ASSALAMUALAIKUM wbt
KENYANGNYA makan nasi berlaukkan Ayam Masak Lemak Cili Api tadi, cuma tak pedas, jadi kuranglah umphnya. Ditambah pula dengan sambal berlado.. aduh, nasib baiklah beli kat kantin, kalau masak sendiri alamat bertambah-tambahlah nasi. Jadi apa yang yang ada dalam polisterin tu, walaupun rasa macam tak cukup terpaksa juga terima ketentuan takdir, banyak tulah rezeki hari ni.. hehe. (silapnya tadi ambil nasi sikit, nak diet kunun-kunun.. muahahaha)
Ramai yang ingat saya berdiet tau, tak tahu.. saya ni kalau makan memang tak ingat dunia, sedar-sedar jer terlebih sudahhhhh!! Macam malam tadi, ada ke patut, di saat jarum panjang jam tegak kat angka 6, jarum pendek dah antara 11 ngan 12, pada masa yang sama dalam hati dok kata, alahhhhhhh.. bukan selalu.. saya doklah mengadap kek karemel ni sorang-sorang??? Yaya dah lena dibuai mimpi entah di negeri mana, ER pula sedang leka ditonton tv (sila faham: tv tengok beliau, bukan beliau tengok tv... ekekeke). Jadi bila takde kawan yang makan sama, kita gelojoh pun tak de orang tegur, hahaha.. nasib baik saya pegang tangan kanan ni kuat-kuat, jangan potong lagi, lepas tu pukul 6 pagi tadi boleh sambung lagi, hihihi.. minta ampun ya wahai cik usus kerana terlanjur menderaimu... huhuhu.
Ramai yang dah buat kek ni, kalerful di sana-sini. Saya pernah buat di sini, di sana, di sinun dan di senan termasuklah yang tak ditayang. Ada masanya okey, banyak juga yang KO. Adakah mungkin encik oven tu sudah merajuk. Tapi KO Ko pun tetap sedap juga disuap ke mulut. Terima kasih untuk kengkawan yang tak jemu menempah dengan saya. Yang bila saya kata, rejectlah karemelnya, aku tak jadi jual, pun tetap paksa nak juga, saya minta halal ya. Juga untuk tuan punya resepi yang asal, Kak Munirah (boleh tengok di sini) semoga ia kan kekal membawa hasanah yang berterusan, Aamiiiinnnn Ya Rabbal Alamin. Kali ini saya tak menggabungkannya dengan kek alunan kasih, dah lama bertukar ke versi yang original.. cepat siap, hehe. Sebab saya rajin, saya taip balik resepinya di sini ya ;D
Kek Karemel
Resepi : Munira Baharum
saiz loyang sesuai 7x7
Bahan A:
2 sb gula pasir
* tabur gula pasir dalam loyang dan masak atas api perlahan sehingga perang. Pusing-pusingkan loyang supaya gula rata (jangan terbalikkan pulak, muahahaha). Ketepikan.
Bahan B:
Lapisan Atas:
- 1/2 tin susu cair
- 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
- 1/2 st esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Campurkan gula castor dan susu cair, kacau hingga gula hancur (jangan kuat sangat)
- Campur kuning telur dan esen vanilla, kacau perlahan.
- Campurkan kedua-dua no 1 dan 2. Kacau perlahan sehingga sebati (jangan berbuih)
- Tuang bahan A dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Bahan C:
- 140 gm tepung gandum*
- 1 st baking powder* (guna sudu kecil kfc) - ayak bersama *
- 3 biji kuning telur
- 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
- 135 ml air biasa
- 45 ml minyak masak
- 3 sb susu pekat manis (saya tambah.. memang ramai yang tambah bahan ni, hehe)
- Tiga warna berlainan (kalau nak letak perisa pun boleh)
- 6 biji putih telur (buang tali pusatnya)
- 70 gm gula castor (saya letak 3 sb)
- 1 st (kfc) krim of tartar
- Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi hingga berbuih.
- Masukkan gula dan krim of tartar
- Pukul sampai bertanduk (diterbalikkan mangkuk bahan tak jatuh). Ketepikan.
- Masa ini dah boleh panaskan oven 170 darjah selsius.
