sejarah lain yang saye x taw..

  • saye takut nak tanye... hehehehe



Sepatutnya nama S ni dah boleh masuk dalam Malaysia Books Of Record, betul tak? Kalaupun tak boleh masuk peringkat dunia.. hehe. Apapun.. kata orang apalah ada pada nama, kan. Untuk S, terima kasih kerana sudi memberi kerjasama. S siap bagi gambar lagi, sayannnnnnnng S.

Sebenarnya, ada 5 keping semuanya gambar yang S bagi, tapi line internet tersangatlah menyiputbabikan diri hari ni, nanti bila line clear, saya masukkan gambar-gambar dokumen S yang lain ya..


Tags

Post a Comment

31Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ingatkan cerita tentang tuan punya blog tadi.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Eh! Eh! Ingatkan mata tersalah pandang..

    Ini betul-betul!!

    Sari sayanggg.. org yang namanya bermula dari huruf S.. istimewa tawww hik3 :D

    Macam Sari..

    Me Sabariah..

    Sungguh! ngeeeee :D

    Salam kenal buat S ya :)

    ReplyDelete
  3. Zefa, hehe.. cerita anak buah tuan punya blog, hihi

    ReplyDelete
  4. Oeya, Yes!! u r right babeh! Kita mmg insan2 yg istimewa kan... mwahhhhhhh!!

    ReplyDelete
  5. panggil pun senang..
    dulu dk serumah dengan kawan yang nama panjang..sekali dah kawen..suami dia panggil huruf awal je..R..
    kalau S tu memang dah nama dia kan..

    ReplyDelete
  6. SABAR sungguh dia..hehehhe..
    simple name.. ;)

    ReplyDelete
  7. ala. saya kalah la gini. sebab nama saya GB. heheh~

    ReplyDelete
  8. buat pengetahuan adinda kusss
    dlm tentera juga ada sorg pegawai lelaki bernama Z SAHAJA....berpangkat macam abg juga.. kamii semua hairan ingt kan zakaria ker apa ker..isteri dia kwn kak, biz kuih muih...jadi mereka berdua boleh dipasangkan dlm BOR M...

    ReplyDelete
  9. wahh...uniknya nama dia,btl la kak yus blh masuk dalam malaysia books of record nih...

    ReplyDelete
  10. aa igt citer pasal kak sari tadi..tapi memang pelik kan..S aje..abis tuh org panggil dia S la ek

    ReplyDelete
  11. S...terinagt kat sekolah dulu,classmate bernama Zah...cikgu2 panggil Zah..kita org pakat2 gelak hehe...

    oppss..smp sekarang akak masih tergeliat lidah nak sebut nama YUSA SARI hehe

    ReplyDelete
  12. kak..
    ayu ambil kesimpulan yang namanya S mmg istimewa..

    like me, SIti.. hahahahha

    thanks syer ttg kisah S.. mmg istimewa.. orang jb juga kan>>

    ReplyDelete
  13. Yus, wahhhh.. glamer dulu yer dari sekolah lagi.. Naz boleh sebut nama you Yus..heheheh.. Tak tergeliat lidah..

    ReplyDelete
  14. Acik Erna, hehe.. ok jugak tu panggil R aje, yg ni mmg nama dalam surat beranak, S.. unik, kan

    ReplyDelete
  15. gadisBunga, haha.. memang kalah dah tu pasal terlebih satu huruf, hehe

    ReplyDelete
  16. Kak Ilah JY, wow! Z tu slalu dijadikan nama manja, ni nama betul ya.. mesti ada lagi insan yang namanya satu huruf jer selain S dan Z nikan..

    ReplyDelete
  17. bujalX, tulah.. kelakar baca sejarahnya tu, hihi

    ReplyDelete
  18. Mamamya, sepatutnyakan, dah bleh msuk MBOR.. hehe

    ReplyDelete
  19. SitieZahim, memang kawan2nya panggil S aje, dah tak bleh panggil lain nama lagi dah, hehe

    ReplyDelete
  20. Kak Kam, Yusa Sari tu sebenarnya bukan nama sebenar, kalu nama sebenar, kena pi urut dulu lidah tu, hehe..

    ReplyDelete
  21. Citarasa Rinduan, Ya Ayu, org JB, nama Siti memang istimewakan..

    ReplyDelete
  22. Naz, tapi kalu sebut nama kau, memang tergeliat lidah aku sbb byk sgt huruf D dan Z, hihi

    ReplyDelete
  23. ringkasnya nama...huruf S saja, senang nak isi borang, memudahkan kerja kan.

    ReplyDelete
  24. Hihi..unik nama dia kak.'S' aje.Classmate yana dulu, nama ayahnya pun unik juga.Setiap kali cikgu nak sebut nama dia sure akan terhenti selepas 'binti' (pastu muka berkerut2 nak sebut nama bapaknya).

    Kata kawan yana, asalnya atuk dia nak bagi nama Piee.Tapi orang dulu2 kan tak pandai eja sangat, maka terjadilah nama Pea'ai.

    ReplyDelete
  25. kak masa kuta skolah rendah dulu ada budak junior nama dia "N" hahhaha aku pun jakun jap ms tu nama dia satu huruf je

    ReplyDelete
  26. Kak Zu, kita masih terhegeh2 isi borang, dia dah siap, hehe

    ReplyDelete
  27. Zuliana, haaa, yg tu bru terbelit lidah, hihi

    ReplyDelete
  28. Lelord, haaa, mcm mula2 akk tengok nama S nilah, jakun betul, haha

    ReplyDelete
  29. s je?
    simple betul
    nice jgk tu kan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!