- Campurkan kuning telur, gula castor, air, minyak dan susu pekat. Pukul kelajuan tinggi sehingga sebati.
- Kurangkan kelajuan, masukkan tepung, pukul sebati. Matikan mixer.
- Campurkan setengah bahagian meringue ke dalam adunan, kaup balik guna spatula sehingga agak sebati perlahan.
- Campurkan kesemua baki meringue. Kaup balik sehingga sebati semuanya, bahagikan kepada tiga bahagian (nak bahagi tujuh pun bolehhhh.. hihi). Letakkan warna atau perisa disukai.
- Sudukan ketiga-tiga bahagian adunan berwarna ke atas bahan B (dalam loyang tadi) sehingga habis. Mulakan tiga sudu... beberapa kali, dua sudu beberapa kali, akhir-akhirnya satu sudu.
- Bakar menggunakan kaedah steam bath. (Letak loyang kek dalam satu lagi loyang besar.
- Gunakan rak yang paling bawah semasa membakar jika menggunakan api atas bawah.
Kak Sari,adoyaiiii sedapnyer kek,akak dah byk kali wat eks..Sy bru aritu jer,igt nak wat sbtu nih wak blk kg,hihi..Erm yaya mkn byk x kek nih..Ke bonda jer duk ngap..
ReplyDeletesedapnyer kak.. dh bkk kali buat, tun x buat2 pun lagi.. hihi..
ReplyDeleteSari....hmmmmmm meleleh air liuq orang di sini....nasib baik dah order dari Kak Ida Bakery di Keramat nak ku bawa pulang ke kampung raya ini, sekali ku order 2 biji kek karamel dan 1 biji kek dam. Mak kita suka!!!
ReplyDeleteakak..kita tgh bake kek ni gak..ada tempahan 4 biji..tapi buat 2 biji je kot..ahahaa
ReplyDeleteamik ko..
ReplyDeletesekali update blog dengan kek yang warnanya mengancam.....................
nak sikittttt
kek hari jadi kan>
hahaha
da lama x buat kek...bila tgk akak punya ni tetiba rasa gatai2 nak buat plak utk raya haji...uhuuuu.....daku t'goda!!!
ReplyDeleteSalam kak sari,
ReplyDeletekek karamel dan alunan kasih yg menarik. :) rajinnya, kak...
Sari..sis nak try ni..insyallah malam raya klu jadi..hehehe
ReplyDeleteZaliedana, bonda dia kut.. hihi. Samalah, akak pun nak buat lagi raya aji ni.. tak puas membedal, hihi
ReplyDeleteTun Telani, Tun asyik buat benda lain jer ni... huhu
ReplyDeleteKak Zuwaidah, berbunga-bungalah hati makcik dpt dua bijik kek karemel.. hehe
ReplyDeleteAnna Qawina, lagi dua biji kenapa tak buat?? Hampa lak customer tu nanti.. huhu
ReplyDeleteCitarasa Rinduan, oh Puan Ayu, mehlah datang ke mari birthday girl ku
ReplyDeleteMamamya, dah rasa gatal2 tu kena buat, karang melarat pulak gatalnya, hehe
ReplyDeleteIndahhouse, kalau tak rajin alamat telan air liur jerlah mengidam, hehe
ReplyDeleteSis Lin, haaa.. jangan tak jadik pulak.. hik hik
ReplyDeleteok hr ni dah belajar bahasa baru, sana, sini, sinun & senan, hihihi :p
ReplyDeleteKalau perlu.. berapa biji harus dijual kek ini.. untuk dapatkan sebiji oven Cikgu?
ReplyDeletehuk! huk! huk!
Lama sangat saya dok menabung.. belum juga mau cukup.. En Zanussi sabar ya.. tunggu saya ya.. huk! huk!
Saya semakin memberontak mau hasilkan kek seperti ini.. huk! huk! huk!
Sedapnya kek niii.. huk! huk!.. sedapnya kek niii.. waaaaaaaa!!!
kek ni memang tak jemu dimakan...tau2 aje...dah habes...aduyai....
ReplyDeletekak jun nak cuba resepi ni...sedap dah warna warni nan memikat.
ReplyDelete